Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Selasa, 4 Ogos 2015

Dana Politik: Tun M Berani Akaunnya 22 tahun Dibongkar




Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sedia akaun peribadinya selama 22 tahun menjadi perdana menteri sebelum ini diperiksa bagi membuktikan bahawa beliau telus.

Katanya bagi menghalalkan tuduhan RM2.6 bilion wang berada dalam akaun Datuk Seri Najib Razak, beliau pula dituduh perkara sama.

“Tidak ada satu sen pun dari wang derma untuk pilihan raya yang dimasuk dalam akaun saya.

“Saya sedia semua akaun peribadi saya selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuan saya ini atau sebaliknya,” katanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir menghuraikan panjang lebar berkaitan kewangan beliau dan Umno selama ini.

Katanya, sewaktu beliau masih presiden parti, ibu pejabat Umno mempunyai tiga pemegang amanah, yang dinamakan sebagai pemilik saham dan harta tanah parti itu.

Serah saham, hartanah RM1.2 bilion

Beliau salah seorang daripadanya yang memiliki akaun bank yang mana semua derma, terutama semasa pilihan raya dimasukkan dalam akaun itu.

Bagaimanapun, katanya, selepas meletakkan jawatan, beliau telah mengarahkan semuanya diserahkan kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi (bawah), melalui pegawai Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik.


“Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 bilion ringgit,” katanya.

Mahathir juga menceritakan bagaimana beliau didenda oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri selepas beliau disingkir daripada parti pada 1970 selepas didakwa tidak melaporkan pendapatan sepenuhnya.

“Mereka mendenda saya sebanyak RM300,000 dengan amaran jika saya bantah dan pergi ke mahkamah saya akan dikenakan denda tiga kali ganda.

“Saya tidak pergi ke mahkamah. Sebaliknya saya merayu bahawa duit yang dimasukkan dalam akaun saya ialah dari parti. Tetapi ibu pejabat Umno tidak mengaku wang itu dari Umno.

“Akhirnya saya dikenakan denda sebanyak RM130,000. Di waktu denda ini dikenakan saya sudah dilantik menteri dalam kerajaan. Saya membayar secara beransur-ansur dan selesai bayaran semasa saya menjadi timbalan perdana menteri,” katanya. - Malaysia Kini/3/8/15

Berkaitan:

Soalan baru Mahathir: LHDN dah bertindak?


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan mempersoal lagi berhubung punca wang AS$700 juga (RM2.6 bilion) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir berkata beliau akan menunggu sehingga ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuat laporan akhir, walaupun tidak dapat menerimanya bulat-bulat.

“Saya tidak ingin sentuh 1MDB walaupun saya sebagai rakyat yang membayar cukai berhak untuk menyoal kewangan negara.

“Tetapi seperti yang saya jelaskan saya terpaksa bayar cukai pendapatan dan denda ke atas wang yang terdapat dalam akaun saya,” katanya.

Beliau bagaimanapun terus membangkitkan sama ada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah bertindak terhadap dakwaan wang berbilion ringgit dalam akaun Najib itu.

“Soal yang saya ingin tanya ialah apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah bertindak dengan kuasa yang diberi kepadanya ke atas wang sebanyak RM2.4 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib,” katanya.

Najib telah menafikan perkara itu dan menghantar surat peguam bagi memohon penjelasan terhadap The Wall Street Journal (WSJ) yang melaporkan dakwaan sensasi itu. - Malaysia Kini/ 3/8/15

Artikel asal Tun M di sini.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH