Kanak-kanak Dirantai 2 Tahun sebagai Cagaran Hutang
[Harian Metro] Kemarak Pumin (Kemboja): Seorang kanak-kanak yang digunakan sebagai cagaran untuk pinjaman wang dirantai selama lapan jam sehari sejak dua tahun lalu, Polis dan petugas perlindungan kanak-kanak yang menyerbu sebuah pondok di kampung berhampiran bandar Kemarak Pumin menemui kanak-kanak itu duduk dilantai sebuah dewan masyarakat dengan kakinya dirantai pada tiang.
Kanak-kanak sebagai cagaran pinjaman yang diberikan kepada seorang penduduk kampung merantai budak itu di tiang selama lapan jam sehari selama dua tahun dalam pendedahan yang menggemparkan masyarakat dunia.
Akhbar Phnom Penh Post semalam melaporkan, kanak-kanak itu memberitahu polis dia pernah meminum air kencing sendiri kerana terlalu dahaga. Polis berkata suspek meminjamkan wang kepada ibu kandung mangsa dan mengambil kanak-kanak itu sebagai cagaran.
Dia bagaimanapun mendapati mustahil untuk menjaga kanak-kanak itu pada siang hari kerana terpaksa bekerja.
Suspek memberi alasan mangsa sering membahayakan diri bermain di luar rumah dan khuatir mangsa lari meninggalkan rumah atau sesat,” kata Srey Touch ketua unit hak asasi dan bahagian perlindungan kanak-kanak polis tempatan.
Suspek ialah petani yang bekerja di sebuah ladang kira-kira setengah kilometer dari pondok berkenaan dan merantai mangsa setiap kali keluar rumah dari jam 7 pagi hingga 11 pagi dan dari 1 petang hingga 5 petang.
Nasib malang budak itu terbongkar umum apabila seorang penduduk, Keo Chhon, 60, melaporkan keadaan budak itu kepada akhbar.
“Saya bersimpati dengannya, Ia sungguh kejam.
“Saya rasa semua kanak-kanak berhak untuk dijaga dengan penuh kasih-sayang bukan dirantai seperti anjing. Saya tertanya-tanya mengapa orang lain tidak melaporkan kejadian ini,” kata Chhon. - Agensi/9/7/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.