Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 26 Oktober 2011

[LAWAK] PERKASA: Kami Penentu Sokongan PRU 13 - Kah kah kah!!!




Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 26 Okt ― Perkasa percaya pertubuhan bukan kerajaan berusia tiga tahun itu akan menjadi penentu keputusan pilihan raya umum ke-13 dengan memobilisasi sokongan ahlinya, khususnya dalam menentukan nasib calon dan parti yang telah memperlekeh Islam dan orang Melayu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya sudah pun menyediakan senarai wakil rakyat yang melakukan ‘kesalahan’ itu dan sudah bersedia untuk menghantar mesej kepada 300,000 ahli menjelang pilihan raya umum.

“Sebelum ini orang ramai berfikir (sokongan) orang India adalah penting meskipun bilangan mereka adalah kecil kerana mereka menjadi penentu.

“Meskipun mereka kecil bilangan, mereka akan menjadi faktor penentu. Begitu juga Perkasa. Sudah pasti kami akan memainkan peranan ini,” kata beliau kepada pemberita selepas Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini hari ini.Ibrahim berkata Perkasa hanya akan memfokus kerusi-kerusi yang dipertahankan oleh wakil rakyat yang pernah menyinggung Islam dan orang Melayu, yang dimenangi dengan perbezaan undi kecil pada Mac 2008.

Katanya, Perkasa yakin akan membawa perubahan dan impak besar memandangkan ada ahli antara 500 hingga 600 orang di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini menambah Perkasa tidak menentang mana-mana parti atau kaum tetapi hanya menyasarkan sesiapa sahaja yang menyinggung perasaan orang Melayu dan Islam.

“Mereka tidak harus fikir hanya mereka sahaja yang ada undi. Mereka tidak harus fikir hanya memproleh undi daripada kumpulan mereka sahaja. Ahli Perkasa bukan satu jumlah yang kecil,” katanya.

“Perkasa akan menolak calon-calon yang anti-Melayu, anti-Islam dan yang menggugat kedaulatan nasional. Jadi, semua calon harus ingat, jaga kata-kata mereka,” katanya lagi.


P/s: Sudah beberapa kali kita melihat aksi ahli PERKASA dalam usaha mempertahankan sesuatu.Misalnya, dalam BERSIH 2.0 dan demo mempertahankan Utusex. Jika Berahim Ali mengatakan PERKASA sebuah NGO yang boleh memberikan impak besar kepada PRU, kenyataan itu sesungguhnya adalah lawak yang amat melucukan. 

Mengapa? Jika untuk sesebuah demo, NGO itu hanya berjaya membawa seratus orang (belum tentu ahli PERKASA) dan ada pula dakwaan yang NGO itu terpaksa mengimport warga asing seperti yang berlaku di PP, maka celah mana dan bagaimana NGO yang dilebih-lebihkan dalam segala hal ini mampu menggugat pihak tertentu dalam PRU?  Bagaimana pula cerita demo untuk menentang BERSIH 2.0? Usahkan ahli NGO itu, muka presidennya pun langsung tidak nampak muka!!!




  1. Matlamat asal Perkosa dah menyimpang jauh...
    bila lebih pada asobiyah,ini lah jadinya...aku rasa kebanyakan yg dikatakan ahli perkasa bukan 100% orang Umno..ada yg atas pagar, tp bila Zul Noording kulup tu masuk ,aku rasa lebih baik Perkasa didaftar sebagai sayap bawah ketiak Umno..so orang Melayu takkan tertipu buat kali ke seribu kali...

    gravatar Comment by anti-zul noording @ Rabu, Oktober 26, 2011 8:48:00 PTG      
  2. pejuangan perkasa adalah untuk memartabatkan orang melayu..orang melayu semakin berpecah belah..semoga pertubuhan yang baru setahun jagung ini akan memantapkan perjuangan mereka..kecil-kecil cili api...kecil tapi berani

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Oktober 27, 2011 4:48:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH