Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Sabtu, 24 September 2011

[Berita Sedih] Najib dan UMCO Secara RASMINYA TOLAK/HINA Hudud, TETAPI Pemimpin Kristian Alu-alukan Hudud



Persoalan yang dibangkitkan oleh TG Nik Aziz sebelum ini telah dijawab oleh Najib. Jika sebelum ini TG menegaskan bahawa kegagalannya melaksanakan hudud sewaktu ketika dahulu kerana "ugutan" Tun M selaku PM kini Najib selaku PM menolak pelaksanaan hudud di negara ini khasnya di Kelantan. TG Nik Aziz berkata "Akhirat kelak kalau ALLAH tanya kenapa tidak laksana hudud saya kata tanya Tun Dr Mahathir."

Dalam kiriman sebelum ini, saya tulis, "Najib kena beringat jika dia enggan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud, maka dia juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak." Maka jelaslah Najib dan penyokong UMCO akan sama-sama menjawab di depan Allah nanti apabila dia menegaskan tidak akan melaksanakan hudud di Malaysia. Penolakan Najib bukanlah sesuatu yang pelik kerana hipokrisi UMCO dalam memperjuangkan Islam dan Melayu memang sudah jelas sejak dahulu lagi. Cuma, kita rasa simpati terhadap orang Islam yang menaruh harapan yang tinggi bahawa parti Melayu ini akan berubah dan impian mereka itu bolehlah kita katakan sampai kucing bertanduk pun" tidak akan berlaku.

Najib seperti yang dilaporkan oleh Mstar menegaskan tidak akan melaksanakan hudud atas alasan yang sama dibangkitkan oleh bukan Islam dan orang Islam yang jahil tentang perundangan tersebut. Alasan ketidakseimbangan masyarakat dibangkitkan untuk menolaknya mentah-mentah. Jangan terkejut jika esok atau lusa beberapa ulama UMCO akan mengeluarkan kenyataan berbelit-belit untuk menyokong bos mereka ini. Ada yang sanggup mengeluarkan ayat al-Quran dan hadis untuk menyokongnya, walaupun mereka tahu kewajiban orang Islam menegakkan hukum ALLAH.

Kenyataan Najib itu boleh anda baca di bawah ini:
Hudud Tidak Akan Dilaksanakan Di Malaysia – Najib

[Mstar] KAMPAR: Kerajaan Persekutuan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun hukum tersebut adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya perlu berasaskan kepada realiti.

Menurutnya, keseimbangan masyarakat yang terdapat di negara ini tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuat kuasakan.

"Jika kita bertanya kepada golongan ulama, undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan sekiranya kita tidak mengambilkira keadaan persekitaran dan realiti.

"Tambahan pula, matlamat pengurusan menurut Islam adalah berdasarkan prinsip maqasid syariah yang melindungi agama, kehidupan, moral, harta dan hubungan sesama manusia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Tanjung Tualang 1Malaysia di sini, Sabtu.

Perdana Menteri berkata, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, prinsip dan objektif syariah maqasid boleh diperjuangkan.

Ditanya sama ada undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Mohd Najib berkata elemen hudud sudah dipraktikkan dalam sistem sedia ada namun ‘bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi’.

"Ini tidak bermakna tiada langsung undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia,” katanya.

Sudahlah menolak hudud, Najib berdasarkan berita di atas dilihat MENGHINA HUDUD apabila berita itu mengatakan "Mohd Najib berkata elemen hudud sudah dipraktikkan dalam sistem sedia ada namun ‘bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi’".  Apakah bahagian keterlaluan itu? Najib menganggap hukuman potong tangan, sebat, dan rejam itu keterlaluan? Adakah Najib dan UMCO menganggap hukuman yang ditetapkan oleh Allah itu keterlaluan? 


Sebelum ini, MCA dan GERAKAN mengugut UMCO bahawa kedua-dua parti itu akan bertindak keluar daripada BN jika UMCO menyokong pelaksanaannya. Pada poin ini, adakah "iman" UMCO sebegitu rendah sehingga takut pada ugutan dua buah parti yang majoriti ahlinya orang Cina dan bukan Islam? Bahkan MCA ialah parti yang tegar menolak hudud. Sesetengah pemimpin DAP juga melenting termasuklah Karpal Singh yang masih jahil tentang hudud.

Kita berasa pelik, mengapa orang bukan Islam melenting/takut/gentar sedangkan hudud bukan untuk mereka. Paling penting, tiada sesiapa yang akan dihukum jika TIDAK BUAT salah.

Di balik penentangan oleh golongan Islam jahil dan sekular, orang bukan Islam yang jahil dan kuat menyibuk urusan agama orang lain, kita terkejut dengan saranan dan pengakuan pemimpin Kristian yang mengalu-alukan pelaksanaan hudud di Kelantan.



 P/s: Perbuatan menolak hudud itu samalah seperti menolak Allah. Adakah kita mahu menolak Allah semata-mata untuk kepentingan golongan yang gemar melakukan maksiat dan merompak harta dan duit rakyat?

Anda mahu mengundi UMCO dan BN? Silakan, kongsi syer di akhirat nanti!


Ingat kata-kata di bawah ini?



  1. dcm,

    jgn terikut2 dgn rentak orang lain!

    kaum kristian ni sokong sbb mrk tahu mrk tidak tertakluk di bawah undang2 hudud ni jika dilaksanakan. mrk tidak terusik sedikitpun! niat mrk Allah SWT sj yg tahu!

    bila ds najib kata hudud BELUM boleh dilaksanakan krn kemajmukan negara ni, saudara kata ds najib tolak hudud!
    tp bila salehuddin ayub menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat tidak membincangkan isu hukum hudud yang tidak mungkin boleh dilaksanakan sekarang, sebaliknya memberi fokus ke atas kerjasama padu menawan kerajaan pusat, tak apa plak??

    salehuddin kata "tidak perlu membincangkan perkara-perkara yang tidak mungkin boleh dilaksanakan... semua pihak kena faham"...boleh plak terima ya? double standard sungguh!! betul2 double standard!! ambo lagi sedih!

    yg salehuddin kata "sekarang bukan masa yang sama kondusif untuk melaksanakan hukum hudud" tak serupa ka dgn apa yg ds najib kata? bandingkan dgn minda terbuka kata2 ds najib & kata2 salehuddin, tolongla. jgn pejam sebelah mata...

    memang sah...double standard! Astaghfirullah...

    gravatar Comment by Dot @ Sabtu, September 24, 2011 6:56:00 PTG      
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog. gravatar Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, September 24, 2011 7:14:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH