Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label GERAKAN. Papar semua catatan

, ,

Rabu, 25 Jun 2014

Rombakan Kabinet: Lima Jawatan untuk MCA dan Satu Jawatan untuk Gerakan



Sekadar hiasan.
[Malaysia Kini] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penstrukturan semula Kabinet seperti berikut:

Datuk Seri Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan

Datuk Wee Ka Siong - Menteri di JPM

Datuk Mah Siew Keong - Menteri di JPM

Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Datuk Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan

Datin Chew Mei Fun - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat.

Kesemua anggota baru jemaah menteri itu akan mengangkat sumpah jawatan pada hari Jumaat, katanya.

Beliau tidak menyebut nama mana-mana anggota jemaah menteri yang digugurkan.

"Saya berasa gembira kerana wakil MCA yang mewakili kaum Cina telah dapat kembali berada dalam Kabinet, begitu juga dengan wakil parti GERAKAN," katanya.

Beliau juga yakin bahawa kemasukan anggota baru ke dalam Kabinet itu akan dalam "menterjemah akujanji kepada rakyat" seperti dinyatakan dalam kempen pilihan raya umum lalu.

Najib mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, tengahari.

Beliau semalam membayangkan bahawa rombakan tersebut akan melibatkan jawatan menteri pengangkutan, yang dipangku sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

BN perlu mengotakan janji untuk melantik Datuk Mah Siew Keong ke jawatan penuh menteri, selepas Presiden GERAKAN itu menang pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan.

Najib juga perlu mengambil kira kuota MCA, yang meluluskan usul untuk kembali memegang jawatan kerajaan melalui mesyuarat agung luar biasa, Februari lalu. -25/6/14

, ,

Ahad, 22 April 2012

Pengerusi BN Pulau Pinang, UMNO Melopong Walaupun Majoriti di DUN

Baca lanjut di sini.

Kalau bab provokasi perkauman/melaga-lagakan parti pembangkang untuk keuntungan politik memang sinonim dengan strategi perang psikologi UMNO dan medianya. Pantang ada isu yang melibatkan kepentingan Melayu, pasti jurublog dan pemimpin UMNO membangkitkan isu itu di media. Terbaru, isu pengerusi MAINPP  yang melibatkan PKR-PAS dan beberapa isu lain yang dibangkitkan atas nama ketuanan Melayu dan Islam.

Apabila UMNO PP terpaksa mengalah dalam isu perebutan jawatan Pengerusi BN negeri, jurublog dan pemimpin UMNO terpaksa buat-buat tidak nampak atau buat-buat lupa isu itu. Kalau mereka dengan bongkak menuduh PAS layu kepada DAP dan PKR, namun apabila terkena pada batang hidung sendiri, masing-masing membisu.

Apabila timbul hal ini, saya teringat isu UMNO yang terpaksa mengalah kepada MIC dengan menerima calon parti komponen BN itu untuk menentang calon Zaid Ibrahim dalam PRK di sebuah kawasan DUN Selangor. Yang lawaknya, ada seorang blogger popular UMNO mengumumkan dalam blognya untuk menjadi calon PRK tersebut sebagai memprotes keputusan BN meletakkan calon MIC. Selepas beberapa ketika maloan itu menarik diri dengan memberikan pelbagai alasan. Poyo! Saya sudah mendayuskan malaon tersebut!

Dalam isu jawatan Pengerusi BN PP, UMNO negeri meminta jawatan itu diserahkan kepada UMNO, atas alasan parti itu memenangi lebih banyak kerusi DUN dalam PRU 12. Tuntutan itu, walau bagaimanapun ditentang keras oleh Gerakan.

Bermula dengan perang antara ketua bahagian UMNO dengan Gerakan, kemudiannya kenyataan secara terbuka Zahid Hamidi yang mahu UMNO memimpin BN di PP sehinggalah serangan MP Katak dan bekas pemimpin Gerakan terhadap kepimpinan Koh Tsu Koon. Antiklimaknya apabila Najib seperti yang diberitakan di MK mengeluarkan kenyataan bahawa parti pimpinannya tidak akan menuntut kepimpinan BN di negeri itu.

