Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Kumpulan Abu Sayyaf. Papar semua catatan

, , , , ,

Ahad, 13 Julai 2014

Berita dan Kronologi Polis Ditembak Mati, Seorang Diculik di Pulau Mabul




[The Malaysian Insider] Penembak dalam pakaian askar dilaporkan menembak mati polis dan kemungkinan menculik seorang lagi anggota polis selepas kejadian menembak di Pulau Mabul berdekatan Semporna, Sabah, menurut laporan media.

Menurut laporan media, lapan penembak mendarat di pulau tersebut sekitar 11.30 malam semalam, kemudian mencetuskan insiden tembak-menembak dengan anggota polis sebelum tengah malam.

Penyelam yang tinggal di resort di pulau tersebut berkata mereka mendengar bunyi tembakan.

Pencerobohan ini berlaku hanya sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa langkah keselamatan tambahan yang akan dilaksanakan untuk menguatkan lagi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ekoran penyusunan semula pentadbiran.

Katanya, ini termasuk menghantar kargo kontena Malaysia International Shipping Corporation Berhad’s (MISC), MT Bunga Mas Lima ke Sabah, di mana ia akan bertindak sebagai kapal induk bagi aset maritim dan staf berdekatan dengan sempadan Filipina.

Laporan memetik perdana menteri berkata kapal tersebut akan menjadi pangkalan operasi menghalang mereka yang melarikan diri ke negara jiran selepas melakukan jenayah.

Tambahan lagi, kata Najib, dua platform Petronas sedang diubahsuai dan akan ditubuhkan menjelang akhir tahun sebagai pertahanan terakhir antara Lahad Datu dan perairan Semporna.

Platform tersebut akan dilengkapkan dengan radar moden yang membolehkan pasukan keselamatan untuk menjejak pergerakan tidak kira siang atau malam di kawasan tersebut, katanya.

Pada 8 Julai, Najib berkata Esscomm akan dibahagikan kepada dua komponen utama: komponen Keselamatan dan Pengurusan Pertahanan, dan Pelaksanaan dan komponen Tindakan Awam.

Pengarah Keselamatan dan Keamanan Awam Esscomm, Pesuruhjaya Polis Datuk Abd Rashid Harun akan dilantik sebagai komander Esscomm bermula 15 Julai dan akan menjaga komponen Keselamatan dan Pengurusan Pertahanan.

Esscomm meliputi 1,400km kawasan pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

Ia ditubuhkan pada Mac 2013 oleh Najib selepas pencerobohan kumpulan militan Sulu di Lahad Datu tahun lepas.

Objektif utamanya adalah untuk menguatkan keselamatan maritim di kawasan timur negeri itu, menghalang aktiviti pengganas di perairan berdekatan dengan Sabah.

Bagaimanapun, sejak penubuhannya ia gagal menghalang beberapa penculikan di kepulauan berdekatan dengan pantai Sabah, mengundang kritikan daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Tiga minggu lepas, seorang penternak ikan di Kampung Air Sapang di bandar pantai timur, Kunak, diculik oleh beberapa lelaki bersenjata yang dipercayai anggota Suluk.

Pada Mei, rakyat China Yang Zai Lin, 34, diculik lima lelaki bersenjata daripada penternakan ikan di Pulau Baik.

Yang merupakan pengurus penternakan ikan tersebut yang dimiliki oleh Wonderful Terrace Sdn Bhd, sebuah syarikat Hong Kong.

Meskipun menghantar unit tindakan khas polis dalam kejadian tembak-menembak itu, penembak-penembak berjaya mengelak pihak berkuasa dan melarikan diri ke selatan Filipina.

Dalam satu lagi insiden pada Mac lalu, Gao Hua Yun, 29 tahun dari Shanghai dan Marcy Dayawan @ Mimi, 40 diculik dari Singamata Reef Resort di pulau Semporna.

Kedua-duanya dilepaskan selepas wang tebusan didakwa dibayar kepada penculik, walaupun Najib bertegas tiada wang tebusan dibayar.

Beberapa ahli Parlimen BN dan PR mengkritik Esscomm sebagai pembaziran dana awam ekoran banyak pencerobohan yang berlaku sejak penubuhannya.

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata Esscomm hanyalah badan mahal yang kurang cekap, sementara Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata rakyat Sabah sudah jelak dan marah dengan janji kerajaan untuk menambahbaik Esscomm. – 13 Julai, 2014.


Kronologi:




(Sumber: Apahell)

Anggota Polis yang Terbunuh dan Hilang


Terbunuh: Koperal 151279 Ab. Rajah Jamuan

Hilang: Konstabel 176543 Zakiah Aleip

Takziah.






, , ,

Sabtu, 31 Mei 2014

Polis Filipina Dakwa ‘Wang Tebusan yang Besar Dibayar untuk Bebaskan Tebusan Cina’


[TMI] Pembebasan dua wanita yang diculik di Sabah semalam dalam usaha bersama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina hanya dicapai selepas pembayaran "wang tebusan yang besar", lapor Reuters hari ini.

Laporan itu bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa "tidak ada wang tebusan dibayar" untuk membebaskan pelancong China, Gao Huayun dan pekerja resort, warga Filipina Marcy Dayawan, yang diculik dari Singamata Adventures dan Reef Resort, di Semporna, 2 April lalu.

Semalam dalam tweetnya, Najib menulis semasa lawatan rasminya ke China: "Saya baru sahaja diberi taklimat oleh @PDRMsia bahawa kedua-dua wanita diculik dari sebuah resort di Sabah April lepas diselamatkan oleh pihak berkuasa kita."

"Tiada wang tebusan dibayar bagi mendapatkan pembebasan mereka. Kejayaan hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat."

Bagaimanapun, sumber polis Filipina memberitahu Reuters bahawa wang tebusan yang besar dibayar bagi membebaskan kedua-dua wanita itu.

"Ia jarang berlaku bagi Abu Sayyaf untuk melepaskan orang yang diculik tanpa wang tebusan yang dibayar," kata laporan itu.

Tetapi laporan itu tidak memberikan sebarang maklumat mengenai wang tebusan yang dikatakan itu, seperti jumlah yang dibayar dan sumber dana.

Kumpulan pengganas itu sebelum ini menuntut 500 juta peso Filipina (RM36.8 juta) untuk melepaskan Gao, tetapi tidak membuat sebarang permintaan wang tebusan untuk Dayawan.

Pada 2 April, tujuh lelaki bersenjata memasuki resort kira-kira 10.30 malam dan menculik Gao, 29, dari Shanghai dan Dayawan, 40, dari resort itu.

Dilaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia percaya Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pengganas yang berpangkalan di selatan Filipina, bertanggungjawab atas penculikan itu dan mereka mendapat bantuan dari dalam.

Berikutan penculikan Gao dan Dayawan, seorang pegawai polis di Sabah mendedahkan bahawa penculikan itu juga mungkin melibatkan kakitangan resort.

"Abu Sayyaf aktif di kawasan itu sejak 15 tahun yang lalu dan bertanggungjawab untuk beberapa kes penculikan," kata pegawai itu kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

"Dalam banyak kes, mangsa dibebaskan selepas wang tebusan yang besar dibayar. Kes malam tadi dijangka tidak berbeza," katanya.

Insiden itu merupakan satu daripada tiga kejadian dalam tempoh tujuh bulan lalu yang melibatkan pelanggaran di Zon Keselamatan Timur Sabah yang ditubuhkan selepas "pencerobohan" Lahad Datu oleh pihak berkuasa Sulu awal tahun lepas.

Pada November tahun lepas, pelancong Taiwan Chang An Wei diculik dari pulau peranginan Pom Pom sementara pasangannya, Li Min Hsu ditembak mati.

Chang dibebaskan sebulan kemudian selepas wang tebusan yang besar dibayar kepada Abu Sayyaf melalui perantara.

Awal bulan ini, warga China Yang Zai Lin, 34, diculik oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dari sebuah ladang ikan berhampiran Pulau Babi, Lahad Datu, dan dibawa lari dengan sebuah bot laju.

Walaupun cuba ditahan pihak keselamatan Malaysia, penculik berjaya melarikan diri ke perairan antarabangsa dan dipercayai menuju ke selatan Filipina.

Yang, yang berasal dari Guangzhou, menguruskan ladang ikan sejak tiga tahun lalu. Ladang ini dimiliki oleh Wonderful Terrace Sdn Bhd yang berpangkalan di Hong Kong.

Yang diambil oleh lima orang lelaki yang berpakaian seragam tentera. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka dikatakan bersenjatakan M-16.

