[MK] Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin berharap masyarakat Selangor memilih BN dalam pilihan raya akan datang setelah rakyat kini didakwa "terseksa" bawah Pakatan Rakyat.
Katanya, beliau diberitahu demikian oleh seseorang ketika tiba di majlis penutup program permukiman wakil rakyat BN di sebuah sekolah di Meru petang ini.
"(Orang tersebut kata) saya nak cepat-cepat pilihan raya nak pergi mengundi sokong BN, sebab rasa terseksa duduk bawah Pakatan di Selangor.
"
Sorrylah berkempen," katanya lagi yang cuba melunakkan suasana dalam ucapannya di sekolah SMK Meru, Klang itu.
Beliau yang juga menteri pelajaran turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM29 juta untuk sekolah berkenaan.
Peruntukan berkenaan adalah untuk membina sebuah sekolah baru bagi menampung jumlah pelajar di SMK Meru, katanya.
Seronok sepanjang hayat
Muhyiddin juga berkata BN akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat walau Selangor berada di bawah Pakatan.
"Kita tidak mahu Selangor walau dipimpin Pakatan, pembangkang akan biarkan nasib rakyat tidak terbela," katanya lagi dalam program yang turut dipakej sebagai majlis sambutan hari raya itu.
Beliau turut memuji program anak angkat yang dijalankan Kelab ADUN BN Malaysia (BNBBC), di mana seramai 170 orang wakil rakyatnya menginap di rumah penduduk setempat sehingga permukiman itu berakhir hari ini.
Katanya, penduduk yang mengambil bahagian dalam program berkenaan tidak akan lupa dan akan berasa seronok sepanjang hayat.
"Bila sampai pilihan raya, dia tak fikir sangat pun, dia pangkah BN," katanya.
Turut hadir di program itu ialah pengerusi BNBBC, Datuk Nadzri Ismail dan juga ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman.
Berani betul Mat Sembab hina Rakyat Selangor, saya tak boleh maafkan dia. Kalau nak berlagak hero, kenapa tak buat dulu di Johor kes jual pasir kepada Singapore?
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, September 23, 2011 8:39:00 PTGSaya sebagai rakyat Selangor dan pelajar UKM, saya terpaksa cakap isu sebegini. Kerajaan pusatlah mengkambing hitamkan rakyat Selangor kerana PRU-12.
Dahlah datang UKM dengan misi politik dengan selamba bendera UMNO terpapar di Kampus. Dah nampak sangat pilihanraya bulan 11 nak dekat dan nak ganti Mat Mongolia. Itu tujuannya datang UKM sebab nak pilihanraya.
Mat Sembab memang berlagak menganggap Kampus Universiti boleh buat aktiviti politik. Ramai Pensyarah tak suka kehadiran Mat Sembab terutama dari Kejuruteraan kerana mengganggu masa kuliah malah kuliah saya tadi pun dibatalkan kerana kehadiran Mat Sembab.
Dari
Identiti Rahsia kerana AUKU!!!
Hang belajaqlah baik-baik kat UKM. mak bapak hantar UKM dgn harapan hang dapat segulung ijazah dan dpt kerja baguih.
Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, September 24, 2011 3:37:00 PTGDok dengki kat Mat sembab buat apa? Bukan masa nak main politik...Depa pasang bendera UMNO pun hang sakit hati buat apa?
Hati hang memang tak elok, busuk dan ada sedikit kotor. Macamana hang nak berjaya nanti.. Bykx muhasabah diri supaya jadi manusia yg tak mengenang jasa..
Takut buat apa kat AUKU! takut kena buang ka dari UKM?