Hari ini, seperti dipetik dalam berita di atas, Najib mengumumkan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN PP yang baharu bagi menggantikan Koh Tsu Koon. Adakah pengunduran Koh Tsu Koon itu sebagai salah satu "deal" untuk mengekal Gerakan sebagai peneraju BN PP? TM tidak pasti. Yang penting, UMNO terpaksa melopong kali ini walaupun siang malam terpekik terlolong dengan slogan Ketuanan Melayu!

Baca di sini, di sini, di sini. -DCM


P/s: Semangat ketuanan Melayu UMNO layu kepada Gerakan yang sememangnya sudah layu sejak PRU12. Kalau mahu menuduh, mengata orang, cermin diri dahulu!

Kah kah kah!



, ,

Khamis, 17 November 2011

Tsu Koon Tidak Tanding dalam PRU kerana Beri Peluang Orang Muda atau Takut KALAH?


Berita Harian melaporkan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, sebentar tadi mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.  Pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, Dr Koh berkata keputusan itu bagi memberikan peluang kepada barisan pemimpin pelapis Gerakan mewakili parti dalam pilihan raya. 

"Ia juga sebagai strategi transformasi Gerakan iaitu 'Bergerak bersama rakyat'," katanya sambil menambah keputusan itu dibuat tanpa paksaan dan sudah disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dr Koh, 62, berkata beliau akan memberi tumpuan kepada usaha merangka strategi, memperkukuh jentera parti, menentukan senarai calon dan mengatur publisiti untuk memastikan kemenangan mereka.

"Saya mahu berkempen untuk calon kami menang berbanding memberi tumpuan untuk memenangi kerusi untuk diri saya saja," katanya. 


P/s: DCM tidak mahu pergi jauh dengan membuat spekulasi bahawa keputusan Tsu Koon ini mungkin didalangi oleh pihak yang mahu menjatuhkannya atau mungkin daripada UMCO sendiri. DCM hanya mahu melihat keputusannya itu berdasarkan dirinya sahaja.

Soalan nakal: Adakah Koh Tsu Koon mahu memberikan peluang kepada orang muda atau hakikatnya beliau takut kalah lagi yang sudah tentunya akan mencalar imejnya sebagai orang kuat Gerakan?

Sepatutnya, Koh Tsu Koon meletakkan dirinya sebagai calon yang bakal menghadapi Lim Guan Eng di kerusi DUN PP, bukannya "menikus" di belakang tabir. Biar rakyat menentukan pemimpin pilihan mereka.

Adakah ini petanda bahawa Gerakan akan berkubur sepenuhnya dalam PRU akan datang?


, ,

Ahad, 16 Oktober 2011

Isu Tuntutan Kepimpinan BN di P. Pinang: Akhirnya, UMCO "Mengalah" kepada Gerakan!


Bermula dengan perang antara ketua bahagian UMCO di PP dengan Gerakan, kemudiannya kenyataan secara terbuka Zahid Hamidi yang mahu UMCO memimpin BN di PP berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU 12, sehinggalah serangan MP Katak dan bekas pemimpin Gerakan terhadap kepimpinan Koh Tsu Koon. Antiklimaknya apabila Najib seperti yang diberitakan di MK mengeluarkan kenyataan bahawa parti pimpinannya tidak akan menuntut kepimpinan BN di negeri itu.

Selepas pelbagai usaha, akhirnya UMCO mengalah kepada Gerakan. Aduhai!!! Tidak pelik. Banyak orang  sudah menjangkakan penamat ceritanya.

Najib berkata, UMCO tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang. Perkara itu menurutnya telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.

"Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat."

Najib bagaimanapun menjelaskan, keputusan berkenaan hanya pendirian Umno dan masih perlu dibincangkan dalam BN.

