|
WARGA Sudan, Mohannad Taha Ismail (tengah) menerima hukuman gantung sampai atas pertuduhan membunuh seorang anak teman wanitanya oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA |
Saya petik:
[Bernama] SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas seorang bekas pelajar kolej warga Sudan selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan teman wanitanya di sebuah kondominium di Cheras dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhi hukuman itu ke atas Mohannad Taha Ismail, 27, selepas mendapati pembelaan yang dibuat tertuduh tidak 'bermerit dan lesu', tidak masuk akal serta tidak melampaui keraguan munasabah.
Mohannad Taha didakwa membunuh Aaliyah Ayman Hussin Abdullah, 3, di kediaman bernombor 9/D3/9 Palazzo Tower, Kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, antara jam 7.30 malam dan 8.30 malam pada 12 Oktober 2009.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egin manakala tertuduh diwakili peguam Hisham Teh Poh Teik.
Mengikut fakta kes, seorang saksi iaitu pakar patologi forensik, Dr Abdul Karim Tajudin berkata terdapat 34 kesan kecederaan di seluruh badan mangsa dan kanak-kanak itu juga mengalami penderaan fizikal serta seksual.
Saksi itu juga mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia disebabkan perdarahan teruk di bahagian selaput keras otak akibat goncangan yang kuat.
Ibu kanak-kanak itu, Ellina Maulad Mahather, 25, seorang warga tempatan, dalam keterangannya pula berkata bahawa mangsa pernah mengadu ditumbuk dan dipukul oleh Mohannad Taha semasa ditinggalkan di bawah jagaan tertuduh.
Saksi itu juga mendakwa pernah melihat tertuduh memarahi dan memukul mangsa menggunakan penyangkut baju, pembaris serta tangan.
Aaliyah adalah anak hasil perkahwinan Ellina, dengan bekas suaminya Ayman Hussin Mahmud sebelum bercerai pada 2008.
Tertuduh kelihatan tenang selepas mendengar hukuman dan dibawa keluar dari mahkamah.
gila kejam depa tue...
Comment by hyhhh @ Jumaat, September 30, 2011 10:16:00 PTGJom terjah sini:
1)Jawapan Bernas Mengapa Hukum Hudud Patut Dilaksanakan Oleh Ustaz Zaharuddin
2)Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
3) Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Akan Dikenakan Tindakan Undang-undang