Rafizi Beri Amaran terhadap Putar Alam, Cerita Dongeng
PKR mendakwa isu pembiayaan parti-parti politik sengaja dibangkitkan oleh pemimpin BN untuk menutup persoalan besar berkaitan aliran wang 1MDB.
Naib presidennya Rafizi Ramli mendakwa persoalan besar yang patut dijawab berkaitan perbelanjaan RM42 bilion wang pinjaman 1MDB dan dakwaan terdapat dana syarikat itu dimasukkan ke akaun perdana menteri.
Katanya, berdasarkan kenyataan pemimpin Umno, terdapat gambaran seolah-olah dana RM2.6 bilion itu sumbangan dermawan antarabangsa dan bukan dana 1MDB.
“Berdasarkan perkara ini, siasatan ke atas 1MDB dan dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi perdana menteri akan menyimpulkan bahawa tidak ada unsur rasuah dan kes ditutup begitu sahaja,” katanya.
Najib sudah menghantar surat peguam terhadap The Wall Street Journal (WSJ), media antarabangsa yang melaporkan dakwaan aliran ke akaunnya sebelum ini.
Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata isu baru berkaitan pembiayaan parti-parti politik hanyalah untuk mempersiapkan orang ramai dengan “skrip” ke arah kesimpulan tiada unsur rasuah dan kes ditutup.
“Saya yakin rakyat Malaysia yang celik tidak akan termakan dengan putar alam begini,” katanya.
Rafizi juga berharap “pimpinan Umno yang masih ada sedikit maruah” seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengkritik Najib supaya rakyat tidak diperbodohkan dengan “cerita dongeng”.
Bernama semalam melaporkan, rakyat akan mendapat maklumat lebih jelas apabila cadangan mewujudkan semula peraturan menghendaki parti politik mendedahkan senarai punca dana politik diterima, dilaksanakan.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan itu juga proses reformasi yang perlu diambil setiap parti bagi menepis dakwaan negatif selain mengembalikan keyakinan rakyat. -Malaysia Kini/3/8/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.