PKR Saman Najib, Dakwa Lakukan Kesalahan Pilihan Raya dengan ‘Derma’ RM2.6 bilion
PKR hari ini memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas dakwaan melanggar Akta Pilihan Raya 1954 dengan sumbangan derma RM2.6 bilion serta bersubahat membenarkan kesalahan itu dilakukan.
PKR menerusi Naib Presiden Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chua dan Pengarah Pilihan Raya Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Najib melakukan kesalahan apabila membelanjakan RM2.6 bilion duit derma dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Menurut mereka, jumlah itu adalah 26 kali ganda daripada jumlah yang dibenarkan Sekysen 19 Akta Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Saman ini adalah tindakan lanjutan daripada pendedahan The Wall Street Journal berkenaan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bagi kegunaan kempen Pilihan Raya Umum ke-13, dan terkini diakui sebagai 'wang derma'," kata Nurul Izzah.
Beliau juga menggesa agar mahkamah membatalkan keputusan bagi semua 222 kerusi Parlimen dalam PRU13 lalu dan mengadakan pilihan raya semula.
Menurutnya lagi, PKR juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) di seluruh negara berhubung wang RM2.6 bilion itu.
Setakat ini, 11 daripada 13 jawatankuasa pilihan raya negeri PKR sudah membuat laporan itu.
Turut menyaman adalah bekas Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Dzulkefly Ahmad dan turut dinamakan sebagai plaintif adalah dana sarat hutang milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – The Malaysian Insider/12 Ogos, 2015.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.