RASUAH: "Dulu" No 47 "Kini" No 56, Adakah "Selamanya" Begitu?
Perlukah kita menulis panjang tentang hal ini? Mencadangkan itu, mencadangkan ini untuk memastikan negara kita bebas rasuah? Saya secara peribadi tidak mahu berbuat demikian kerana berasakan tindakan tersebut samalah seperti maksud peribahasa "bagaikan mencurahkan air ke daun keladi", atau secara literalnya bermakna "sia-sia". Oleh itu, persoalan pada tajuk kiriman ini, iaitu RASUAH: "Dulu" No 47 "Kini" No 56, Adakah "Selamanya" Begitu? begitu senang diramalkan jika "jerung-jerung" yang mengamalkan rasuah masih bebas memporak-perandakan integriti negara.
Antara persoalan yang perlu kita renungkan termasuklah: bagaimana mahu menghapuskan rasuah sedangkan parti yang memerintah negara ini bergelut dengan masalah yang sama? Mampukah orang yang memberi dan menerima rasuah menghapuskan rasuah di negara ini? Rasuah di negara ini bukan sahaja melibatkan orang bawahan malah turut melibatkan ketua jabatan/syarikat dan pemimpin di semua peringkat sama ada negeri atau negara.
Ironinya, walaupun selepas penubuhan SPRM rangking yang sepatutnya lebih rendah kini melonjak 9 tangga menjadi 56. Namun, lucunya, dalam berita yang disiarkan oleh stesen tv berbayar, seorang penganalisis menganggap bahawa perubahan rangking ini merupakan suatu yang perlu dilihat secara POSITIF dengan memberikan alasan bahawa SPRM baru berusia setahun jagung dan pandangan juga harus diberikan terhadap usaha GIGIH kerajaan menangani masalah rasuah. Sebenarnya, pandangan orang beginilah turut menyumbang kepada kegagalan menghapuskan sesuatu perkara negatif di negara ini kerana walaupun sudah terang-terang menyedari perkara itu di tahap serius namun demi membodek dan takut dikecam mereka sanggup memberikan pandangan yang tidak beretika.
Cukuplah...lanjut sila baca pautan di bawah ini:

- The Corruption Perceptions Index (CPI) table shows a country's ranking and score, the number of surveys used to determine the score, and the confidence range of the scoring.
- The rank shows how one country compares to others included in the index. The CPI score indicates the perceived level of public-sector corruption in a country/territory.
- The CPI is based on 13 independent surveys. However, not all surveys include all countries. The surveys used column indicates how many surveys were relied upon to determine the score for that country.
- The confidence range indicates the reliability of the CPI scores and tells us that allowing for a margin of error, we can be 90% confident that the true score for this country lies within this range.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.