Kopi KURANGKAN Risiko Kanser Kulit
Kajian menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko mereka menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.
Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.
"Ekoran hampir sejuta kes baharu BCC dicatat di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberikan kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song.
Beberapa kajian sebelum ini juga membuktikan mereka yang kerap minum kopi kurang dijangkiti kanser payu dara, prostat, kolon dan uterus. - DCM
Rasulullah s.a.w tak pernah buat benda yang sia-sia..
Comment by macamacamla @ Khamis, Oktober 27, 2011 9:51:00 PGKOPI antara minuman kegemaran Rasulullah s.a.w..
sama juga dengan labu..
p/s : labu; aku cukup tak suka labu, tapi lepas orang tua aku kata ini makanan Rasulullah, sampai sekarang aku tak tinggal makan labu..