Abu Sayyaf adalah kumpulan militan Islam yang meningkat terkenal pada tahun 1990-an kerana berjuang untuk satu wilayah Islam bebas di Filipina.

Ahli diketahui terlibat dalam kes pengeboman, penculikan, pembunuhan dan aktiviti pemerasan. – 31 Mei, 2014.


P/s: Logik!!!


, ,

Jumaat, 30 Mei 2014

Dua Mangsa Culik di Semporna Berjaya Dibebaskan



[Mstar] PETALING JAYA: Dua wanita yang didakwa diculik dari sebuah resort di Sabah pada April lalu telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara ini melalui akaun Twitternya setelah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jumaat.

"Saya baru sahaja diberi taklimat oleh PDRM bahawa dua wanita yang diculik di sebuah resort di Sabah pada April lalu telah diselamatkan oleh pihak berkuasa kita.

"Kita sedang mengambil langkah untuk memudahkan urusan membawa pulang warga China ke negaranya secepat mungkin," katanya menerusi 'Tweet' kira-kira pukul 7.30 petang Jumaat.

Najib yang sedang mengadakan lawatan kerja ke China selama enam hari berkata mereka yang diculik dilepaskan tanpa perlu membayar wang tebusan.

"Tiada wang tebusan dibayar untuk pembebasan mereka.

"Kejayaan ini kerana kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyelesaikan kes ini.

April lalu, seorang wanita warga China yang dikenal pasti sebagai Gao Hua Yun, 29 dan pekerja resort dari Filipina, Marcy Dayawan, 40 telah diculik dari resort Singamata Reef, berhampiran Semporna.

Polis percaya kumpulan yang bertanggungjawab menculik dua wanita itu berpangkalan di selatan Filipina dan mahu mendapatkan wang tebusan.

Polis turut mengesyaki bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu mendapat "bantuan dalaman'' untuk memasuki resort itu.

Sementara itu The Star Online melaporkan bahawa kedua-dua mangsa telah dibawa keluar dari pulau Jolo Selatan Filipina dan tiba di Sandakan pada pukul 4.30 petang Jumaat.

Mereka diiringi anggota keselamatan dari Malaysia.

Menurut seorang pegawai keselamatan, dua orang pegawai telah bertolak ke Jolo pada pukul 10.30 pagi dan tiba di sana dua jam kemudian.

Dengan bantuan rakan-rakan dari Filipina, pegawai tersebut berjaya menyelamatkan Gao dan Marcy dari lokasi pergunungan terpencil di pulau itu. - Izra Abdul Rahman/30/5/14


Mangsa culik, Gao berasama pasukan perunding Malaysia ketika dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf, pada Jumaat. - Mstar


, ,

Rabu, 7 Mei 2014

Pengurus Pusat Ternakan Ikan Warga China Diculik di Sabah


[MK] Satu lagi kes penculikan bersenjata dilaporkan berlaku di perairan Sabah membabitkan sekumpulan lima orang lelaki yang melarikan seorang lelaki warga China dari sebuah pusat ternakan ikan dekat Lahad Datu.

Polis mengesahkan, lima penceroboh melarikan Yang Zailin, 34, seorang pengurus di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd pada kira-kira jam 2.45 pagi ini.

Timbalan ketua polis negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, dua daripada penceroboh berkenaan memakai celoreng tentera, bertopeng dan bersenjatakan raifal M-16.

“(Pasukan keselamatan) mengejar mereka dan satu tembak menembak berlaku berhampiran Pulau Mataking.

“Mereka bagaimanapun melepaskan diri dan menuju negara jiran,” kata Mohd Bakri.

Bernama melaporkan, Yang yang berasal dari Guangzhao bekerja di pusat ternakan yang terletak 3km dari bandar Silam itu sejak tiga tahun lalu.

Laporan itu memetik ketua pengarah Esscom Datuk Mohamad Mentek sebagai berkata, penceroboh berkenaan “dipercayai dari selatan Filipina”.

Menurutnya, pusat ternakan tersebut dimiliki orang seorang warga Hong Kong yang dikendalikan oleh 16 kakitangan – masing-masing lapan orang dari Timor Timor dan Suluk.

Kejadian penculikan di perairan Silam tersebut merupakan kejadian kedua yang berlaku tahun ini di Sabah, sebulan selepas kejadian penculikan di Singamata Reef Resort, Semporna.

Dalam kejadian di Semporna itu, kumpulan berkenaan menculik dua orang wanita, salah seorangnya berusia berusia 40 tahun warganegara Filipina yang bekerja di pusat peranginan tersebut dan seorang lagi adalah adalah pelancong warga yang berusia lingkungan 20-an.

Pada November tahun lepas, seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak dan isterinya diculik oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Pom Pom, Semporna.

Sementara itu Bernama petang ini melaporkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis telah menahan 19 individu, 11 daripadanya etnik berketurunan Suluk dan selebihnya warganegara Indonesia di kawasan kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya cuma sembilan daripada tahanan berkenaan mempunyai dokumen dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan dikenakan enam sebatan jika sabit kesalahan.

Polis percaya kumpulan berkenaan merupakan satu daripada kumpulan yang menculik untuk tebusan namun belum dipastikan sama ada kumpulan itu terbabit dalam kes penculikan seorang pelancong China di Singamata Adventures Reef Resort di Semporna pada 2 April lalu. -6/5/14

, ,

Khamis, 10 April 2014

Penculikan di Semporna: Penculik Tuntut RM36.4 Juta Sebagai Tebusan


[Mstar] KUALA LUMPUR: Penculik dua wanita di Semporna tampil menuntut RM36.4 juta sebagai tebusan untuk membebaskan seorang daripada mereka iaitu pelancong dari China.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, pihaknya telah menerima nota daripada penculik yang meminta tebusan sebanyak 500 juta peso atau RM36.4 juta.

"Kami telah menghantar satu pasukan untuk melakukan rundingan dengan orang tengah yang telah dipanggil ketika ini," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Zahid berkata, bagaimanapun pihaknya belum menerima sebarang bentuk tebusan bagi membebaskan wanita warga Filipina terbabit.

Pada 2 April, pelancong China Gao Hua Yuan (gambar), 29, dan pekerja resort warga Filipina Marcy Darawan, 40, diculik dari Singamata Reef Resort di Semporna oleh tujuh lelaki bersenjata dipercayai kumpulan militan Abu Sayyaf. -10/4/14

, ,

Sabtu, 5 April 2014

Penculikan Pulau Singamata: Kumpulan Abu Sayyaf Dijangka Minta Wang Tebusan RM11.5 Juta?


Gao Huayuan , 29, diculik bersama-sama dengan seorang pekerja resort pada 2 April lalu.
[The Star] PETALING JAYA – Kumpulan Abu Sayyaf yang dipercayai bertanggungjawab menculik seorang warga china dan seorang pekerja resort warga Filipina di Semporna Sabah akan meminta wang tebusan sehingga AS$3.5 juta (RM11.5 juta) untuk membebaskan mangsa bukan warganegara Filipina, kata seorang penganalisis keselamatan.

Prof Dr Aruna Gopinath yang pakar dalam keselamatan maritim berkata, kumpulan pemisah yang berpangkalan di Basilan, selatan Filipina itu akan mengenakan kadar yang lebih rendah sekitar tiga juta pesos (RM219,000) untuk membebaskan tebusan warga Filipina.

“Kumpulan Abu Sayyaf hanya berminat untuk mendapatkan wang dan wang tebusan akan dibayar sebelum mereka membebaskan tebusan,” katanya.

Aruna berkata, seorang wartawan Filipina yang dikenalinya diculik oleh kumpulan itu pada 2011 dan dijadikan tebusan selama 90 hari.

“Dia bertemu dengan ketua kumpulan Abu Sayyaf di Basilan untuk temu bual tetapi sebaliknya diculik oleh mereka. Dia dikurung di dalam sebuah rumah dan hanya diberikan air dan dua biji pisang tiga kali sehari.

Aruna berkata, seorang ahli kongres Filipina akhirnya bersetuju untuk membayar wang tebusan tiga juta pesos sebelum mangsa dibebaskan.

Sebuah lagi kumpulan iaitu Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) yang pakar dalam kegiatan penculikan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa Malaysia, kata Aruna.

Dalam perkembangan lain, Associated Press memetik seorang pegawai risikan Filipina pada Khamis sebagai berkata mengesahkan penculikan itu dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf.

Menurut pegawai tersebut, ketua kumpulan Abu Sayyaf itu berang kerana tidak dibawa bersama dalam perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). – 4/4/14


, ,

Penculikan Pulau Singamata: "Tiada Sebab Ada Cubaan Keruhkan Hubungan China-Malaysia"


[AA] KUALA LUMPUR:Meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu melahirkan rasa bimbang beliau kemungkinan insiden penculikan di Semporna adalah angkara pihak tertentu untuk melagakan Malaysia dengan China, ia seharusnya tidak memberikan kesan kepada hubungan sedia ada.

Menurut pensyarah Jabatan Antarabangsa dan Kajian Strategik Universiti Malaya, Dr Roy Anthony Rogers, tiada negara yang akan mendapat manfaat sekiranya hubungan Malaysia-China menjadi keruh.

"Mengapa ada tanggapan wujud rancangan untuk melakukan perkara ini (mengeruhkan hubungan)? Saya berpendapat tiada sebarang agenda tersembunyi, ia hanya satu spekulasi semata-mata," kata Roy Anthony.

Beliau mengulas mengenai laporan bahawa penculikan dua wanita, seorang daripadanya warga China, di sebuah resort di Semporna pada Rabu bermungkinan adalah satu percubaan yang disengajakan untuk meningkatkan lagi ketegangan hubungan antara kedua-dua negara itu ketika Malaysia diuji dengan krisis kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata pada Rabu: "Mungkin ada seseorang yang cuba untuk merenggangkan (hubungan) Malaysia dan China. Mereka mungkin cuba untuk mengambil kesempatan daripada keadaan ini (penculikan)."

Roy Anthony berkata bahawa kedua-dua negara, mempunyai hubungan dua hala lebih 40 tahun iaitu sejak 1974. Kejadian penculikan ini, dianggap sebagai satu perkara kecil (dalam hubungan dua hala) .

"Malaysia-China pernah melalui tempoh yang lebih sukar (sebelum ini) . Misalnya pada kemuncak perang dingin , Parti Komunis Malaya masih wujud, dan China menyatakan sokongan mereka. Meskipun begitu, Malaysia dan China berjaya mengharunginya" kata Roy Anthony.

Beliau menyifatkan situasi semasa hubungan kedua-dua negara ketika ini adalah sekadar satu "titik" atau "fasa".

"Saya faham bahawa emosi bercampur-baur dalam insiden MH370. Ketika ini keadaan tidak menentu, keluarga penumpang adalah dalam keadaan tidak pasti , ia adalah tempoh sukar dan menyeksakan buat mereka.

"Tetapi saya percaya situasi ini tidak akan dianggap sebagai satu "perselisihan" kerana pemimpin kedua-dua negara sudah cukup bijak dan hubungan masih kukuh. Meskipun Kuala Lumpur memerlukan sokongan dari segi ekonomi dan perdagangan dari China, negara China juga memerlukan Kuala Lumpur dalam hubungan perdagangan, diplomatik serta politik terutamanya mengenai isu membabitkan kepulauan Spratly, "katanya.

Roy Anthony berkata kawasan di mana penculikan itu berlaku sememangnya sentiasa terdedah (kepada penculikan) walaupun sebelum insiden kehilangan pesawat MH370 .

"Perlu diingat seorang lagi mangsa yang diculik adalah warga Filipina, dan beberapa bulan lalu warga Taiwan pula. Jadi bagi saya ini semua satu kebetulan, sama seperti juga seorang warga Uighur pada mulanya dikaitkan dengan kehilangan pesawat tersebut," katanya.

Pelancong China Gao Huayuan , 29, pekerja pusat peranginan Marcy Darawan @ Mimi , 40, telah diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Singamata Reef Resort, Semporna kira-kira 10.30 malam pada 2 April yang lalu. -Teoh El Sen/5/4/14





, ,

Khamis, 3 April 2014

Identiti dan Gambar Pelancong China Diculik di Pulau Singamata Didedahkan



[Mstar]Bapa kepada pelancong warga China yang diculik di sebuah resort di Semporna, Sabah menghubungi Stesen Radio 'Shanghai People' bagi merayu mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk menyelamatkan anaknya.

Beliau berkata, anak perempuannya, Gao Huayun, 29, bekerja di sebuah firma Jepun dan memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajiannya.

Beliau pada Rabu menerima surat daripada sebuah universiti di Britain bagi memaklumkan bahawa anak perempuannya diterima masuk menyertai program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Beliau berkata, Gao berkunjung ke Malaysia bersama rakan-rakan sekuliahnya.

