Lapor Kena Culik Untuk Sembunyi Kecurangan Diri
[Borneo Post] SIBU: Bimbang rahsia curangnya terhadap suami terbongkar, seorang isteri bertindak mereka-reka cerita dengan membuat laporan palsu kepada polis mendakwa dirinya diculik, semalam.
Wanita berusia 30-an yang mempunyai tiga anak dan dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain itu, dikatakan tampil membuat laporan polis di sini sambil ditemani seorang rakan wanitanya sekitar jam 6 pagi.
Dalam laporannya itu, dia mendakwa diculik oleh empat lelaki yang tidak dikenali.
Suspek mendakwa, empat lelaki turun dari sebuah van lalu menariknya dan rakannya pada jam 11 malam kelmarin di Jalan Apollo, di sini dan terus memecut lari membawa mereka.
Suspek memberitahu polis bahawa dia diikat di pergelangan tangan sambil mata dan mulutnya ditutup oleh penculik terbabit.
Bagaimanapun, suspek berkata penculik terbabit kemudian menurunkannya di Pintu Gerbang Sibu tetapi tidak melepaskan rakannya.
Sejurus selepas itu, suspek difahamkan berjalan kaki ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membuat laporan polis bagi melaporkan ‘penculikan’ terbabit.
Dia mendakwa rakannya itu terus dilarikan dan hanya dia sahaja yang dilepaskan penculik.
Selepas menjalankan siasatan lanjut, polis mendapati rakannya selamat dan tidak seperti yang dilaporkannya.
Dikatakan suspek mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain pada malam Sabtu dan tidak pulang ke rumahnya.
Disebabkan tidak pulang ke rumah dan berasa bimbang suaminya mengesyaki kecurangannya, suspek bertindak membuat laporan palsu dengan mendakwa dirinya diculik.
Walaupun tiada kesan pada pergelangan tangannya yang diikat, polis difahamkan turut membawanya ke hospital untuk pemeriksaan perubatan pada pagi semalam.
Menurut polis, suspek turut mengaku telah membuat laporan palsu tersebut. -7/7/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.