Setelah Ratusan Ribu Warga China/India "Hilang" Dicelah-celah Masyarakat, Baru Malaysia Sedar Bahananya?
Berita Harian melaporkan bahawa kemasukan pelancong dari China ke Malaysia akan disaring di pintu keluar republik itu apabila kedua-dua negara memeterai perjanjian kerjasama memerangi jenayah merentasi sempadan yang disifatkan kerajaan sebagai ancaman amat kompleks dan berisiko tinggi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata negara tidak boleh bergerak sendirian memerangi jenayah merentasi sempadan yang disifatkannya lebih serius daripada masalah tsunami, gempa bumi, kegawatan serta rusuhan di Timur Tengah. Malah, katanya, berdasarkan pendakwaan kes pengubahan wang haram di mahkamah negara ini, hasil yang dikenal pasti dijana daripada pelbagai jenayah meningkat sehingga mencecah RM2.3 bilion ketika ini.
Baru sekarang kementerian yang dikepalai oleh menteri yang diolok-olokkan oleh jurublog UMCO sebagai "Menteri Amaran" sedar tentang malapetaka kerana mudah sangat membenarkan warga asing masuk ke negara ini? Mengapa kerajaan tidak memikirkan implikasi apabila melaksanakan dasar pintu terbuka terhadap pelancong dan warga asing sebelum ini?
Selanjutnya, Menteri KDN itu berkata: “Jumlah pelancong China yang TERLALU RAMAI ke negara ini menyebabkan Malaysia tidak mampu melakukan penapisan secara bersendirian, walaupun menggunakan apa juga teknologi sedia ada.
“Saya sudah membincangkan perkara ini dengan rakan sejawatan di Beijing untuk melakukan penapisan beberapa pintu keluar masuk di China. Selain itu, kita juga bersetuju berkongsi maklumat mengenai sindiket antarabangsa pemerdagangan manusia, serta perjalanan barangan buatan antara negara dalam konteks perdagangan yang boleh ditafsirkan sebagai ancaman, seperti nuklear. Untuk itu, kita akan menandatangani satu perjanjian di Beijing dalam tempoh terdekat", kata Hishammuddin.
Sebelum ini DCM ada mengulas secara ringkas bahana tindakan kerajaan Malaysia dalam mempermudahkan kemasukan warga asing terutama dari China dan India ke negara ini. Tindakan memberikan Visa on Arrival (VOA), begitu juga dengan polisi kerajaan memudahkan kemasukan warga India atas urusan perniagaan dan sebagainya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.
Pemberian VOA (sudah dibatalkan) yang kononnya untuk meningkatkan sektor pelancongan negara ini akhirnya menjadi malapetaka apabila dilaporkan lebih 50 ribu warga China "hilang" di tengah-tengah warga Malaysia yang majmuk sifatnya. Begitu juga dilaporkan 40 ribu warga India turut "lesap" bercampur aduk dengan kerencaman masyarakat di negara ini. Saya tidak fikir jumlah itu tepat, mungkin dikecilkan jumlahnya untuk mengelakkan kecaman masyarakat. Statistik itu dikeluarkan tahun lalu, agak-agaknya sudah berapa banyak warga China dan India menghuni secara haram di bumi bertuah ini? Anda fikir mudah untuk kita mengenal pasti warga India dan China yang kini "berlakon" sebagai warganegara Malaysia?
Saya tertarik dengan sindiran Pak Kadir apabila menyentuh isu ini apabila mendakwa kemungkinan warga asing menyelinap ke kampung-kampung dan akhirnya berkahwin dengan penanam sayur. Tidak mustahil. Kita juga selalu mendengar di TV bahawa ada orang yang mengaku rakyat "Malaysia" tetapi LANGSUNG tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia menagih simpati untuk memperoleh sijil kelahiran untuk anak-anaknya. Yang pelik, si ibu atau bapa ini mendakwa sijil pengenalan diri mereka juga hilang atau tidak ada.
P/s: HANCUR MALAYSIA di bawah kendalian BN!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.