[Kemas Kini] Drama Liwat II: Sah Najib GENTAR, KECUT!
Terngiang-ngiang kata-kata Najib yang menegaskan bahawa dia tidak gentar kepada Anwar Ibrahim. Rasa-rasanya, ucapan itu baru lagi terkeluar dari mulutnya. Rasa-rasanya ucapan yang kononnya menunjukkan kejantanannya itu dibuat selepas mengumumkan cadangan pemasuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.
Hari ini diberitakan bahawa PM dan suami dijangka memfailkan permohonan untuk menolak sepina yang mewajibkan mereka untuk tampil sebagai saksi pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.
Menurut sumber yang memaklumkan Malaysiakini, pasangan itu akan memfailkan permohonan mereka pada hari ini.
Butiran mengenai permohonan itu setakat ini tidak jelas. Masa mereka akan memfailkan permohonan itu juga belum diketahui.
Menurut sumber yang memaklumkan Malaysiakini, pasangan itu akan memfailkan permohonan mereka pada hari ini.
Butiran mengenai permohonan itu setakat ini tidak jelas. Masa mereka akan memfailkan permohonan itu juga belum diketahui.
Jika benar berita ini, mengapa Najib gentar? Berani kerana benar, takut kerana...
Kemas Kini:
Najib dan suami memfailkan permohonan untuk mengetepikan sepina yang mengkehendaki mereka untuk tampil sebagai saksi pembelaan pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung. Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 3.30 petang oleh empat peguam kanan yang mewakili mereka.
P/s: Jangan marah kalau orang menggelar anda pengecut!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.