Drama Liwat II: Tiada BUKTI DNA ‘Lelaki Y’ Hasil daripada Sel Sperma
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 19 Sept — Pakar dari Australia menegaskan tiada bukti yang menunjukkan bahawa profil-profil DNA yang diperoleh daripada “Lelaki Y” dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim datang daripada sel-sel air mani.
Dr Brian McDonald, saksi pembela memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pihak pendakwa tiada bukti bagi menunjukkan jensi sel yang profil DNA diperoleh.
Justeru, pakar DNA ini juga mencabar penemuan analisis yang dikendalikan oleh ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong dan Dr Nor Aidora Saedon.
Malah Dr McDonald juga menekankan kemungkinan wujud kontaminasi ke atas sampel-sampel yang diambil dan diuji oleh kedua-dua ahli kimia, yang menurutnya telah diabaikan oleh mereka.
“Tiada bukti dikemukakan, yang membolehkan pendakwa membuat rumusan itu,” kata Dr McDonald ketika ditanya oleh peguam pembela Ramkarpal Singh sama ada pendakwa ada membuktikan bahawa profil-profil DNA daripada “Lelaki Y” sebenarnya datang daripada sel-sel air mani.
“Kita tidak tahu jenis-jenis sel yang sampel diambil,” kata beliau.
P/s: Terburai lagi! Jika begitu, datang dari mana?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.