Gao dilaporkan diculik pada kira-kira pukul 10.30 malam Rabu apabila sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh masuk ke Singamata Reef Resort.

Mereka turut menculik seorang kakitangan resort warga Filipina.

Menurut stesen radio itu, seorang wanita bernama Xu membuat laporan polis di balai polis daerah Yangpu di Shanghai dengan mendakwa bahawa anak perempuannya diculik di Malaysia. -3/4/14



, ,

[Gempar] Pelancong China DICULIK Lelaki Bersenjata di Pulau Singamata Semporna, Sabah

Sekadar hiasan.
[MK] Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.

Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi.

Akhbar tersebut memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.

Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah rakyat Filipina.

Foto-foto di talian menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan, dan foto lelaki beruniform dengan rifel dan memakai baju kalis peluru, kemungkinan anggota pasukan keselamatan Malaysia. -3/4/14


Berkaitan:

Seorang Pelancong China, Pekerja Resort Dilarikan dari Pulau Singamata Semporna



[TMI] Kumpulan bersenjata menculik dua wanita, masing-masing dari China dan Filipina dari sebuah resort di Semporna, dekat Kota Kinabalu, Sabah malam tadi menjadikan ia satu lagi kejadian pelancong dibawa secara paksa dari pulau pelancongan terkenal itu.

Mangsa terbaru itu dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29, berasal dari Shanghai, China manakala seorang lagi adalah pekerja Filipina yang belum dikenal pasti, lapor akhbar The Star.

Ketua Pengarah Escom, Datuk Mohammad Mentek mengesahkan penculikan itu berlaku di Singamata Reef Resort.

Malam tadi, South China Morning Post melaporkan kejadian itu adalah yang terkini selepas beberapa kejadian serupa di kawasan berkenaan yang mensasarkan menculik warganegara asing untuk mendapatkan wang tebusan besar.

Pengurus resort itu yang dikenali sebagai Vicky berkata, sekumpulan lima atau enam lelaki bersenjata menyerbu hotel itu malam Rabu kelmarin.

Selepas menangkap dua wanita berkenaan, lelaki bersenjata itu meninggalkan hotel itu dengan bot dalam kejadian yang mengambil masa beberapa minit sahaja.

SCMP melapor, pihak keselamatan Malaysia sampai tidak beberapa lama selepas itu dan mengumpulkan semua tetamu dan kakitangan yang masih ada dalam dewan utama resort itu.

Pagi ini, semua 61 tetamu dengan 51 daripada mereka adalah warganegara China memutuskan untuk meninggalkan resort itu tetapi 10 tetamu yang baru sampai memutuskan untuk terus tinggal di situ, kata Vicky kepada SCMP.

Liu Dongyuan, timbalan konsul besar pejabat Konsulat China di Kucing memberitahu SCMP Gao sedang bercuti bersama beberapa rakannya.

"Konsul besar kami dalam perjalanan ke tempat kejadian," katanya kepada SCMP melalui temubual telefon.

"Polis Malaysia juga sedang melancarkan usaha menyelamat,” katanya.

Liu Quan, Konsul Besar China di Kuching bercakap secara langsung dengan Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan meminta polis mempercepatkan usaha menyelamat.

November tahun lalu, Li Min Hsu, 57, dari Taiwan terbunuh apabila kumpulan bersenjata merempuh sebuah resort di Pulau Pom Pom.

Mereka turut menangkap Chang An Wei, 58, dan membawanya lari dari pulau itu dengan bot.

Chang kemudian dibebaskan oleh pihak berkuasa Filipina Disember lalu dengan berita angin menyatakan selepas sejumlah pampasan dibayar.

Kejadian malam tadi bakal meletakkan Zon Keselamatan Timur Laut Sabah (Escom) dalam perhatian. Ia meliputi kawasan seluas 1,400 km di pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

Ia diwujudkan Mac tahun lalu oleh Datuk Seri Najib Razak selepas pencerobohan Lahad Datu oleh militan Sulu sebulan sebelum itu.

Tujuannya adalah untuk memperteguhkan keselamatan maritim di bahagian timur laut Sabah dan mengelakkan ancaman pengganas di perairan Sabah. –  LEE SHI-IAN/3 April, 2014.


, ,

Ahad, 22 Disember 2013

Wang Tebusan RM1 Juta Untuk Bebaskan Wanita Taiwan?



