Pelancong Jerman DIMAKAN Jurupandu Arah
Henri Haiti |
DCM ada menyiarkan berita awal tentang kehilangan Stefan Ramin yang dipercayai dimakan oleh puak kanibal di Nuku Hiva, sebuah pulau terpencil di Pasifik. Anda boleh bacanya di sini.
Terbaru, The Sun menyiarkan perkembangan terkini kes tersebut dengan mengaitkan Henri Haiti yang merupakan jurupandu arah Ramin sebagai suspek pembunuhan itu. Setakat ini, penemuan gigi di kawasan yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan disahkan milik Ramin, 40.
Pihak yang menyiasat kes ini telah menemukan sisa Ramin sekitar 35 kaki dari lokasi kejadian. Selain gigi, tulang dan cebisan anggota yang lain turut dihantar untuk ujian DNA. Mangsa dikatakan dibunuh, dilapah, dan dimakan oleh pembunuhnya. Bahagian badan yang tidak dikehendaki telah dibakar di lokasi pembunuhan.
Menurut pendakwa raya pulau itu, Jose Thurel: "Hampir pasti sisa yang ditemukan itu milik Stefan Ramin."
Sebelum ini, Haiti dilaporkan cuba memperdaya teman wanita Ramin, Heike Dorsch, 37 agar mengikutnya untuk menyelamatkan Ramin yang dikatakan tercedera. Namun, Dorsch yang mencurigai Haiti enggan mengikutnya. Akibatnya, teman wanita Ramin itu diikat pada pokok dan dicederakan oleh Haiti. Dorsch yang berjaya melarikan diri melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa.
Menurut laporan, kanibalisme sudah tidak diamalkan di pulau itu sejak berdekad lalu. Salah seorang saudara Haiti dilaporkan berkata: "Kami mahu tahu sebab dia berbuat demikian. Adakah dia bertindak seperti orang gila?"
Setakat ini, Henri Haiti yang menghilangkan diri sejurus kes itu dilaporkan kepada polis masih belum dapat dikesan. -DCM
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.