Dari Arkib Negara: Artikel tentang Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu JELAS Menyatakan British PENJAJAH
![]() |
Sumber: Arkib Negara Malaysia (ANM) |
Baru-baru ini Prof Emeritius Khoo Kay Kim membangkitkan soal teknikal apabila mengatakan hanya Pulau Pinang dan Melaka sebagai koloni British dan negeri-negeri lain hanya negeri naungan British. Kenyataan itu disangkal oleh Prof Aziz Bari: [KD] ...Aziz dalam pada itu turut diminta mengulas pandangan tokoh budayawan, Prof Emeritus Dr Khoo Kay Khim yang menyatakan British tidak pernah menjajah tanah Melayu, sebaliknya menjadi negeri di bawah naungan negara eropah itu.
“Dari segi teknikal memang betul negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah kerana mereka hanyalah negeri lindungan (protected states) bukan tanah jajahan (colony) seperti Melaka dan Pulau Pinang.
“Tapi ini soal teknikal sahaja sedangkan yang memerintah dan mentadbir ialah British. Hatta dalam soal agama pun British sentiasa membuat pemantauan. Ini juga dicatat oleh sejarah. Sebab itu hukum Islam dan mahkamah syariah terpinggir,” kata beliau.
“Apa pun yang menjadi isu penting sekarang bukan soal teknikal itu; yang penting segala keputusan penting waktu itu British yang menentukan. Ini yang Prof Khoo sengaja tidak mahu pandang,” katanya lagi.
“Tapi ini soal teknikal sahaja sedangkan yang memerintah dan mentadbir ialah British. Hatta dalam soal agama pun British sentiasa membuat pemantauan. Ini juga dicatat oleh sejarah. Sebab itu hukum Islam dan mahkamah syariah terpinggir,” kata beliau.
“Apa pun yang menjadi isu penting sekarang bukan soal teknikal itu; yang penting segala keputusan penting waktu itu British yang menentukan. Ini yang Prof Khoo sengaja tidak mahu pandang,” katanya lagi.
Saya sependapat dengan Prof Aziz, cuba perhatikan peranan residen Inggeris di negeri-negeri Melayu selepas Perjanjian Pangkor. Mereka begitu berkuasa walaupun hanya dilantik sebagai penasihat. Kuasa sultan dan raja pada waktu itu "dirampas" oleh pegawai British melalui manipulasi butiran perjanjian tersebut. Semua urusan pentadbiran negeri di bawah seliaan dan pemantauan British, sultan hanya berperanan dalam soal agama dan adat sahaja. Saya ulang, sultan hanya berperanan dalam soal agama dan adat sahaja. Hal ini antara lain telah mendorong berlakunya pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak. Antara punca pembunuhan residen Inggeris ini dibunuh mengambil alih peranan pembesar/kuasa raja dalam isu cukai. Mengapa hal itu berlaku? Semuanya gara-gara Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.
Cuba baca sumber ANM di bawah ini:
PERJANJIAN KEMERDEKAAN PESEKUTUAN TANAH MELAYU DITANDATANGANIPerjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani di antara Raja-raja Melayu dengan Sir Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak baginda Queen Elizabeth II pada 5 Ogos 1957. Upacara bersejarah yang berlangsung di King’s House, Kuala Lumpur ini menyaksikan seramai 15 orang penandatangan utama yang terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, lapan orang Raja-raja Melayu, Tengku Mahkota Johor dan lima orang Pembesar yang berkuasa dari Negeri Sembilan (selain daripada Yang di-Pertuan Besar) serta saksi-saksi kepada penandatangan-penandatangan telah menandatangani perjanjian ini. Perjanjian ini telah ditandatangani dalam 40 salinan, 20 salinan dalam Bahasa Melayu dan 20 lagi dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan pena khas bertulis Federation of Malaya Agreement 1957. Menurut Artikel 3 perjanjian ini, menyatakan bahawa mulai 31 Ogos 1957, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat akan ditubuhkan menjadi satu Persekutuan Melayu baru yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu atau dalam Bahasa Inggerisnya, The Federation of Malaya. Perjanjian ini mula berkuatkuasa ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 apabila Duke of Gloucester dengan rasminya mengugurkan kuasa dan wibawa PENJAJAH British.
Perhatikan frasa...menggugurkan seluruh kuasa dan wibawa PENJAJAH BRITISH di seluruh Persekutuan Tanah Melayu...Perjanjian di atas juga melibatkan raja-raja Melayu. Logik mudahnya, adakah kita tidak dijajah walhal urusan pentadbiran negeri dipantau atau diselia dan ditentukan oleh British melalui pegawai dan residennya? - DCM
* Komen/ulasan spontan ini berdasarkan pemahaman sejarah yang diajarkan selama ini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.