[Mstar] KOTA KINABALU: Wang tebusan sejumlah AS$300,000 (RM1 juta) dipercayai telah dibayar untuk menjamin pembebasan tebusan seorang warga Taiwan, Evelyn Chang An-wei yang diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayaff di pulau Jolo selatan Filipina.

Walaupun pihak di Filipina dan Taiwan mempertahankan bahawa An-Wei, 58, yang diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Filipinan dari pulau Pom Pom di Semporna pada 15 November berjaya diselamatkan, bagaimanapun timbul spekulasi jumlah wang tebusan itu tersebar secara meluas di media Taiwan.

Abang kepada An-Wei, Richard Chang Ta Kong tidak mempertikaikan laporan media apabila dia mengatakan bahawa kakaknya tidak dicederakan semasa tahanannya dan penculik hanya mahu mendapatkan wang tebusan.

Ta Kong, yang berhubung dengan kumpulan penculik semasa adiknya diculik selama 36 hari, tidak bercakap langsung mengenai pembayaran wang tebusan yang dikatakan dibuat oleh keluarga untuk penculik itu bagi menjamin pembebasannya.

An-Wei yang merupakan isteri kepada Lim Min-hu, 57, yang ditembak mati apabila kumpulan penculik cuba untuk menculiknya di resort, telah ditinggalkan di kawasan hutan berhampiran kampung Talipoa di Jolo apabila pasukan petugas bersama Filipina menemuinya pada pukul 4 petang disusuli dengan "bayaran".

Pegawai Filipina yang memahami tentang penculikan yang bertujuan untuk mendapatkan wang tebusan menjelaskan bahawa kumpulan Abu Sayaff biasanya membebaskan tawanan mereka sebaik sahaja sejumlah wang yang dipersetujui telah dihantar menerusi orang tengah.

Mereka menjelaskan bahawa kebiasaannya, sejumlah wang tebusan itu sendiri hanya sebahagian daripada kos kerana mereka terpaksa membayar untuk "perbelanjaan operasi" bagi pengantara dan juga pemerhati kepada kumpulan-kumpulan lain yang mahu merampas wang tebusan yang banyak atau menahan pengantara yang membawa wang berkenaan.

Kumpulan penculik itu masih menahan sekurang-kurangnya sedozen tawanan termasuk dua pemerhati burung warga Eropah yang diculik di Wilayah Tawi-Tawi pada tahun lepas.

Ta Kong mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Anti Penculikan Polis Kebangsaan Filipina kerana membantu beliau untuk berkomunikasi dengan penculik dan kakaknya semasa kakanya itu ditawan.

Ta Kong, yang bersyukur kerana pihak berkuasa polis Malaysia dan Filipina atas usaha mereka dalam misi menyelamat berkata, dia dibantu oleh seorang rakan baik kepada keluarganya, Yu Ching, yang kemudiannya dikenal pasti anak saudara kepada Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou.

(Yu Ching, merupakan bekas anggota beret hijau dilatih di Akademi Tentera AS di West Point dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini, termasuk membantu dalam operasi menentang Abu Sayyaf.)

An-wei, yang dilaporkan menjadi kawan rapat kepada isteri Presiden Taiwan , kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di Taiwan dan berkata bahawa dia lega apabila pengalaman pahitnya itu berakhir dan mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang bertanggungjawab untuk membebaskannya.

Dia memberitahu pegawai Filipina bahawa dia tidak mengetahui tentang suaminya telah dibunuh walaupun dia terdengar tembakan sewaktu kumpulan lelaki bersenjata mengheretnya keluar dari villa resort di Pulau Pom Pom. - 21/12/13


Berita awal di sini.


, ,

Sabtu, 21 Disember 2013

[Foto] Pelancong Taiwan yang Diselamatkan daripada Tawanan Militan Filipina




(AP Photo/Nickee Butlangan



Beritanya di sini.


, ,

Jumaat, 20 Disember 2013

Kes Culik di Semporna: Pelancong Taiwan Berjaya Diselamatkan


Sekadar hiasan.

[Mstar] PETALING JAYA: Seorang pelancong warga Taiwan yang diculik dari Pulau Pom Pom di luar pantai Sabah pada 15 November lalu telah diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menerusi tulisan Khalid di Twitter miliknya, beliau mengucapkan tahniah kepada rakyat Filipina kerana berjaya menyelamatkan Chang An Wei.

"Mangsa telah diselamatkan di Sulu dan dibawa ke hospital di sana.

"Wanita itu akan diterbangkan ke Zamboanga City esok (Sabtu)," kata Khalid, sambil menambah bahawa pihak berkuasa Filipina akan mendedahkan lebih banyak butiran dan perkembangan lanjut berhubung perkara itu.

Dalam insiden pada 15 November lalu, sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati suami Chang dan menculiknya dalam satu serbuan di resort di Pulau Pom Pom di luar pantai Semporna di pantai timur Sabah.

Laporan awal menyatakan bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu mendarat di villa atas air diPom Pom Island Resort and Spa dan menggeledah tiga daripada enam villa termasuk satu unit yang didiami oleh mangsa Lim Min Hsu, 57, dan Chang, 58.

Ketika serbuan itu, terdapat 48 pelancong dan kakitangan di pulau itu, tetapi tidak dipastikan jumlah sebenar kesemuanya.

Resort berkenaan terletak kira-kira 1 kilometer dari pangkalan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan keselamatan diperketatkan di perairan dari Semporna ke Lahad Datu di laut Sulu dan Sulawesi sejak kumpulan bersenjata Sulu menyerang Lahad Datu pada Februari lalu.

Menurut laporan awal berhubung insiden tembakan di Pulau Pom Pom, seorang penyelia di resort itu mendengar bunyi tembakan pada pukul 1 pagi Jumaat dan segera memaklumkan mengenainya kepada pihak PGA.

Sejumlah besar anggota PGA segera bergegas ke resort itu di mana mereka mendapati mayat Lin dengan kesan luka dua tembakan di koridor.

Isterinya bagaimanapun hilang dan dia dipercayai telah diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata itu, di mana difahamkan mereka menuju ke Pulau Mataking dekat perairan Filipina.


Berkaitan:

Kronologi Pembunuhan Dan Penculikan Dua Warga Taiwan Di Pulau Pom Pom

[Bernama] KUALA LUMPUR: Berikut ialah kronologi pembunuhan dan penculikan dua warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah bulan lepas.

15 Nov - Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar sahkan seorang pelancong Taiwan, Hsu Li Min, 57, mati ditembak manakala rakan wanitanya, An Wei Chang, 58, dikhuatiri diculik sekumpulan lelaki bersenjata, dipercayai dari selatan Filipina.

16 Nov - KPN syaki kumpulan pengganas Al-Qaeda Abu Sayyaf terlibat dalam kes itu yang dipercayai bergerak dalam kumpulan seramai lapan orang dengan menaiki bot pam dan menculik mangsa untuk tebusan.

17 Nov - Polis percaya An Wei Chang masih hidup dan usaha menjejaki kumpulan yang menculiknya giat dijalankan oleh pasukan keselamatan.

18 Nov - Polis Sabah menegaskan pihaknya tidak tahu menahu tentang laporan media Taiwan kononnya keluarga An Wei Chang, sudah dihubungi pihak tertentu untuk meminta bayaran tebusan.

19 Nov - Polis Sabah memberitahu bedah siasat mayat Hsu Li Min, yang ditembak mati dalam kejadian itu akan dilakukan pada 20 Nov di Hospital Tawau.

20 Nov - Keluarga Hsu Li Min berharap laporan lengkap bedah siasat mayat mangsa dapat dikeluarkan segera.

21 Nov - Mayat Hsu Li Min dibakar di pusat pembakaran mayat Foo Kui Memory Park di Tawau kira-kira 12 tengah hari.

25 Nov - Polis sahkan belum terima sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak berhubung kes culik An Wei Chang.

30 Nov - Polis beri jaminan keselamatan An Wei Chang, dan kes sedang diuruskan kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Filipina.

1 Dis - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar minta pengusaha dan operator pusat pelancongan di Pulau Pom Pom beri kerjasama penuh, tidak menghalang tugas pasukan polis membuat rondaan di kawasan itu.

2 Dis - Polis tahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an tanpa dokumen pengenalan di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 3 pagi, 1 Dis yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan itu.

20 Dis - KPN sahkan An Wei Chang berjaya diselamatkan pihak berkuasa Filipina. Wanita itu kini berada di Hospital Merin, Sulu dan akan diterbangkan ke Zamboanga City pada Sabtu. - 20/12/13



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH