[Gambar/Video] Gaddafi "Dihukum Mati" Tanpa Bicara oleh Kumpulan Penentang
Kebanyakan media antarabangsa membangkitkan isu tentang kematian Gaddafi yang pada awalnya dilihat tidak mengalami kecederaan parah yang boleh meragut nyawanya. Berdasarkan paparan video, bekas diktaktor itu diheret, dipukul, dan dipercayai ditembak mati oleh kumpulan penentang.
Menurut Reuters, seorang saksi berkata, kesan peluru boleh dilihat dengan jelas di sisi kepala bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
Selain kesan tembakan di kepala, mayat Gaddafi yang ditunjukkan kepada pemberontak dan seorang saksi Reuters juga mempunyai kesan calar, juga di kepala.
Ada beberapa kesan darah pada tubuhnya meskipun kesan darah itu tidak sebanyak seperti yang diilihat pada video sejurus beliau ditangkap.
![]() |
Adakah pistol ini yang menamatkan hayat Gaddafi? |
Sementara itu, DM melaporkan isteri kepada bekas diktator itu, Safia menggesa PBB dan Amnesty menyiasat bagaimana suaminya meninggal dunia sedangkan ketika ditangkap Gaddafi dilihat hanya mengalami kecederaan yang tidak parah. Safia dan ahli keluarga yang lain berada di Algeria.- DCM
Detik-detik terakhir sebelum Gaddafi dipercayai ditembak oleh kumpulan penentang.
Pemuda ini dikatakan menjumpai tempat Gaddafi bersembunyi dan dia menerima pistol emas Gaddafi sebagai "harta rampasan perang". |
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.