[Gambar] Kalau Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat, Sudah Tentu Artis & Atlet Ini Kena "BANNED"!
Sumber tertera pada gambar. |
Gambar di atas adalah sebahagian daripada gambar suasana Majlis Rumah Terbuka Parlimen Semberong yang diadakan di di Taman Seri Kluang, Johor pada 19 September. Majlis ini sudah tentulah dihoskan oleh Menteri KDN selaku ahli Parlimen kawasan itu. Ada banyak gambar yang disalin tampal di blog bos perang siber UMCO ini. DCM hanya mahu menyiarkan gambar artis dan ahli sukan yang terbabit dalam majlis itu.
Tujuannya hanyalah sebagai membandingkan kehadiran artis dan selebriti sukan pada majlis yang melibatkan pemimpin PR. Ingat kes Wardina yang menghadiri majlis pemimpin PKR beberapa bulan lalu?
Tujuannya hanyalah sebagai membandingkan kehadiran artis dan selebriti sukan pada majlis yang melibatkan pemimpin PR. Ingat kes Wardina yang menghadiri majlis pemimpin PKR beberapa bulan lalu?
Yang kita mahu persoal tentang sikap berat sebelah pelbagai pihak yang berkepentingan menempelak artis/selebriti yang menghadiri/menerima undangan untuk menyanyi/menyampaikan motivasi dalam majlis melibatkan pemimpin PR, namun mereka menutup mata apabila artis terlibat dalam majlis yang melibatkan pemimpin BN. Bukan kita mahu menegaskan bahawa artis/selebriti TIDAK BOLEH menghadiri mana-mana majlis melibatkan ahli politik, kerana mereka BERHAK menjayakan majlis tersebut tanpa mengira fahaman politik pihak hos majlis.
Kalau artis ini menerima undangan menyanyi/selebriti sukan menghadiri majlis melibatkan pemimpin PR, sudah pasti mereka DIHENTAM oleh media dan UMCO! Silap-silap elaun dan kemudahan yang diterima oleh selebriti sukan ditarik balik oleh pihak yang berkenaan. -DCM
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.