"Tapi ianya tidak akan jadi calon (ketua menteri) Umno," katanya lagi.

Kah kah kah!

Ketuanan Melayu UMCO sudah layu di Pulau Pinang sejak puluhan tahun lagi.

Bagaimana orang Melayu LAYU di Pulau Pinang? Hal ini soal lain. Tanya diri anda: siapa yang memerintah Pulau Pinang sejak puluhan tahun lalu? DAP atau Gerakan? Saya tanya lagi, adakah DAP yang memerintah P. Pinang selama 3 tahun berjaya me-L-A-Y-U-kan  Melayu? 

Jawab dengan tenang, fikir panjang-panjang sebelum menjawab...!


P/s: PAS dicucuk hidung oleh DAP atau UMCO dicucuk hidung oleh Gerakan dan MCA?






,

Jumaat, 12 Ogos 2011

Desakan Minta Tsu Kon Lepaskan Kepimpinan BN PP Kini di Media Perdana, Agenda Siapa?



Pemimpin BN yang tewas mengejut dalam PRU12, jika  anda perasan, selalu berada di sisi PM. Yang paling kerap dilihat bersama PM ialah Presiden Gerakan. Apa-apa sahaja majlis pasti kelihatan mukanya. Mungkin kerana tugasnya sebagai menteri, atau mungkin juga kerana "mencuri hati" PM. Maklumlah PRU 13 semakin hampir. Katak pembelot pun semakin kuat bersuara...ong...ong...ong! Mereka minta "ong" agar dicalonkan kembali dalam PRU13.

Ironi, biarpun rapat dengan PM, desakan agar Tsu Koon melepaskan kepimpinan BN di PP semakin rancak. Kalau sebelum ini, mungkin, desakan itu dari mulut ke mulut, kini desakan yang lebih hebat disiarkan di media perdana. Jika disiarkan di media perdana, siapa yang membenarkan hal itu berlaku? Tsu Koon bukan pemimpin bawahan, dia ialah Presiden Gerakan. Jika tiada pihak yang merestuinya, mustahil berita seperti ini disiarkan di akhbar. Baca dahulu.

Saya petik:
Prestasi kurang memuaskan punca ditolak

[BH] BUTTERWORTH: Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, dianggap sebagai liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula Pulau Pinang berikutan sentimen tidak berpuas hati terhadapnya semakin memuncak di kalangan rakyat negeri ini.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, berkata sentimen ‘anti’ terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat semakin menebal di kalangan rakyat ketika kini yang menyebabkan mereka tidak mempunyai alternatif, selain memilih pakatan pembangkang untuk terus memerintah negeri ini.

Bekas Naib Ketua Pemuda GERAKAN itu yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lalu, berkata rakyat negeri ini tidak menolak BN, tetapi terpaksa mengundi pakatan pembangkang seperti pada Pilihan Raya Umum 2008 hanya kerana tidak sukakan Tsu Koon sebagai tanda protes. 

“Malah, wakil rakyat BN yang lebih bagus prestasinya jika dibandingkan dengan wakil rakyat pakatan pembangkang, terutama daripada DAP turut ‘terkorban’ pada pilihan raya itu hanya kerana sentimen ‘anti-Tsu Koon’...cukup sayang mereka ini yang tidak lagi boleh memberi khidmat secara berkesan.

“BN seolah-olah tidak pernah belajar daripada kesilapannya apabila melantik Tsu Koon sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan terus mengetuai BN Pulau Pinang tanpa asas kukuh menyebabkan rakyat terutama pengundi semakin marah,” kata Tee Beng yang menjadi wakil rakyat tunggal Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di Parlimen, ketika dihubungi.

Ahad lalu, seorang kolumnis akhbar berbahasa Inggeris menulis wujud gelombang ‘anti-Tsu Koon’ di Pulau Pinang dan turut memetik kenyataan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, Tan Sri Tan Kok Pin, bahawa bekas Ketua Menteri itu kini takut kembali ke negeri ini walaupun memegang jawatan itu selama 18 tahun.

