Hadi Gesa Ahli PAS Usah ‘Diperbodohkan’ Sertai Demo
PEMIMPIN nombor satu PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan ahli PAS agar tidak melibatkan diri dengan demonstrasi ganas dan bergaduh dengan pihak berkuasa.
Ujarnya, mereka tidak sepatutnya digunakan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab sedangkan realitinya, pihak tersebut hanya menjadi pemerhati tanpa melibatkan diri.
Menurutnya, isu-isu berbangkit yang menjadi pertikaian seharusnya diselesaikan mengikut cara yang dianjurkan Islam.
“Kita berdemonstrasi, bergaduh dengan pihak polis sedangkan orang lain memerhati. Jangan kita diperbodohkan (pihak tidak bertanggungjawab),” kata Hadi ketika berucap di Perhimpunan Pihak 4.0 di Kuala Lumpur, semalam.
Kenyataan yang dikeluarkan Hadi itu merujuk kepada demontrasi jalanan yang dilakukan di hadapan Pusat Beli Belah Sogo, Sabtu lalu.
Dalam perhimpunan haram itu, 29 individu ditahan namun sebahagiannya telah dibebaskan.
Sebelum ini, pemimpin progresif PAS yang menjadi antara pemimpin utama kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB), Mat Sabu menyeru penyokong-penyokongnya supaya menyertai perhimpunan BERSIH bagi tujuan meminta Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
BERSIH dipercayai merancang untuk mengadakan protes secara besar-besaran di tiga tempat serentak, iaitu Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 29 dan 30 Ogos depan. – MYNEWSHUB.CC/3/8/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.