Ingat Cerita Isteri TOLAK Seks, Gigit Telinga Suami? Susulannya di Sini
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Wanita warga Vietnam yang didakwa mencederakan dan mengugut akan memotong alat kelamin suaminya yang juga seorang pemandu teksi berusia 61 tahun tampil menemui lelaki terbabit dan memohon maaf atas perbuatannya itu.
Ketika ditemui, wanita yang dikenali sebagai Le Thi Quang, 29, berkata, dia menyesal dengan apa yang terjadi hingga menyebabkan suaminya cedera di telinga.
“Saya mengaku saya salah dan ketika kejadian, saya berada dalam keadaan mabuk selepas tertekan dengan keadaan di rumah.
“Pihak berkuasa juga memberi saya peluang kedua ketika mahu menahan saya tempoh hari dan berharap suami juga dapat memaafkan saya selepas ini,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA.
Sementara itu, mangsa, Chin Weng Seng, 61, berkata, dia dihubungi isterinya kelmarin selepas beberapa hari menghilangkan diri dari rumah.
“Dia memberitahu ada pergi ke rumah saudaranya di Ipoh selepas melarikan diri dari rumah namun tidak dapat menghubungi saya ketika mahu pulang.
“Saya kemudian pergi menjemputnya di sebuah perhentian bas berdekatan kawasan rumah dekat Jalan Chempaka, Ampang,” katanya yang sudi memaafkan isterinya.
Sementara itu, Quang pulang ke Vietnam esok selama tiga bulan untuk menziarahi keluarganya yang risau dengan keadaannya di sini selepas mengetahui mengenai laporan akhbar berkaitannya tempoh hari.
Ketua Biro pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, segala perbelanjaan menguruskan kepulangan Quang ke negara asalnya akan ditanggung agensi cari jodoh yang menemukan pasangan berkenaan.
“Mereka bersetuju menguruskan perbelanjaan pulang Quang termasuk tiket kapal terbang pergi balik dan urusan lain,” katanya.
Cerita awal boleh dibaca di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.