Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label rombakan Kabinet. Papar semua catatan

Isnin, 17 Ogos 2015

Umno Pontian Dedah Najib Buat Keputusan Rombak Kabinet Menerusi WhatsApp



Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad mendedahkan keputusan rombakan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibuat hanya menerusi perbincangan dalam WhatsApp tanpa dibincangkan mengikut saluran tertinggi parti Melayu itu.

Hasni berkata sehari sebelum rombakan Kabinet dilaksanakan, pengendali akaun WhatsApp ketua-ketua Umno bahagian meminta pandangan daripada ketua bahagian sama ada wajar atau tidak langkah itu diambil.

"Satu hari sebelum rombakan Kabinet, ketua-ketua bahagian diminta beri pandangan perlu atau tidak, kalau 150 bersetuju, pentadbir atau admin WhatsApp ketua-ketua bahagian ini berkata presiden akan laksanakan," kata Hasni semasa majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pontian di Johor petang ini.

Langkah itu dipertikaikan Hasni kerana menurutnya sebarang keputusan yang penting seharusnya dirujuk terlebih dahulu di peringkat tertinggi parti menerusi Majlis Tertinggi (MT) atau Badan Perhubungan Umno Negeri.

"Kenapa kaedah Majlis Tertinggi dan Badan Perhubungan tidak lagi digunapakai," katanya.

Menurut Hasni, lebih mengeruhkan keadaan apabila terdapat ketua bahagian dalam kumpulan WhatsApp itu yang besar kepala hanya kerana mempunyai hubungan rapat dengan Najib.

"Ada setengah ketua bahagian yang baru sekali dua berjumpa dengan presiden, malah dalam WhatsApp itu ada ketua bahagian yang sudah rasa besar dan boleh menghukum ketua bahagian lain

"Malah mereka ini boleh hukum saya kalau kenyataan yang saya cakap ini menyinggung presiden," katanya.

Najib pada Julai lalu merombak Kabinet dengan menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan beberapa menteri yang lain, dipercayai kerana kritikan dalam isu membabitkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun, Najib tidak menyingkirkan Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno.

Sementara itu, Hasni menyifatkan keputusan menyingkirkan Muhyiddin daripada Kabinet sebagai tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali kerana status beliau yang masih menjawat jawatan tertinggi parti.

"Kami Umno Johor menyokong rombakan Kabinet tapi kami tidak menyokong penyingkiran Tan Sri daripada Kabinet," katanya.

Hasni juga membidas Najib dengan mengatakan rakyat Johor sekarang terluka dengan keputusan penyingkiran Muhyiddin daripada kerajaan.

"Kami sangat terluka," katanya dalam majlis yang turut dihadiri Muhyiddin hari ini. – The Malaysian Insider/16 Ogos, 2015.

Selasa, 28 Julai 2015

Sah Muhyiddin Gugur, Zahid Hamidi Jadi TPM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain Muhyiddin, empat orang menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan dari Kabinet, kata Najib dalam pengumuman di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet.

"Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu," katanya.

Tegasnya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.

Menurutnya, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.

"Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

"Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

Berikut antara perubahan baru yang diumumkan Najib:

Menteri Kabinet

Datuk Wilfred Madius Tangau
Datuk Hamzah Zainudin
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Datuk Seri Azalina Othman
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak

Timbalan menteri

Datuk Mohd Johari Baharum
Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Chong Sin Woon
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Datuk Ahmad Jazlan Yaakob
Masir anak Kujat
Datuk Johari Abdul Ghani. -Malaysia Kini/28/7/15




,

Rombakan kabinet dalam Masa Terdekat? Muhyiddin Kekal Tanpa Portfolio?


KUALA LUMPUR: Rombakan Kabinet dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat, lapor akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu.

Cakap-cakap mengenai rombakan kabinet ini mula berlegar beberapa bulan lalu dan semakin diperkatakan semalam selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras pada Ahad malam.

Kedudukan Muhyiddin dalam kabinet menjadi perhatian namun beliau dijangka akan kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi tidak memegang apa-apa kementerian.

Sebelum ini, ada yang menjangkakan Muhyiddin akan digugurkan dan tempat beliau akan digantikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, namun ia dikatakan agak mustahil.

Beberapa menteri dijangka akan digugurkan dan bertukar kementerian serta ada timbalan menteri yang disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri penuh.

Utusan Malaysia meramalkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang akan diberi tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. 

Abdul Rahman baru sahaja dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN). 

Manakala portal myKMU.net pula meramalkan Khairy Jamaluddin akan ditukarkan ke Kementerian Sumber Manusia atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia sedia ada Datuk Ahmad Shabery Cheek dikatakan akan kembali menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dijangka dilantik sebagai Menteri penuh di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menggantikan Datuk Seri Shafie Apdal yang diramalkan akan digugurkan.

Beberapa ahli parlimen antaranya Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin dikatakan akan dilantik sebagai timbalan menteri.

Ada yang berpendapat nama-nama seperti Datuk Hassan Malek, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri G Palanivel bakal digugurkan dari kabinet.

G. Palanivel yang kini memegang potfolio Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar dijangka akan digugurkan berdasarkan masalah yang dihadapi oleh MIC. -Astro Awani/28/7/15


, , ,

Muhyiddin, 4 Menteri Terkeluar dalam Rombakan Kabinet - Sumber



Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan rombakan Kabinet minggu ini, menggugurkan 5 daripada 35 menteri termasuk timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang mengkritik cara perdana menteri menguruskan hutang RM42 bilion syarikat milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata sumber.

Sumber kerajaan berkata, selain Muhyiddin, 2 lagi menteri Umno termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek akan digugurkan dalam rombakan Kabinet Najib – yang mendapatkan mandat sendiri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib presiden Umno paling popular dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal dilantik menjadi timbalan perdana menteri baharu dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan akan dijadikan menteri penuh.

Zahid akan mengekalkan portfolio menteri dalam negeri, kata sumber itu, dan menambah beberapa menteri kanan akan kekal untuk menyokong Najib – perdana menteri keenam Malaysia.

Dua lagi menteri dijangka digugurkan daripada Kabinet Najib adalah Datuk Seri G Palanivel – yang baru digugurkan sebagai presiden dan ahli MIC, serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala.

Idris yang mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) kini berada dalam penggal keduanya sebagai senator.

“Rombakan Kabinet akan dilakukan minggu ini dan perdana menteri mengubahsuai senarai menteri untuk Yang di-Pertuan Agong pertimbangkan,” kata sumber Putrajaya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur malam tadi.

“Senarai Kabinet akan dipersembahkan kepada Agong pada Rabu,” kata sumber itu, dan menambah perundingan dengan anggota kanan Umno bermula awal minggu ini.

Muhyiddin yang berusia 68 tahun dijangka akan digugurkan selepas memperbaharui kritikannya terhadap 1MDB dalam mesyuarat tahunan Umno Bahagian Cheras pada Ahad.

Hutang RM42 bilion 1MDB dikritik hebat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang.

Mereka turut mempersoalkan Najib selepas akhbar perniagaan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan beliau menerima AS$700 juta (RM2.67 bilion) sebelum PRU13 melalui akaun peribadinya seperti berada dalam kertas siasatan penyiasat Malaysia.

Najib dikatakan mempertimbangkan untuk menyaman akhbar perniagaan AS itu selepas pentadbirannya menggantung permit 2 akhbar perniagaan, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily kerana laporan mereka tentang 1MDB.

Selain itu, blog Sarawak Report disekat daripada diakses di Malaysia kerana melakukan pendedahan sama.

Najib menubuhkan 1MDB selepas mengambil alih kuasa daripada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Beliau masih belum melakukan rombakan Kabinetnya sejak 2009 dan selepas PRU13, Najib menambah senarai menteri penuh kepada 35.

