Lelaki Rogol Warga Emas 61 Tahun Dipenjara 7 Tahun
SEREMBAN - Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan kepada seorang lelaki kerana merogol warga emas berusia 61 tahun pada 10 Disember tahun lalu.
Muhammad Firdaus Muniandy Abdullah, 39, yang tidak diwakili peguam menerima hukuman tersebut selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Madihah Harullah.
Bekas pekerja bahagian kutipan sampah itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan sekitar jam 4.30 pagi di sebuah bilik sewa yang dihuni mangsa di Jalan Rasah, di sini.
Tertuduh yang tinggal di bilik sebelah mengetuk pintu bilik mangsa berkali-kali dengan kuat, sebelum bertindak memecah masuk lantas memegang tangan wanita terbabit.
Muhammad Firdaus yang hanya bertuala kemudian menolak mangsa hingga terjatuh dan turut menamparnya kerana menjerit meminta bantuan.
Tertuduh hanya beredar meninggalkan mangsa yang merupakan tukang cuci di sebuah sekolah, selepas merogolnya.
Berdasarkan aduan dibuat mangsa, polis menangkap tertuduh kira-kira jam 11 pagi di hadapan sebuah kedai di Jalan Rasah, di sini, pada tarikh sama kejadian berlaku.
Mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, hukuman diperuntukkan berbentuk penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.
Bagaimanapun, bapa kepada bayi berusia 10 bulan ini memohon hukuman penjara dikira dari tarikh ditangkap, selain mengharapkan jumlah sebatan paling minimum.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ab Rashid pula meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal kerana mempertimbangkan tahap keganasan dilakukan tertuduh, termasuk usia mangsa semasa insiden itu berlaku.- Sinar Harian/11/8/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.