[Gambar] Runtuhan Terowong Bawah Tanah Cetus Gambar Rekayasa di Laman Sosial
[Mstar] KUALA LUMPUR: Dua lubang besar dan dalam yang terbentuk akibat kejadian tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah di sini telah mencetuskan gambar-gambar kreatif yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia serta disebarkan di internet.
Gambar-gambar dengan unsur sindiran gara-gara kejadian itu sedang disebarkan di laman rangkaian sosial seperti Twitter, Facebook dan juga aplikasi WhatsApp.
Salah satu gambar berkaitan runtuhan yang semakin tersebar secara meluas ialah gambar raksasa fiksyen Jepun Godzilla.
Lain-lain watak-watak fiksyen yang 'diletakkan' di tempat kejadian adalah King Kong, Transformers, Ultraman dan Loki.
Sesetengah daripadanya juga 'mengusik' pihak berkuasa, yang digambarkan menggunakan pita pelekat untuk 'membaiki' keretakan di jalan raya.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata terowong bawah tanah itu, yang merupakan sebahagian daripada projek laluan bawah tanah Pudu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) runtuh dua kali kira-kira pukul 10.38 pagi dan 12.20 tengahari Rabu.
Seramai 30 kakitangan jabatan dan dua pasukan yang terdiri daripada 20 anggota penyelamat DBKL, polis, dan pegawai-pegawai Prasarana berada di tapak kejadian untuk membantu. -RASHVINJEET S/3/7/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.