Selain Ahmad, timbalan menteri lain yang akan dijadikan menteri penuh adalah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sumber lain berkata, bekas pegawai khas Najib dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim akan turut dinamakan sebagai timbalan menteri pada ketika perdana menteri mengukuhkan kuasanya menjelang pilihan raya umum tiga tahun lagi.

Tidak diketahui siapa yang akan menggantikan Idris dan Palanivel. Idris merupakan salah seorang daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri – kementerian terbesar dalam sejarah Malaysia moden.

“Penyokong setia Najib akan menjadi dominan dalam Kabinet kali ini,” kata sumber itu dan menambah perdana menteri mempertimbangkan untuk mengambil anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat isu 1MDB.

PAC diketuai ahli Parlimen Pulai tiga penggal Datuk Nur Jazlan Mohamed, seorang akauntan bertauliah.

“Ini bukanlah rombakan besar-besaran, tetapi lebih kepada pengubahsuaian,” kata sumber itu.

Najib melihat kejatuhan popularitinya walaupun melakukan pelbagai inisiatif dan memenangi PRU13, di mana Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 47% daripada undi popular.

Najib sudah melakukan pelbagai langkah-langkah ekonomi termasuk membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 dan memperkenalkan bantuan tunai BR1M, namun hutang besar 1MDB dan pemindahan wang ke akaun peribadi menjatuhkan popularitinya.

Muhyiddin mempersoalkan skandal menyelubungi hutang 1MDB dan wang dalam akaun peribadi Najib seperti dilaporkan WSJ, tetapi Pejabat Perdana Menteri mengatakan semalam beliau sepatutnya menunggu keputusan siasatan.

Sekurang-kurangnya empat sudah ditahan berkait skandal 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd di mana penyiasat mengatakan kes ini sangat kompleks.

Kerajaan mengatakan siasatan awal sudah membersihkan 1MDB, tetapi masih menunggu keputusan audit. – The Malaysian Insider/28 Julai, 2015.

Selasa, 12 Mei 2015

Tiada Rombakan Kabinet - Pejabat Perdana Menteri



Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menolak khabar angin yang akan ada rombakan semula Kabinet dan menafikan satu senarai anggota Kabinet baru yang tersebar di media sosial.

“Tidak ada perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan,” menurut PMO menerusi satu posting di akaun Twitter @PMOMalaysia.

Senarai tersebut yang mula disebarkan pada Isnin, mendakwa 6 menteri Kabinet akan digugurkan.

Mereka ialah Menteri Luar Datuk Anifah Aman, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Idris Jala. – The Malaysian Insider/12 Mei, 2015.


Jumaat, 27 Jun 2014

Rugi Jika ‘Kabinet XXL’ Najib Sekadar Habiskan Beras - Wartawan Veteran


[The Malaysian Insider] Rombakan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi faedah kepada rakyat dan bukan sekadar untuk meramaikan majlis, kata Datuk A. Kadir Jasin.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata dengan bilangan jemaah kabinet yang ramai, rakyat berhak mendapat faedah yang lebih banyak dan menaruh harapan yang lebih tinggi.

"Oleh sebab perdana menteri suka (benda yang) besar maka kita pun berhak untuk berharapan besar juga. Jadi harapan kita adalah kabinet XXL Najib akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.

"Rugi XXL lah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras sahaja," katanya melalui kiriman blognya yang bertajuk "Harapan Besar kepada Kabinet XXL".

Najib pada Rabu melantik Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagaimana dijanjikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan bulan lalu.

Beliau turut melantik Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai menteri pengangkutan dan Datuk Wee Ka Siong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tiga lagi naib presiden MCA – Datuk Lee Chee Leong, Datuk Chua Tee Yong dan Datin Paduka Chew Mei Fun – masing-masing dilantik timbalan menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kadir berkata pendekatan yang digunakan Najib sangat berbeza dengan almarhum ayahandanya yang lebih mementingkan kebajikan rakyat.

Katanya, Najib lebih sukakan sambutan besar-besaran walaupun melawat ke kawasan parlimennya sendiri.

"Nampaknya perdana menteri kita ini suka besar. Kalau beliau melawat kampung dan pekan, beliau khabarnya mahu sambutan besar-besaran.

"Tun Abdul Razak Hussein bertongkat melawat kampung, memanjat tiang bulat rumah rakyat miskin untuk mencari penyelesaian dan membawa pembangunan. Tidak ada sambutan raksasa, tidak ada siaran langsung," katanya.

Mengulas mengenai rombakan kabinet, Kadir berkata berdasarkan pengamatannya, jemaah menteri Najib lebih besar dari Korea Utara dan Uganda.

Katanya, jumlah kabinet Malaysia juga mengatasi purata kabinet dunia iaitu sebanyak 30 orang.

"Penambahan bilangan anggota kabinet Najib kepada 35 orang mungkin berupa rekod nasional. Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia iaitu 71 orang anggota. Kalah kepada Korea Utara dan Kenya.

"Tetapi apabila saya menghitung anggota Kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30.

"Kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda," katanya. – HASBULLAH AWANG CHIK/27 Jun, 2014.


, ,

Rabu, 25 Jun 2014

Rombakan Kabinet: Lima Jawatan untuk MCA dan Satu Jawatan untuk Gerakan


Sekadar hiasan.
[Malaysia Kini] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penstrukturan semula Kabinet seperti berikut:

Datuk Seri Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan

Datuk Wee Ka Siong - Menteri di JPM

Datuk Mah Siew Keong - Menteri di JPM

Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Datuk Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan

Datin Chew Mei Fun - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat.

Kesemua anggota baru jemaah menteri itu akan mengangkat sumpah jawatan pada hari Jumaat, katanya.

Beliau tidak menyebut nama mana-mana anggota jemaah menteri yang digugurkan.

"Saya berasa gembira kerana wakil MCA yang mewakili kaum Cina telah dapat kembali berada dalam Kabinet, begitu juga dengan wakil parti GERAKAN," katanya.

Beliau juga yakin bahawa kemasukan anggota baru ke dalam Kabinet itu akan dalam "menterjemah akujanji kepada rakyat" seperti dinyatakan dalam kempen pilihan raya umum lalu.

Najib mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, tengahari.

Beliau semalam membayangkan bahawa rombakan tersebut akan melibatkan jawatan menteri pengangkutan, yang dipangku sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

BN perlu mengotakan janji untuk melantik Datuk Mah Siew Keong ke jawatan penuh menteri, selepas Presiden GERAKAN itu menang pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan.

Najib juga perlu mengambil kira kuota MCA, yang meluluskan usul untuk kembali memegang jawatan kerajaan melalui mesyuarat agung luar biasa, Februari lalu. -25/6/14

, ,

Rabu, 18 Jun 2014

[PANAS] Rombakan Kabinet: Muhyiddin Letak Jawatan?



[SK] KUALA LUMPUR 18 JUN: Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.

Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib dikatakan mahu berbuat demikian dengan alasan supaya Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pengukuhan Umno.

Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat ini.

Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Khabar angin bahawa Muhyiddin akan digantikan oleh Hishamuddin itu turut dinyatakan seorang blogger Umno, Zaharin Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai dalam status di Facebooknya.

Bagaimanapun, Zaharin nampaknya tidak bersetuju jika keputusan itu diambil, malah menggelarkan Hishamuddin sebagai ‘pondan’ dan pemimpin seperti itu tidak lagi dipercayai di kalangan orang Melayu.

Katanya, sekiranya keputusan itu dibuat, maka Umno bakal mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ada orang kata menjelang Jumaat ini Tan Sri Muhyiddin Yassin di jangka akan bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno.. dan Pemangkunya TPM ialah Hishamuddin Hussein..

“Jika si ‘pondan’ ini jadi TPM.. pejabat UMNO di mana-mana sila kemaskan pejabat anda… PRU akan datang.. sudah pasti UMNO bungkus.. bukan kerana UMNO tak kuat.. orang Melayu sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai bakal penerus UMNO.

“Masalah peniaga melayu di KLIA pun tak boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi. Saya jadi ahli biasa sahaja.. nak berjuang tak ada ,” tulisnya. - Suara Keadilan/18/6/14


Kemas Kini:

Saya Akan Terus Berkhidmat Sebagai Timbalan Kepada Perdana Menteri

[Mstar] KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, selagi khidmatnya diperlukan.

"Setakat hari ini, tak ada apa-apa pun perkara yang dibangkit melibatkan kedudukan saya," kata beliau.

Semalam, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno. 

Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan Gerakan. 

"Rombakan Kabinet adalah hak perdana menteri. Kemungkinan akan berlaku sebab beliau dah nyatakan akan bawa masuk beberapa pemimpin parti politik dari MCA dan Gerakan," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Majlis Sains Asia Ke-14 di sini, Khamis.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata khabar angin itu mungkin timbul berikutan hubungan baik beliau dalam kerajaan khususnya dengan Perdana Menteri, selain tidak menolak ekploitasi sesetengah pihak terhadap kedudukan kerajaan yang bertambah kukuh selepas Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas.

"Kedudukan saya terserah kepada beliau (perdana menteri), tapi selama masa saya berada dalam Kabinet, beliau dah biasa berbincang dengan saya,"katanya.

Menurutnya hubungan baik antara beliau dan Perdana Menteri juga membolehkan apa-apa perbincangan dilakukan dari hati ke hati.

"Kalau ada apa-apa berkaitan masa depan saya pun, saya akan bincang dengan Perdana Menteri juga," katanya.

Muhyiddin bagaimanapun mengingatkan semua pihak mengenai pentingnya kestabilan parti dan kerajaan yang akan menjurus kepada kestabilan negara.

"Kestabilan negara bergantung kepada keupayaan kita untuk mewujudkan kerjasama yang kukuh, dan apa juga spekulasi tidak boleh membawa kesan buruk kepada mana-mana pihak.

"Bagi saya keutuhan kerajaan dan kekukuhan Umno dan BN itu yang utama. Jangan mereka salah baca, kononnya boleh berjaya cetuskan keadaan tidak menentu untuk eksploitasi keadaan," katanya.

Justeru, Muhyiddin meminta semua pihak khususnya anggota Umno dan BN untuk memahami tujuan sebenar di sebalik khabar angin yang ditimbulkan itu. 

"Mungkin sebab sengaja nak timbulkan spekulasi supaya wujud satu keadaan ketidakstabilan atau pertembungan puak-puak dalam parti atau kerajaan saya dengan sesiapa yang lain supaya boleh menangguk di air keruh dan dapat faedah daripadanya," katanya. 

Beliau juga yakin anggota parti yang mahir dan bijak membaca keadaan politik negara tidak akan mudah dipengaruhi khabar angin yang dibawa pihak tidak bertanggungjawab. -19/6/14



, ,

Ahad, 1 Januari 2012

[PANAS] Najib Dijangka ROMBAK Kabinet & TUNDA PRU 13


Saya petik:

[TMI] Datuk Seri Najib Razak dijangka akan merombak semula Kabinetnya awal bulan ini dan menunda tarikh pilihan raya berikutan skandal yang melibatkan sekurang-kurangnya dua menteri yang menggugat faktor terbaik Bajet 2012 yang mana Perdana Menteri mengagihkan wang tunai kepada 5.3 juta isi rumah, menurut sumber dalaman Umno

Difahamkan, pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri sudah menyenaraikan menteri dan timbalan menteri yang berpotensi dan dilihat sebagai orang-orang Najib untuk menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Najib memerlukan lebih ramai orang-orangnya di Kabinet. Beliau perlu menggantikan mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya,” menurut pembuat dasar Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan presiden, sambil merujuk kepada skandal yang menyelubungi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal keagamaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan timbalan menteri Datuk Awang Adek Hussin, yang mengaku menerima sumbangan kewangan.

Terdapat spekulasi dalam kalangan media Cina termasuk penganalisis politik Najib akan membibarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari dan pilihan raya pada Mac, empat tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menempah sekolah dan dewan komuniti untuk pilihan raya pada Mac nanti. Walaubagaimanapun, sumber lain mengatakan pilihan raya dilaksanakan selepas Tawaran Awal Awam (IPO) daripada kerajaan negeri dan pemaju Felda.

Sumber lain Umno menyebut bahawa parti berkenaan belum bersedia untuk pilihan raya walaupun Najib memberitahu anggota partinya berdepan dengan “peperangan kerusi” untuk pilihan raya awal. “Kami belum betul-betul bersedia. Sesetengah menteri masih lagi tidak mahu menyerahkan kerusi mereka untuk pilihan raya akan datang,”

Sumber berkenaan turut menyatakan hanya bekas Menteri Besar Terengganu dan Ketua Umno, Datuk Seri Idris Jusoh, menyatakan secara terbuka untuk tidak bertanding pada pilihan raya.

“Kebanyakan menteri menjangkakan mereka akan dipilih dan menang. Dan sekiranya tidak terpilih, mereka enggan untuk bekerjasama seperti apa yang berlaku pada 2008,” katanya menambah.

Umno hanya memenangi 79 daripada 112 kerusi persekutuan yang ditandinginya pada 2008 bila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri.

Bekas Perdana Menteri dan Presiden parti, Tun Abdullah Badawi meletak jawatan selepas setahun memerintah dan kekalahan tersebut dan menyerahkan pentadbiran kepada Najib.

Penganalisis rasmi parti berkata, Najib harus memenangi dua pertiga majoriti Parlimen atau paling kurang pun setaraf dengan margin kemenangan Abdullah. “Ianya mudah dan skandal-skandal terbaru ini tidak akan membantu.

Najib merupakan seorang yang berhati-hati,” sumber rasmi parti.

Terdapat juga pemimpin umno secara terbuka mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan daripada politik ekoran siasatan terhadap syarikat keluarganya, Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang menurut Ketua Audit Negara menyatakan terdapat kekacauan selepas menerima RM250 juta dana awam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Menyatakan syarikat terbabit tidak berkaitan dengannya, Najib, dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Shahrizat telah menghantar surat perletakan jawatan.

Tetapi menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menimbulkan spekulasi bahawa Shahrizat harus meninggalkan parti atau parti akan turut terkesan daripada skandal berkenaan.

Umno telah dilihat berundur apabila bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan setahun atas kesalahan pembelian tanah. Dia sedang membuat rayuan terhadap kes berkenaan.

Jamil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, untuk Hal ehwal Islam, menafikan dakwaan beliau dan dua pegawai rasmi agama menyalahgunakan wang zakat untuk membayar kos guaman di mahkamah bagi kes yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan audit menyatakan sejumlah RM63,650 daripada Lembaga Zakat digunakan untuk kos guaman apabila Anwar menamakan mereka sebagai responden dalam permohonan Qazaf. Ia turut disahkan apabila jumlah itu dikatakan telah dibayar semula selepas badan berkenaan menerima RM70,000 pada Jun lepas sebagai sebahagian daripada sumber kerajaan.


P/s: Mari main teka-teki!




,

Ahad, 20 Februari 2011

[Terkini] Sah Ada Rombakan Kabinet!


Maaf, saya bukan maksudkan rombakan Kabinet Najib, tetapi rombakan Kabinet Khalid Ibrahim, Selanjutnya, sila baca petikan berita di bawah ini:

[TMI] KUALA LUMPUR, 20 Feb Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan beliau akan merombak pentadbiran negeri tetapi enggan memberikan butiran mengenai bila ia akan dilakukan.

Menteri Besar juga mengakui beliau telah mengadakan pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan Dewan Undangan Negeri berhubung perkara tersebut bulan lalu.

“Kami akan lakukan, kemudian kami akan membuat pengumuman,” kata Khalid hari ini. Khalid berkata pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan itu diadakan untuk membincangkan cara memantapkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Keputusan belum dicapai. Kami hanya boleh melakukannya sebaik sahaja semua selesai, macam (isu pelantikan) setiausaha kerajaan negeri,” kata Khalid kepada pemberita hari ini.

Menteri Besar Selangor berhadapan dengan tekanan agar menggugurkan pemimpin kontroversial DAP Ronnie Liu daripada jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri. 

The Malaysian Insider difahamkan mereka tidak gembira dengan cara beliau mengendalikan portfolio perumahan dan kerajaan tempatan, termasuk pengumuman dan kenyataan didakwa memperlekehkan dasar-dasar kerajaan negeri.

Khalid sebelum ini menjanjikan akan melihat perkara tersebut tetapi ini kali pertama beliau membayangkan rombakan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Liu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran berhadapan dengan siri kontroversi sejak tahun lalu termasuk keputusan berkaitan larangan penggunaan logo 1 Malaysia pada permis bisnes dan isu juga pengeluaran surat sokongan politik.

Barisan Exco Kerajaan Negeri tidak mengalami perubahan sejak dibentuk Mac 2008.


,

Jumaat, 19 November 2010

Pak Lah Terjaga daripada "Tidur". Adakah Kerana...


...desas-desus yang mengatakan bahawa Najib akan melantik menantunya sebagai Timbalan Menteri dalam Kabinetnya nanti? Sejak seminggu dua ini, Pak Lah begitu hebat berkokok menghentam Anwar Ibrahim dan PKR. Kenyataannya pula disiarkan di TV dan di media cetak. Hari ini UM menyiarkan artikel: Anwar hina rakyat - Pak Lah. Sebelum ini Pak Lah memberikan komen fasal Zahid keluar PKR.


Selasa, 16 November 2010

Najib ROMBAK Kabinet Minggu Depan? Bakal Mengejutkan Banyak Pihak?

Rombakan Kabinet. Pada 7 November lalu, saya ada menyiarkan kiriman salin dan tampal berbentuk spekulasi berkaitan dengan hal ini yang ditulis oleh blogger pro-UMCO. Kali ini spekulasi itu diperincikan pula dalam FMT. Sebelum ini, Najib dikatakan akan membuat rombakan Kabinet pada 15 November. Namun tiada apa-apa yang berlaku pada tarikh itu. Kali ini rombakan itu dikatakan akan diumumkan pada minggu hadapan.

Berdasarkan laporan FMT, rombakan itu dilihat bakal mengejutkan banyak pihak, terutamanya apabila ada Menteri yang dikeluarkan bakal memasuki Kabinet baru Najib. Malah, kemasukan Khairy sebagai Timbalan Menteri sudah tentu mengecewakan musuhnya dalam UMCO.

Tunggu dan lihat!

Saya petik:
[FMT] PETALING JAYA: Khabar angin dan spekulasi tercetus mengenai rombakan kabinet yang dijangka diumumkan minggu depan atau awal bulan Disember, kata sumber-sumber hari ini.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan. Mereka ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Mansur (Kerjaraya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dikatakan akan dibawa masuk ke kabinet menjadi timbalan menteri.

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menteri dalam negeri dipindahkan ke kementerian pertahanan.

Dua bekas menteri – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang kini setiausaha agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Sementara Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh.

Ini merupakan rombakan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sejak mengambilalih jawatan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, April tahun lalu.

Dalam rombakan pertama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Azalina digugurkan.

"Terdengar khabar Najib akan mengumumkan rombakan tersebut selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya Rabu depan," kata sumber itu.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dijangka akan menjadi ketua penerangan Umno yang baru.

