Rupa-rupanya ROSMAH Bukan "FIRST LADY"
Teringat saya berita yang disiarkan oleh akhbar arus perdana tempatan pada 19 November lalu bertajuk “Carla Nafi Suami Jadi Pak Turut”. Carla adalah Carla Bruni-Sarkozy, seorang bintang filem Perancis yang kini isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.
Dalam sistem kepresidenan (presidency) Perancis seperti juga dalam sistem Amerika, Presiden adalah Ketua Negara dan Ketua Kerajaan. Jadi isteri Presiden Perancis dan Presiden Amerika memainkan peranan sebagai Wanita Pertama atau First Lady.
Kita tidak ada sistem itu. Kita ada dua ketua. Ketua Negara adalah Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri. Macam Ratu Inggeris Ketua Negara dan Perdana Menteri Inggeris Ketua Kerajaan.
Jadi janganlah silap atau sengaja bagi gelaran atau jolokan Wanita Pertama (First Lady) kepada sesiapa. Kita tidak mahu berlaku salah protokol kerana negara kita adalah negara Raja Berperlembagaan dan kita ada adat resam sendiri.
Jika bukan "first lady", apakah gelaran lain yang sesuai untuk isteri PM? Baca lanjut kiriman Pak Kadir yang turut memerihalkan kemelut yang berlaku di Kelantan.
Assalamualaikum.
Comment by MAHAGURU58 @ Selasa, November 24, 2009 3:57:00 PTG'First Lady' kita adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Buat masa sekarang Baginda Tuanku Sultanah Nur Zahirah.
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultanah_Nur_Zahirah
Isteri Perdana Menteri tidak boleh disebut sebagai 'Wanita Pertama Negara' kerana ia bukan DYMM Raja Permaisuri Agong kita.
Datin Rosmah Mansor cuma isteri PM. Tak lebih dari itu.
Harap maklum.
Wassalamualaikum.
SALAM TUAN...
Comment by perakkome @ Selasa, November 24, 2009 8:05:00 PTGBUKAN KE ROS NI JANDA DULU...?
JIP SANGGUP BAYO!
Nice.
Comment by blogresipi.com @ Rabu, November 25, 2009 7:50:00 PG