KALAU DAH BENCI..."Anwar Tidak Tahu Fasal Ekonomi"
Kerajaan Selangor sebelum ini seperti yang dipetik dari Malaysia Kini dilaporkan "mengumumkan tokoh besar PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri itu "dengan elaun tetap sebanyak RM1 sebulan".Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata surat lantikan rasmi akan diserahkan kepada bekas menteri kewangan itu selepas jawatankuasa exco bermesyuarat minggu depan. Bercakap dalam sidang media semalam, beliau berkata Anwar akan mengambil peranan penasihat seperti Lee Kuan Yew yang menjadi menteri mentor bagi Singapura."
Untuk mewajarkan kenyataannya itu, Tun menyatakan bahawa "...semasa menjadi menteri kewangan ketika berlaku krisis kewangan, Anwar telah menerima pakai pendekatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memburukkan lagi keadaan di negara ini." Sebenarnya isu ini telah bertahun-tahun dicanangkan ke seluruh negara. Baik dalam ceramah pilihan raya, mahupun risalah politik sama ada bercetak ataupun dalam blog dan laman sesawang. Dalam debat antara DSAI dengan Datuk Shabery Chik, DSAI ada menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti yang menafikan tuduhan yang mengatakan beliau menerima pendekatan IMF. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk mendedahkan bukti tersebut...
Bukanlah saya mahu mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun berdasarkan sejarah kedua-dua tokoh ini, mungkin inilah contoh terbaik untuk menunjukkan situasi "KALAU DAH BENCI..."
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.