Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 28 Mei 2015

Ingat Kes Bunuh Eksekutif Pentadbiran TV9? Tertuduh Bebas Kerana...




Kelemahan Siasatan Faktor Suspek Bebas

SHAH ALAM - Kelemahan siasatan dan kegagalan pakar perubatan forensik mengesahkan sama ada eksekutif pentadbiran TV9 Nur Syaleza Jaffar dijerut sampai mati atau menggantung dirinya adalah faktor utama yang membawa kepada pembebasan suami wanita itu daripada tuduhan membunuhnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman berkata dalam kes yang bergantung kepada keterangan mengikut keadaan, keterangan Pakar Forensik Patalogi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor adalah amat penting dalam mencari punca sebenar kematian Nur Syaleza.

"Dalam keterangannya, SP6 (saksi keenam pendakwaan) (Dr Shahidan) sebagai doktor pakar sendiri tidak dapat kemuka dengan jelas sama ada mangsa gantung diri atau dijerut sampai mati. Sebagai doktor pakar berpengalaman luas, keterangan beliau amat diharapkan dapat membantu mahkamah namun beliau sendiri hadapi kesukaran dalam mencari jawapan dan kesemua keterangannya berakhir dengan 'kemungkinan' serta 'boleh diterima pakai'.

"Oleh itu, dalam keadaan seperti itu di mana pelbagai kemungkinan boleh diberikan, undang-undang menetapkan bahawa inferens yang memihak kepada tertuduh hendaklah diterima," katanya ketika membacakan penghakiman bertulis sepanjang tempoh sejam setengah.

Abdul Halim memutuskan untuk melepas dan membebaskan suami mangsa, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 34, daripada tuduhan membunuh wanita itu selepas berpuas hati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Norazman Bashah didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.

Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Seterusnya, Abdul Halim berkata kekuatan kes juga bergantung kepada siasatan dan bagi kes itu, beliau mendapati siasatan yang dijalankan pegawai penyiasat serta pihak forensik tidak terperinci, tidak meluas serta terdapat kelemahan.

"Dalam kes ini, pihak polis forensik antaranya gagal siasat kewujudan bangku kecil yang patah di tempat kejadian. Apakah kaitannya dengan insiden, bagaimana ia patah dan adakah ia digunakan sebagai senjata untuk serang mangsa atau adakah bangku itu digunakan untuk mangsa berdiri ketika gantung diri tidak disiasat.

"Selain itu, pegawai penyiasat gagal siasat isu kemurungan mangsa seperti menemu bual keluarga dan rakan-rakan rapat mangsa.

"Oleh kerana isu kemurungan disebar meluas di media mengenai status terakhir telefon blackberry milik mangsa tertulis "sabarlah duhai hati", kegagalan menyiasat perkara itu menimbulkan persoalan walaupun pihak polis telah merampas telefon bimbit itu selain gagal menyiasat kandungan telefon bimbit mangsa," katanya.

Selain siasatan, Abdul Halim berkata pembuktian motif pembunuhan juga amat penting dalam kes yang bergantung kepada keterangan ikut keadaan.

Dalam kes ini, katanya, Norazman Bashah bukan suami yang baik serta mengakui berlaku curang terhadap Nur Syaleza, malah keterangan menunjukkan mereka sering bergaduh dan perubahan sikap wanita itu berpunca daripada kecurangan suaminya itu.

"Bagaimanapun motif membunuh tidak dibuktikan (dalam kes ini) dan tiada keterangan dikemukakan untuk membawa kepada motif yang memungkinkan untuk sabitkan tertuduh. Pihak pendakwaan mendakwa hubungan sulit tertuduh dengan wanita bernama Haslinda adalah motif kepada pembunuhan Nur Syaleza.

"Sungguhpun kewujudan Haslinda dijadikan motif untuk membunuh, perlu diingat hubungan sulit berlaku telah lama iaitu sekitar 2009, dua tahun sebelum kejadian.

"Tiada keterangan juga ditampilkan untuk menunjukkan tertuduh masih berhubung dengan Haslinda semasa kejadian. Oleh itu, ia gagal menjurus kepada motif pembunuhan disebabkan kewujudan Haslinda dan berdasarkan keterangan, tidak dapat dilihat apakan faedah diperoleh tertuduh dengan membunuh mangsa," katanya.

Menyifatkan kes ini amat pilu dan menyedihkan, Abdul Halim berkata kecurangan Norazman Bashah telah meruntuhkan kebahagiaan rumahtangga yang dibina pada 26 Okt 2008 atas dasar cinta dan perkara ini diakui oleh lelaki itu sendiri.

Hakim itu berkata sepanjang perkahwinan dengan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Nur Syaleza tetap bersabar dan memendam perasaan malah membantu suaminya dalam kewangan berikutan pendapatan Norazman Bashah berjumlah RM3,000 sebulan tidak mencukupi.

"Nur Syaleza sanggup berkorban masa, wang ringgit semata-mata kasih terhadap suami. Bagaimanapun, kesabaran yang dipertahankan selama ini, kasih yang dipupuk, kesetiaan dan ketaatan dicurahkan wanita ini ibarat 'panas diharap sampai ke petang tetapi hujan di tengah hari'.

"Dugaan mangsa sangat berat akibat perbuatan suaminya... isteri mana yang tidak remuk hati dan perasaan akibat kecurangan suami dan faktor kemurungan ini adalah punca mangsa membunuh diri.

"Apapun, nasi sudah jadi bubur, penyesalan oleh tertuduh jika ada tidak dapat kembalikan nyawa mangsa...tertuduh telah musnahkan segalanya sehingga kesabaran isterinya tidak dapat dibendung sehingga membawa kepada kemurungan yang tidak boleh dibendung lagi. Justeru itu, jalan pintas diambil (dengan membunuh diri)," katanya.

Sebanyak 24 saksi pendakwaan, seorang saksi pembelaan dan 63 barang kes dikemukakan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar dan T Deepa Nair manakala Norazman Bashah diwakili peguam Muhammad Fadhli Mat Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan.

Rosidah ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir memberitahu pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan. - Bernama/28/5/15


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH