Suspek Bunuh dan Campak Tunang dari Jejambat Berdekatan Cyberjaya Disambung Reman
Reman Suspek Bunuh Tunang Disambung 3 Hari
Sepang: Polis mendapatkan kebenaran Mahkamah Sesyen, di sini, untuk menyambung reman tiga hari bermula hari ini terhadap suspek kes bunuh seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam belukar di bawah jejambat susur keluar Putrajaya menghala ke Pulau Meranti di Cyberjaya, 6 Mei lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Hakim Aizatul Akmal Maharani sehingga 16 Mei ini bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap kes itu.
Pada 6 Mei lalu, mayat Rosshida Abdullah, 30, ditemui oleh orang ramai dalam keadaan tertiarap serta lengkap berpakaian di bawah jambatan berkenaan.
Turut ditemui bersama mayat ialah beg tangan, kad pengenalan dan sekeping nota bertaip yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tertekan kerana diburu along akibat berhutang RM50,000.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa dicekik terlebih dahulu sebelum dicampak daripada jambatan yang tingginya 14 meter.
Ekoran daripada itu, polis menahan seorang lelaki yang didakwa sebagai tunang mangsa berusia 26 tahun pada keesokkan harinya bagi membantu siasatan lanjut. -Harian Metro/15/5/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.