Menantu KONTROVERSI Letak Jawatan
Khabarnya, menantu TG Nik Aziz akan meletakkan jawatannya sebagai CEO di PMBK. Baguslah...kerana dalam hal ini saya bersetuju dengan Pak Bakaq:
Sama ada orang suka atau tidak, yang saya harapkan dalam masa terdekat ini ialah perletakan jawatan menantu Tok Guru Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad (PMBK). Saya tak tuduh dia jahat. Saya tak tuduh dia salah. Saya tidak mahu menghakimi budak itu.Berkaitan:
Tetapi, dia mesti berundur untuk memperbaiki persepsi rakyat terhadap bapa mertuanya, Tok Guru Mursyidul Am PAS.
* [MK] Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.
Beliau, exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.
Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.
Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.