Tsu Koon Tidak Tanding dalam PRU kerana Beri Peluang Orang Muda atau Takut KALAH?
Berita Harian melaporkan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, sebentar tadi mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, Dr Koh berkata keputusan itu bagi memberikan peluang kepada barisan pemimpin pelapis Gerakan mewakili parti dalam pilihan raya.
"Ia juga sebagai strategi transformasi Gerakan iaitu 'Bergerak bersama rakyat'," katanya sambil menambah keputusan itu dibuat tanpa paksaan dan sudah disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dr Koh, 62, berkata beliau akan memberi tumpuan kepada usaha merangka strategi, memperkukuh jentera parti, menentukan senarai calon dan mengatur publisiti untuk memastikan kemenangan mereka.
"Saya mahu berkempen untuk calon kami menang berbanding memberi tumpuan untuk memenangi kerusi untuk diri saya saja," katanya.
"Saya mahu berkempen untuk calon kami menang berbanding memberi tumpuan untuk memenangi kerusi untuk diri saya saja," katanya.
P/s: DCM tidak mahu pergi jauh dengan membuat spekulasi bahawa keputusan Tsu Koon ini mungkin didalangi oleh pihak yang mahu menjatuhkannya atau mungkin daripada UMCO sendiri. DCM hanya mahu melihat keputusannya itu berdasarkan dirinya sahaja.
Soalan nakal: Adakah Koh Tsu Koon mahu memberikan peluang kepada orang muda atau hakikatnya beliau takut kalah lagi yang sudah tentunya akan mencalar imejnya sebagai orang kuat Gerakan?
Soalan nakal: Adakah Koh Tsu Koon mahu memberikan peluang kepada orang muda atau hakikatnya beliau takut kalah lagi yang sudah tentunya akan mencalar imejnya sebagai orang kuat Gerakan?
Sepatutnya, Koh Tsu Koon meletakkan dirinya sebagai calon yang bakal menghadapi Lim Guan Eng di kerusi DUN PP, bukannya "menikus" di belakang tabir. Biar rakyat menentukan pemimpin pilihan mereka.
Adakah ini petanda bahawa Gerakan akan berkubur sepenuhnya dalam PRU akan datang?
Adakah ini petanda bahawa Gerakan akan berkubur sepenuhnya dalam PRU akan datang?

