Blogger Mesra UMNO, Kerja Nelayan, Rumah....
Paparan skrin yang tersebar di internet. Disalin dan tampal dari blog Omakkau. |
DCM malas nak menulis panjang fasal blogger yang suatu ketika dahulu cukup terkenal dengan kiriman yang berunsur lucah dan fitnah sehingga disaman oleh pelbagai pihak termasuk oleh DSAI.
Berdasarkan laporan media, blogger ini mendakwa tidak mampu membayar saman yang dikenakan terhadap dirinya oleh mahkamah selepas didapati bersalah menfitnah DSAI. Katanya, dia hanya mampu membayar saman berjumlah lebih RM800 ribu itu secara ansuran sebanyak RM100 sebulan kerana kononnya dia kini bekerja sebagai nelayan.
Namun, sejak semalam, heboh fasal paparan skrin yang didakwa dirakam daripada akaun FB blogger ini. Dalam gambar itu jelas menunjukkan sebuah rumah tiga tingkat dan sebuah kereta SUV. Daripada statusnya, si blogger ini menulis "Ready for renovate next month. Kerja keras." Status itu membayangkan bahawa rumah mewah itu adalah miliknya. Kiriman status tersebut bertarikh 20 Disember 2013.
Oleh itu, dakwaan bahawa kerja-kerja menulis blog sebelum ini dibayar mungkin ada kebenarannya. Yang pasti, seseorang tidak mungkin memiliki rumah semewah ini jika dia hanya nelayan biasa. -DCM
P/s: Juallah rumah dan kereta itu untuk melunaskan saman. Mungkin selepas ini, blogger ini boleh menjadikan nelayan sebagai profesion sepenuh masa.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.