Pemandu Lori Tunjuk Anu kepada Pengusaha Kedai Makan Berusia...
[Harian Metro] Alor Gajah: Gara-gara tidak dapat menahan nafsu, seorang pemandu lori menunjukkan kemaluannya kepada pengusaha kedai makan wanita ketika menempah sarapan di Machap, di sini.
Malangnya, tindakan lelaki terbabit mengundang padah apabila ditahan sepasukan anggota polis yang dipanggil ke kedai makan berkenaan dalam kejadian Sabtu lalu.
Difahamkan, dalam kejadian jam 8 pagi itu, suspek berusia awal 40-an ke kedai makan berkenaan untuk menikmati sarapan sebelum pengusaha kedai makan berusia 47 tahun datang mengambil pesanan.
Ketika wanita itu keluar menghantar pesanan, suspek membuka butang seluarnya dan mengeluarkan kemaluannya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abdul Rahman Jid berkata, suspek memesan secawan kopi sebelum mangsa masuk ke dalam dan keluar semula menghantar pesanan.
“Tiba-tiba suspek keluarkan kemaluan dan diarahkan kepada mangsa menyebabkan wanita itu terkejut lalu berlari ke belakang kedai sebelum memaklumkan kejadian kepada anak lelakinya.
“Anak lelaki mangsa berusia 25 tahun menghubungi balai polis berdekatan sebelum suspek diberkas anggota polis yang tiba tidak lama kemudian,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Beliau berkata, soal siasat mendapati suspek menyimpan perasaan terhadap wanita itu tanpa diketahui mangsa sehingga dia berani menunjukkan kemaluannya di tempat awam. - 3/7/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.