Taliban Sahkan Mullah Omar Meninggal Dunia
Kabul: Taliban semalam mengesahkan kematian pemimpin mereka Mullah Omar tetapi tidak menyatakan siapa yang akan mengambil alih mengetuai kumpulan berkenaan dalam kempen mereka untuk menguasai Afghanistan.
Kumpulan itu memetik kenyataan keluarga Omar sebagai berkata, dia meninggal dunia akibat sakit, sehari selepas kerajaan Afghanistan berkata pemimpin yang buta sebelah mata itu meninggal dunia di Pakistan dua tahun lalu.
Kematian Omar memberi tamparan hebat kepada Taliban yang berdepan dengan perpecahan dan terancam dengan kebangkitan kumpulan penyokong Negara Islam (IS).
“Pucuk kepemimpinan Emiriah Islam dan keluarga Mullah Omar mengumumkan kematian Omar akibat sakit,” menurut kenyataan Taliban dengan mengguna nama rasmi pergerakan itu.
Taliban kini berdepan dengan proses rumit untuk memilih pengganti Omar yang mengetuai pergerakan itu sejak 20 tahun lalu.
Sumber berkata timbalan Omar Mullah Akhtar Mansour mengetuai senarai untuk menjadi pemimpin baru kumpulan itu.
Bagaimanapun, sehingga ini, belum ada keputusan mengenainya dibuat.
Anak Omar Mullah Yakoub, 26, turut bersaing untuk mengetuai kumpulan berkenaan tetapi dianggap terlalu muda.
Sementara itu, jurucakap rasmi Taliban semalam menafikan adanya rundingan damai antara kumpulan itu dengan kerajaan Afghanistan.
“Taliban menyerahkan semua perkara itu kepada pejabat politik dan mereka tidak mengetahui mengenai proses rundingan ini,” kata jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid. Reuters/31/7/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.