Beliau menggantikan Ahmad yang mula memegang jawatan itu, April tahun lalu.

Idris merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dan wakil rakyat Jerteh di Terengganu.

Ahad, 7 November 2010

PANAS: Rombakan KABINET 15 November? KJ Dapat Jawatan Menteri Penuh?


Saya "bersiar-siar" di blog pro-UMCO. Saya jumpa suatu khabar angin yang sememangnya panas. Kata empunya blog, PM 1 Malaysia akan melakukan rombakan Kabinet pada 15 November nanti. Tambahnya, rombakan itu akan diikuti pelbagai kejutan. Antaranya termasuklah KJ bakal diberi jawatan Menteri Penuh untuk  mengetuai kementerian baru, perubahan/pertukaran jawatan menteri, dan khabarnya tiga kementerian baru akan ditubuhkan.

Khabar angin akan dikemas kini kemudian.

, ,

Isnin, 4 Oktober 2010

Najib Mahu ROMBAK KABINET Bulan Ini?

Saya baca spekulasi ini di blog Ibrahim Yahya (Dunia Tiger). Saya panjangkan spekulasi itu di sini. Saya tidak mahu komen lebih-lebih. Perkara belum pasti. Takkan saya mahu komen sama ada  Khairy bakal dilantik sebagai  menteri atau tidak? Adakah Ezam bakal dilantik menjadi Menteri? Begitu juga hal-hal yang lain.

Namun, jika benar rombakan dibuat, maka sudah pasti hal itu ada kaitannya dengan PRU 13. Najib mahu dilihat sebagai PM yang berpegang pada kata-katanya (prestasi kementerian, menteri, dll), walaupun hakikatnya banyak perkara yang boleh dipertikaikan.

Selain itu, rombakan ini juga memberikan impak kepada penentuan tarikh PRU 13. Logiknya, takkan Najib akan tergesa-gesa mengadakan PRU 13 dalam jangka masa terdekat jika beliau merombak Kabinetnya pada bulan ini?

Tunggu dan lihat!

Sila baca. Saya petik:

[DT] Rombakan Kabinet bulan ini? Inilah antara bahan perbualan ketika musim raya baru-baru ini terutama jika ada orang politik yang menimbulkannya. DIY juga tidak terlepas daripada pertanyaan itu dan jawapan ringkas ialah, "Perdana Menteri yang akan menentukan perkara itu."

Hakikatnya, PM adalah individu yang membuat keputusan untuk merombak Kabinetnya. Alasan? Sudah pasti beliau mempunyai pelbagai faktor yang menentukan perubahan dalam Kabinet. Itupun jika perlu. Antaranya ialah prestasi Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik selama ini. Adakah mereka mencapai KPI yang ditetapkan? Apakah segala arahan PM selama ini dilaksanakan dengan baik dan memberi outcome yang boleh dibanggakan?

Prestasi ini penting untuk memastikan prestasi kerajaan berada di tahap yang meyakinkan rakyat. Sudah tentu rakyat mahu tahu slogan yang diperkenalkan oleh PM itu benar-benar mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Jika rakyat tidak diutamakan sudah tentu ia menjejaskan hasrat sebenar PM untuk memastikan nasib rakyat terbela. Rakyat perlu dibantu dalam segala bentuk terutama mereka yang memerlukan. Mereka yang memerlukan bekalan elektrik dan air. Rakyat memerlukan pekerjaan untuk meneruskan hidup mereka. Rakyat perlukan keselamatan dan keselesaaan hidup terutama di kawasan luar bandar.

Pencapaian? Rakyat mahu melihat kerajaan berjaya memastikan segala dasar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Menteri Kabinet yang dilantik perlu menjalankan tugas mereka dengan cekap dan sebaik mungkin. Tiada kompromi kepada pencapaian terbaik kerana tanpa output dan outcome, rakyat akan terus ketinggalan....

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH