Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label wanita pertama. Papar semua catatan

,

Isnin, 14 Mac 2011

Perkara 32 (2) Perlembagaan Jelaskan Wanita Pertama ialah Raja Permaisuri Agong Bukan Rosmah



Saya petik:
[MK] Baru beberapa jam membuat penjelasan berhubung kedudukan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz didakwa "play-safe, penuh niat putar belit dan berunsur manipulasi terhadap Perlembagaan Persekutuan".

"Jawapan beliau yang mendakwa bahawa penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebagai kod amalan menunjukkan bahawa beliau sebenarnya dangkal dan cuba menghina perlembagaan negara...," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (kiri).

Anggota parlimen Ampang itu mendakwa, kenyataan itu di parlimen sebentar tadi bertentangan dengan diperuntukkan dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Jika benar penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah hanyalah "kod amalan" seperti yang didakwa dan dengan menggapnya sebagai "pegawai" buat perdana menteri, Zuraida juga menggambarkan Rosmah mendapat kelebihan yang lebih istimewa.

"Namun, jika demikian bagaimanakah sejumlah peruntukan sebanyak RM4.5 juta boleh diluluskan buat seorang 'kakitangan' untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama? Bagaimanakah seorang 'kakitangan' biasa boleh diberikan peruntukan untuk melancong ke seluruh dunia?

"Adakah wujud pula kod protokol istimewa dan khas, yang hanya terpakai untuk isteri perdana menteri? " soal Zuraida bertalu-talu.

Sehubungan itu, Zuraida menggesa Mohamed Nazri "menjawab dengan jujur, berpaksikan fakta dan realiti" bagi membuktikan beliau benar-benar bebas daripada tekanan mana-mana pihak. 
 * Kenyataan Nazri Aziz menyokong Rosmah sebagai Wanita Pertama boleh dibaca di media perdana.

P/s: Alahai, terimalah kenyataan Fat Lady!


, ,

Selasa, 12 Oktober 2010

Dalam Konteks Malaysia, Siapa "Wanita Pertama"?

Sejak dua tiga hari ini, heboh fasal Persidangan Wanita Pertama  dan hari ini saya baca berita Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama Bermula di Bernama. Menurut laporan itu, persidangan itu bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Sidang Kemuncak dengan tema "Anak Hari ini, Pemimpin Hari Esok" yang diadakan buat julung-julung kali itu dihadiri oleh 15 Wanita Pertama. Selain itu, enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri turut menghadiri persidangan itu.

Apabila persidangan itu dinamakan dengan nama sedemikian rupa, gah dan esklusif, timbul pula cakap-cakap yang mempertikaikan sebab dan punca persidangan yang kunun-kununnya hebat  itu hanya dihadiri isteri PM atau Presiden dari Negara Dunia Ketiga. Orang bertanya, "Mana Michelle Obama, mana Carla Bruni?" Tambah mereka, "Hilanglah prestij dan autoritinya jika nama-nama isteri Kuasa Besar Dunia tidak menghadirinya." Bagi saya, biarlah persoalan itu bermain di kepala Rosmah Mansor. Kita warga marhaen sudah tentu mempunyai pelbagai andaian dan jawapan untuk persoalan itu.

Namun, persoalan yang penting ialah: Siapa wanita pertama Malaysia? Blog ini pernah menyiarkan artikel tentang persoalan ini. Tetapi sebelum itu sila baca kenyataan di bawah ini:

[MK] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan bahawa ungkapan 'wanita pertama' yang digunakan bagi merujuk kepada isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor tidak bererti bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada Seri Paduka Permaisuri Agong.

Bagaimanapun, jawapan bertulisnya kepada soalan yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, - Najib gagal menjelaskan sama ada gelaran berkenaan wajar digunakan oleh Rosmah.

Chua dalam soalannya bertanya sama ada Perdana Menteri menyedari bahawa dengan merujuk isteri beliau sebagai 'wanita pertama' tindakan itu telah menyalahi Artikel 32, Perlembagaan Persekutuan. 
Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut; "Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.

Najib dalam jawapan bertulisnya berkata: “Berdasarkan adat, budaya dan amalan protokol di Malaysia gelaran 'wanita pertama' tidaklah menjadi amalan.”

Ramai yang berpendapat dalam konteks negara Malaysia, 'wanita pertama' adalah merujuk kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Secara lateralnya pendapat tersebut adalah tidak tepat.

“Ini adalah kerana kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah lebih tinggi daripada 'wanita pertama',” kata Najib.
Kata Najib, Seri Paduka Baginda yang mengikut pendapat ramai layak diberi gelaran Wanita Pertama, adalah lebih tinggi daripada "Wanita Pertama". Jawapan ini sahlah untuk menyatakan bahawa isterinya ialah Wanita Pertama Malaysia.

Sebelum itu, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin menggesa  Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau "first lady" yang baginya merupakan suatu tindakan yang dianggap menderhaka. Katanya:

[MK]...“Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.

“Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini.

Siapa Wanita Pertama? Pakar Perlembagaan negara, Prof Dr Aziz Bari menyatakan bahawa Rosmah hanyalah bergelar isteri PM bukannya bergelar Wanita Pertama yang sepatutnya diberi kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong seperti yang dilaporkan di bawah ini:
Datin Seri Rosmah Mansor hanya bertaraf isteri kepada seorang Perdana Menteri sahaja dan tidak layak menggelar atau menganggap diri beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia atau "First Lady" disisi Perlembagaan, kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Dalam konteks gelaran Wanita Pertama Malaysia usaha meletakkan gelaran itu pada bukan yang hak adalah sesuatu yang tidak bermoral dan tidak bersopan menurut pakar perlembagaan itu.
"Wanita Pertama Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan tidak boleh mana-mana pihak membuat tuntutan ke atas penghormatan itu hatta isteri Perdana Menteri sekali pun.
"Rakyat negara ini harus faham protokol kepimpinan negara sebagaimana yang dipertuntukkan dalam Perlembagaan," Prof Abdul Aziz.
Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".
"Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain," jelas Prof Abdul Aziz lagi.
Ditanya mengenai laporan media yang sering mengaitkan Datin Seri Rosmah sebagai "Wanita Pertama", beliau menyatakan perkara itu menyalahi protokol negara dan tidak menghormati kedudukan mulia Permaisuri Agong.
"Dalam Perlembagaaan termaktub dengan jelas dalam Perkara 70 berkaitan kekananan Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri selepas Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri Agong," tegas beliau.
Perkara 70 (1) berhubung "Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri" menyatakan "Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain".
Perkara 70 (2) pula menyatakan, "Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda".
"Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau "seniority" Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing. Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan diikuti oleh yang lain.
"Tidak disebut dalam Perlembagaan isu kekananan Perdana Menteri dalam hirarki kepimpinan negara. Kalau Perdana Menteri tidak disebut apa lagi isteri kepada Perdana Menteri!," ujar beliau.
Prof Abdul Aziz menasihati media dan agensi kerajaan supaya mempelajari sistem protokol negara sebelum memberi apa-apa gelaran kepada mana-mana individu.
"Malaysia bukannya sebuah republik seperti Amerika Syarikat di mana Presiden adalah Ketua Kerajaan dan juga Ketua Negara, dan isteri beliau adalah Wanita Pertama.
"Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang mana YDP Agong adalah Ketua Negara dan Permasuri Agong adalah Wanita Pertama.
"Saya berpendapat menamakan Rosmah sebagai wanita pertama hanya helah politik oleh kuncu-kuncu beliau untuk menaikkan namanya," jelasnya lagi.
 Seperti yang saya katakan tadi, blog ini pernah menyiarkan artikel bertajuk: Rupa-rupanya Rosmah Bukan "First Lady". Dalam artikel itu saya petik pendapat Pak Kadir. Katanya:
Teringat saya berita yang disiarkan oleh akhbar arus perdana tempatan pada 19 November lalu bertajuk “Carla Nafi Suami Jadi Pak Turut”. Carla adalah Carla Bruni-Sarkozy, seorang bintang filem Perancis yang kini isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Dalam sistem kepresidenan (presidency) Perancis seperti juga dalam sistem Amerika, Presiden adalah Ketua Negara dan Ketua Kerajaan. Jadi isteri Presiden Perancis dan Presiden Amerika memainkan peranan sebagai Wanita Pertama atau First Lady.

Kita tidak ada sistem itu. Kita ada dua ketua. Ketua Negara adalah Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri. Macam Ratu Inggeris Ketua Negara dan Perdana Menteri Inggeris Ketua Kerajaan.

Jadi janganlah silap atau sengaja bagi gelaran atau jolokan Wanita Pertama (First Lady) kepada sesiapa. Kita tidak mahu berlaku salah protokol kerana negara kita adalah negara Raja Berperlembagaan dan kita ada adat resam sendiri.
 
 Jadi, anda tentukan Wanita Pertama Malaysia, sama ada Rosmah Mansor atau  Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, sama ada anda mahu menerima penjelasan Najib atau pendapat dan keterangan yang dibuat berdasarkan Perlembagaan negara.

,

Selasa, 24 November 2009

Rupa-rupanya ROSMAH Bukan "FIRST LADY"


Saya tidak pernah terfikir tentang hal yang menjadi tajuk kiriman kali ini. Rupa-rupanya, saya agak jahil tentang protokol/gelaran ahli dan keluarga tokoh politik terutamanya yang memegang jawatan dalam kerajaan, walaupun berdasarkan kelayakan, saya sepatutnya mengetahui hal ini. Sering kita mendengar/membaca makalah yang melabelkan isteri PM, tidak kiralah pada zaman Tun M, Tun Abdullah, mahupun zaman PM Najib sebagai "first lady". Rupa-rupanya isteri PM, termasuklah Datin Rosmah itu tidak wajar dipanggil "first lady" kerana kata Pak Kadir:
Teringat saya berita yang disiarkan oleh akhbar arus perdana tempatan pada 19 November lalu bertajuk “Carla Nafi Suami Jadi Pak Turut”. Carla adalah Carla Bruni-Sarkozy, seorang bintang filem Perancis yang kini isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Dalam sistem kepresidenan (presidency) Perancis seperti juga dalam sistem Amerika, Presiden adalah Ketua Negara dan Ketua Kerajaan. Jadi isteri Presiden Perancis dan Presiden Amerika memainkan peranan sebagai Wanita Pertama atau First Lady.

Kita tidak ada sistem itu. Kita ada dua ketua. Ketua Negara adalah Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri. Macam Ratu Inggeris Ketua Negara dan Perdana Menteri Inggeris Ketua Kerajaan.

Jadi janganlah silap atau sengaja bagi gelaran atau jolokan Wanita Pertama (First Lady) kepada sesiapa. Kita tidak mahu berlaku salah protokol kerana negara kita adalah negara Raja Berperlembagaan dan kita ada adat resam sendiri.

Jika bukan "first lady", apakah gelaran lain yang sesuai untuk isteri PM? Baca lanjut kiriman Pak Kadir yang turut memerihalkan kemelut yang berlaku di Kelantan.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH