Berita dan Kronologi Polis Ditembak Mati, Seorang Diculik di Pulau Mabul
[The Malaysian Insider] Penembak dalam pakaian askar dilaporkan menembak mati polis dan kemungkinan menculik seorang lagi anggota polis selepas kejadian menembak di Pulau Mabul berdekatan Semporna, Sabah, menurut laporan media.
Menurut laporan media, lapan penembak mendarat di pulau tersebut sekitar 11.30 malam semalam, kemudian mencetuskan insiden tembak-menembak dengan anggota polis sebelum tengah malam.
Penyelam yang tinggal di resort di pulau tersebut berkata mereka mendengar bunyi tembakan.
Pencerobohan ini berlaku hanya sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa langkah keselamatan tambahan yang akan dilaksanakan untuk menguatkan lagi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ekoran penyusunan semula pentadbiran.
Katanya, ini termasuk menghantar kargo kontena Malaysia International Shipping Corporation Berhad’s (MISC), MT Bunga Mas Lima ke Sabah, di mana ia akan bertindak sebagai kapal induk bagi aset maritim dan staf berdekatan dengan sempadan Filipina.
Laporan memetik perdana menteri berkata kapal tersebut akan menjadi pangkalan operasi menghalang mereka yang melarikan diri ke negara jiran selepas melakukan jenayah.
Tambahan lagi, kata Najib, dua platform Petronas sedang diubahsuai dan akan ditubuhkan menjelang akhir tahun sebagai pertahanan terakhir antara Lahad Datu dan perairan Semporna.
Platform tersebut akan dilengkapkan dengan radar moden yang membolehkan pasukan keselamatan untuk menjejak pergerakan tidak kira siang atau malam di kawasan tersebut, katanya.
Pada 8 Julai, Najib berkata Esscomm akan dibahagikan kepada dua komponen utama: komponen Keselamatan dan Pengurusan Pertahanan, dan Pelaksanaan dan komponen Tindakan Awam.
Pengarah Keselamatan dan Keamanan Awam Esscomm, Pesuruhjaya Polis Datuk Abd Rashid Harun akan dilantik sebagai komander Esscomm bermula 15 Julai dan akan menjaga komponen Keselamatan dan Pengurusan Pertahanan.
Esscomm meliputi 1,400km kawasan pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.
Ia ditubuhkan pada Mac 2013 oleh Najib selepas pencerobohan kumpulan militan Sulu di Lahad Datu tahun lepas.
Objektif utamanya adalah untuk menguatkan keselamatan maritim di kawasan timur negeri itu, menghalang aktiviti pengganas di perairan berdekatan dengan Sabah.
Bagaimanapun, sejak penubuhannya ia gagal menghalang beberapa penculikan di kepulauan berdekatan dengan pantai Sabah, mengundang kritikan daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).
Tiga minggu lepas, seorang penternak ikan di Kampung Air Sapang di bandar pantai timur, Kunak, diculik oleh beberapa lelaki bersenjata yang dipercayai anggota Suluk.
Pada Mei, rakyat China Yang Zai Lin, 34, diculik lima lelaki bersenjata daripada penternakan ikan di Pulau Baik.
Yang merupakan pengurus penternakan ikan tersebut yang dimiliki oleh Wonderful Terrace Sdn Bhd, sebuah syarikat Hong Kong.
Meskipun menghantar unit tindakan khas polis dalam kejadian tembak-menembak itu, penembak-penembak berjaya mengelak pihak berkuasa dan melarikan diri ke selatan Filipina.
Dalam satu lagi insiden pada Mac lalu, Gao Hua Yun, 29 tahun dari Shanghai dan Marcy Dayawan @ Mimi, 40 diculik dari Singamata Reef Resort di pulau Semporna.
Kedua-duanya dilepaskan selepas wang tebusan didakwa dibayar kepada penculik, walaupun Najib bertegas tiada wang tebusan dibayar.
Beberapa ahli Parlimen BN dan PR mengkritik Esscomm sebagai pembaziran dana awam ekoran banyak pencerobohan yang berlaku sejak penubuhannya.
Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata Esscomm hanyalah badan mahal yang kurang cekap, sementara Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata rakyat Sabah sudah jelak dan marah dengan janji kerajaan untuk menambahbaik Esscomm. – 13 Julai, 2014.
Kronologi:
(Sumber: Apahell)
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.