Dakwaan Miliki Berbilion RM, Keluarga Anwar Ibrahim Serah Surat Tuntutan Peguam kepada Ketua Umno Kepong
Persoal Akaun Keluarga Anwar, Rizuan Diancam Saman
Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan surat tuntutan peguam kepada ketua Umno Kepong bagi menuntut permohonan maaf atas dakwaan memiliki berbilion ringgit dalam akaun mereka.
Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya Nurul Izzah, Nurul Nuha dan Muhamad Ihsan menuntut Datuk Rizuan Abd Hamid memohon maaf dan menarik kenyataannya dalam masa 48 jam.
Dalam surat tuntutan yang ditulis oleh Ketua Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya bagi pihak firma guaman Daim & Gamany itu, sekiranya Rizuan gagal, tindakan undang-undang akan diambil.
Surat tersebut turut memetik kenyataan Rizuan melalui laporan Astro Awani yang mengatakan:
"Pembangkang pakai duit ratusan juta, berbilion. Tiada siapa pun yang mempersoalkan. Tengok sahaja dalam akaun Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, akaun Nurul Izzah, akaun Nurul Nuha, akaun Mohd Ihsan, berapa juta bilion yang ada dalam akaun itu? Kenapa tidak dipersoalkan?"
Sehubungan itu, Latheefa menggambarkan bahawa dakwaan Rizuan itu sebagai "palsu, berniat jahat dan fitnah".
"Di samping itu, bagi kes Wan Azizah dan Nurul Izzah yang mana kedua-dua mereka merupakan ahli parlimen dan pemimpin PKR, dakwaan ini dilihat untuk merosakkan reputasi mereka sebagai orang yang dikenali dan ingin membawa mereka ke dalam skandal awam, kebencian dan penghinaan," kata Latheefa.
Justeru, Latheefa turut menuntut Rizuan memberi kenyataan penuh berhubung dakwaannya itu dan memohon maaf secara terbuka melalui surat khabar nasional, tertakluk kepada kebenaran kliennya.
Beliau juga menuntut Rizuan supaya berjanji untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang sama kepada kliennya atau perlu membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi yang boleh diterima.-Malaysia Kini/24/8/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.