[Kemas Kini] PM Bangladesh Akui Rakyatnya Dapat Hak Mengundi di Malaysia???
Sekadar hiasan. |
Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.
“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.
“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.
Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.
Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
P/s: HANCUR MALAYSIA!!!
Kemas Kini:
Pengakuan PM Bangladesh Dipadamkan
KUALA LUMPUR: Laman web yang memapar pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, dipadamkan hari ini.
Semakan Keadilan Daily pada jam 7 malam ini mendapati laman itu tertera: No item to show (tiada paparan kandungan) tetapi tiada alasan diberi. (Untuk lihat paparan halaman depan, klik ini)
Semalam, portal ini mendapati Sheikh Hasina dilapor berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Cetakan (print screen) semalam yang kini dipadamkan
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu, selain diberi hak mengundi.
Berikutan itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan berkenaan.
“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.
“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya.
Terbaru:
Laman web kenyataan PM Bangladesh digodam?
[FMT] PETALING JAYA: Selepas laman web yang memaparkan kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya yang bekerja di sini mendapat taraf kerakyatan dengan mudah, wujud dakwaan ia sebenarnya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ucapan Sheikh Hasina daripada laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pejabat Perdana Menteri itu digodam oleh individu yang mendakwa dirinya rakyat Malaysia dan dikenali sebagai M33H00N, seperti yang disiarkan dalam sebuah blog tempatan “Dr MiM”.
Penggodam tersebut juga telah meninggalkan mesej mengkritik kedatangan Sheikh Hasina ke Malaysia.
“Sebagai Perdana Menteri, anda sepatutnya mengajar rakyat anda supaya menyayangi negara sendiri dan buat sesuatu demi Bangladesh.
“Saya tak kisah kalau hendak tarik aliran wang kami keluar dengan bekerja di sini tetapi menjadi sebahagian daripada (pengundi) kami, ia agak memalukan.
“Ada banyak cara lagi yang boleh dibuat. Saya pasti sebagai perdana menteri anda patut lebih mengerti daripada saya. Mohon maaf
“Saya harap anda akan mempunyai strategi lebih bagus untuk Bangladesh,” kata penggodam terbabit.
Dalam kenyataan berlainan, penggodam terbabit turut memohon maaf dan mahu ia diambil iktibar atas kelemahan sistem keselamatan laman web berkenaan sehingga boleh dimanipulasi pihak luar.
Ucapan palsu Sheikh Hasina ini mula disiarkan dibeberapa blog sejak Jumaat lalu, menyatakan terdapat pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan, malah turut diberi hak untuk mengundi....
P/s: Belum tentu cerita penggodam ini benar...DCM suspek dan saspens!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.