Kok Pin turut melahirkan rasa kecewa dengan prestasi kurang memuaskan Tsu Koon selama menjadi Ketua Menteri.
Pada pilihan raya umum lalu, BN Pulau Pinang diketuai Tsu Koon hanya memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi UMNO berbanding pakatan pembangkang dengan 29 kerusi.

Sementara itu, bekas Naib Presiden GERAKAN, Huan Cheng Guan, turut bersependapat dengan Tee Beng bahawa Tsu Koon sepatutnya berundur kerana jelas beliau tidak disukai dan bukannya terdiri dalam kategori ‘calon boleh menang’ seperti sering dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Berita yang saya salin di atas disiarkan oleh BH tiga hari lalu, semalam (11/8), media yang sama turut menyiarkan berita yang mengkritik Tsu Koon. Hari ini, akhbar yang sama juga menyiarkan berita untuk mendesak Tsu Koon mengundurkan diri sebagai Pengurusi BN di PP. Tajuknya, Rakyat Tidak Mahu Tsu Koon. Dalam berita ini, anda mungkin perasan sebab musabab desakan itu dibuat. Tiga hari, tiga cerita mengkritik Tsu Koon. WOW!!!! 

Saya petik:
  Kepemimpinan BN negeri perlu dirombak jika mahu rampas Pulau Pinang

[BH] KUALA LUMPUR: Rakyat Pulau Pinang mahu perubahan daripada kerajaan DAP, tetapi tidak ada pilihan kerana mereka juga tidak mahukan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon terus menerajui kepemimpinan negeri itu.
Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim berkata, Barisan Nasional (BN) perlu merombak kepemimpinan parti itu jika ingin merampas kembali Pulau Pinang daripada pembangkang termasuk menggantikan Tsu Koon yang ternyata sudah ditolak rakyat sejak pilihan raya umum 2008.
“Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan merasa selesa dan tidak mempunyai saingan sekiranya Tsu Koon terus kekal menerajui BN negeri kerana bekas Ketua Menteri itu kini sudah tidak relevan dan hilang taring.

“Rakyat sedar dengan kepemimpinan Guan Eng yang dikatakan zalim, perkauman dan pembohong itu tapi mereka dalam dilema kerana yang mahu menggantikannya juga bermasalah, ” katanya kepada media di sini, semalam.

Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerima pelbagai kritikan kebelakangan ini kerana dianggap sebagai liabiliti kepada BN untuk merampas semula Pulau Pinang berikutan sentimen tidak berpuas hati terhadapnya semakin memuncak di kalangan rakyat negeri.

Zahrain berkata, BN mempunyai ramai pemimpin berkebolehan serta mempunyai faktor boleh menang dan mereka seharusnya diberi ruang bagi mengelakkan Guan Eng terus kekal serta membentuk dinasti pemerintahannya.

“Saya bercakap perkara ini sebagai seorang pemerhati dan melalui maklum balas rakyat di Pulau Pinang. Bagi saya, Tsu Koon sudah tidak laku.

“Tidak kira UMNO, MCA atau MIC untuk menggantinya, pokoknya mestilah seorang seorang pemimpin yang diterima rakyat,” katanya.



Sebelum ini, Zahid Hamidi dan UMCO Pulau Pinang pernah menyuarakan hasrat agar UMCO mengambil alih kepimpinan BN di negeri itu. Cadangan itu ditolak MENTAH-MENTAH oleh Tsu Koon dan Gerakan. Ingat? Waktu itu, ketuanan UMCO dicabuli oleh parti komponen ini. Tiada pula NGO atau PERKASA berdemo di PP.

Jika dilihat berita yang disiarkan sejak 10/8 dan peranan yang dimainkan oleh MP Katak dan geng serta bekas pemimpin Gerakan, maka berkemungkinan UMCO sekali lagi mencuba nasib untuk merampas kepimpinan BN di PP. Persoalannya, adakah ketuanan UMCO akan berjaya atau menerima nasib yang sama sebelum ini!

  
P/s: Sebelum ini, jurublog elit UMCO meramalkan Gerakan akan dibubarkan atau digabungkan dengan MCA, manakala ahli India dan Melayu akan masuk ke parti komponen yang lain.






,

Jumaat, 1 Julai 2011

[Panas] GERAKAN Akan Dibubarkan? Bergabung dengan MCA?


Saya baca maklumat panas ini dari blog elit pro-UMCO. Berdasarkan sumber yang sangat dipercayainya, GERAKAN akan dibubarkan/bergabung dengan MCA. Presiden GERAKAN akan diberikan jawapan VP dalam MCA. Perkembangan ini menjadikan MCA sebagai parti tunggal yang memperjuangkan nasib kaum Cina dalam BN di Semenanjung. Bagaimana pula dengan ahlinya dari kaum India? Jurublog itu meramalkan mereka akan menyertai PPP atau mungkin MIC jika masih mahu bersama dengan BN. Selain menyertai komponen BN, jurublog itu meramalkan ahli GERAKAN akan menyertai DAP.

Jika maklumat yang disiarkan ini benar, anda akan dapat maklumat yang lebih lengkap melalui berita yang akan disiarkan dalam portal dan akhbar.

P/s: Sejak kekalahan teruk GERAKAN di Pulau Pinang, banyak pihak menjangkakan GERAKAN tidak mampu bangun untuk  menghadapi PRU 13. Namun tentu banyak pihak yang terkejut jika GERAKAN akan berkubur!!!



, , , ,

Sabtu, 29 Januari 2011

[Poster] Kerana kepentingan Politik, UMCO & Sekutu Hina/Persenda Islam!










Kredit: Ada Tertera pada Gambar


Khusus untuk Penduduk di Tenang: 
TOLAK UMCO & GENG,  
UNDI CIKGU MALA! 

  
Pesanan TG Nik Aziz Nik Mat:

“Peluang terletak atas orang sini (Tenang)... atas pengundi. Dia (pengundi) nak kekal dengan jahiliah ke hendak terima Islam. Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua.... ada jahiliah, ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat.”


, , ,

Khamis, 5 Ogos 2010

Tahniah GERAKAN, Takziah UMCO Pulau Pinang

"Hebat Gerakan Pulau Pinang kerana berjaya menggugat ketuanan UMCO di Pulau Pinang." Mungkin itu tanggapan sesetengah orang yang mengetahui kemelut yang berlaku antara bekas Ketua Bahagian UMCO Bukit Bendera dengan GERAKAN PP. Sebelum ini, UMCO PP gagal mengambil alih jawatan Pengerusi BN PP. Ingat?

Timbul persoalan, adakah tokoh lantang UMCO ini terpaksa "dikorbankan" demi memulihkan hubungan dengan MCA, Gerakan, dan masyarakat Cina di Pulau Pinang? Logiknya, apakah kaitannya Ahamad sebagai Ketua Bahagian dengan sokongan masyarakat Cina, walhal pemilihan jawatan itu tidak ada kena-mengena dengan GERAKAN atau masyarakat Cina di Pulau Pinang jika Ahamad yang memegang jawatan itu duduk diam-diam dan tidak campur tangan dalam usaha merampas PP? Lainlah jika GERAKAN meletakkan syarat agar "taiko" UMCO ini perlu "dikorbankan" sebagai pampasan demi mengukuhkan hubungan dengan UMCO. Jika begitu, di manakah letaknya ketuanan UMCO?  Ketuanan Melayu UMCO?

Perihal ketuanan UMCO yang diperkotak-katik oleh parti kompenen BN bukanlah perkara baru. Ingat peristiwa perebutan kerusi Parlimen di Hulu Selangor antara UMCO dengan MIC? UMCO terpaksa beralah atas alasan perpaduan BN, walhal di baliknya terdengar bermacam-macam cerita berkaitan dengan ketidakpuasan akar umbi dan pemimpin UMCO apabila kawasan majoriti Melayu itu diserahkan kepada calon MIC. Sehingga ada blogger tidak ada telor UMCO yang berapi-api sanggup menawarkan diri untuk bertanding di kawasan itu kerana kecewa calon UMCO tidak diletakkan di situ. Blogger itu kemudiannya membuangkan "telornya" ke sungai dan menyokong calon MIC yang pada mulanya dikutuk hebat oleh blogger ini dan rakan-rakannya.

Saya petik:
[MK] Pemimpin kontroversial Umno, Datuk Ahmad Ismail tidak jadi bertanding merebut semula jawatan ketua Umno Bukit Bendera apabila bahagian itu bermesyuarat Ahad ini, setelah dua kali ditunda.

Pada sidang media hari ini di pejabat Umno bahagian itu di Tanjung Bunga, beliau yang juga bekas ketua bahagian berkenaan juga mengumumkan akan bercuti selama setahun. 
"Saya ambil masa untuk memikirkan nya semasak-masaknya, sama ada the come back of Ahmad Ismail boleh beri kekuatan pada Umno dan BN.
"Saya telah jumpat empat mata dengan Najib sebanyak lima atau enam kali. Jika tindak tanduk saya akan menjejaskan usaha murni Najib, saya fikir buat apa saya balik," katanya.
Menurut beliau, tindakan itu kerana tidak mahu dianggap sebagai batu penghalang kepada usaha BN untuk dapatkan sokongan rakyat dan juga bagi membolehkan kedua-dua parti komponennya, MCA dan Gerakan memenangi semula sokongan masyarakat Cina.
"Kawan-kawan dari Gerakan ada berjumpa dengan Abdul Jalil dari Bukit Bendera dan mereka hormat dan sokong saya. Mereka mahu bekerja dengan saya dan harap tidak ada isu lagi," katanya.
Katanya, Gerakan juga telah meluahkan sokongan mereka dan berikrar bekerjasama dengan Umno semula agar tidak ada ketegangan di antara kedua-dua parti.
Isu lain
"Saya lihat ketua pemuda Gerakan pun boleh berkerja dengan saya, jadi bila orang beri sokong, saya pun balik.
“Jangan lupa Najib adalah bos saya dan saya adalah anak buahnya. Jika tindakan saya akan menjejaskan usaha ikhlasnya, buat apa saya kembali.”
Katanya lagi, tetapi mungkin ada isu lain lagi tetapi mereka kini boleh berbincang dengan semangat BN.
"Selepas memikirkannya semasak-masak, memang tidak dinafikan ada kekuatan (jika saya balik) bagi Bukit Bendera itu sendiri tetapi kepada BN, saya terpaksa fikir panjang-panjang," katanya.

Pada Mac lalu, semua 36 ahli jawatankuasa eksekutif bahagian Bukit Bendera meletakkan jawatan supaya pemilihan baru dapat diadakan bagi membolehkan Ahmad menjawat semula kedudukan ketua.
Beliau juga memohon maaf jika perletakkan jawatan secara beramai-ramai berkenaan telah menyusahkan parti itu.
"Tidak ada sebab mengapa AGM ditunda sebanyak dua kali hanya dengan alasan tidak mendapat tempat yang sesuai," katanya.
Ahmad digantung oleh Umno pada September 2008 untuk selama tiga tahun kerana mengeluarkan kenyataan dan tindakan yang berbaur perkauman khususnya kepada masyarkat Cina.
Kemelut itu bertambah kusut apabila Ahmad mencadangkan Gerakan meninggalkan BN, manakala penyokongnya bertindakbalas dengan menggoyakkan potret bekas ketua menteri Pulau pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga adalah presiden Gerakan.

Bagaimanapun pada Disember tahun lalu, Umno menarik balik hukuman gantung ke atas Ahmad.

Berkaitan:

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH