[Kemas Kini] SYED KICKDEFELLA ANCAM DEDAH...
Kickdefella mengancam untuk mendedahkan penyalahgunaan kuasa yang berlaku di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh menantu Tuan Guru Datuk Nik Aziz Bik Mat, Mohd Ariffahmi Abd Rahman dalam sidang media berkaitan dengan pemecatannya dari PMBK.
Sidang media ini adalah lanjutan pemecatan beliau sebagai Pegawai Perhubungan Korporat di PMBK dan cerita berkaitan dengan hal ini boleh dibaca di blog beliau: Penamatan Kontrak Serta-merta.
Yang menggerunkan apabila berita seperti yang dilaporkan oleh akhbar di bawah ini melibatkan Tuan Guru. Anda boleh membayangkan betapa hebatnya liputan yang akan dibuat oleh TV3, Utusan, dan sekutunya. Bukanlah marah kerana media ini melaporkan salah laku yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, tetapi pendedahan melampau akan dibuat seolah-olah kes ini sudah dihakimi oleh pihak mahkamah. Jika benar berlakunya penyelewengan, kita mahu orang yang bertanggungjawab dikenakan tindakan.
Hari ini sesetengah media sedang berpesta tentang Baiah Talak, maka esok bersiap sedia pula untuk berpesta tentang hal ini. Bercerita tentang pesta, sila baca kiriman Pak Alhusseyn untuk maklumat lanjut.
Benar atau tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa serta kepincangan kewangan di PBMK, isu ini bakal dilondehkan oleh pelbagai pihak, imej Tuan Guru pasti tercalar dan BN sudah tentu akan mengeksploitasinya sebaik-baik mungkin. Dengan pelbagai kepincangan yang berlaku (walaupun kepincangan yang sama turut berlaku di seberang sana, namun dengan penguasaan media dan mood terkini, kelebihan berpihak di pihak sana), mudah-mudahan PM tidak membubarkan Parlimen dalam masa terdekat, jika ya, sayonara PR. Tunggu pendedahan selanjutnya. Kalau tidak, sanggupkah Syed Kickdefella dicop penipu?
[MSTAR] Pegawai perhubungan korporat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dipecat, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bernekad untuk mendedahkan apa yang sebenarnya telah berlaku di perbadanan itu khususnya tentang kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa.
PMBK diketuai oleh Mohd Ariffahmi Abd Rahman yang juga menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Syed Azidi, yang menyertai perbadanan itu pada 2007, menerima surat pemecatannya yang ditandatangani oleh Mohd Ariffahmi semalam (Selasa) kerana dituduh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku pengurusan di PMBK.
Beliau juga didakwa telah berkonspirasi dengan Barisan Nasional (BN) dalam hal ini.
Bercakap dalam satu sidang akhbar yang diadakan di hadapan pejabat perbadanan itu di Jalan Kuala Krai di sini hari ini, Syed Azidi menuntut perletakan jawatan Mohd Ariffahmi sebagai ketua pegawai eksekutif PBMK demi menjaga nama baik Nik Abdul Aziz sebagai ketua pentadbir negeri.
“Ada banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku di sini telah pun berlaku dan semua ini terpaksa disenyapkan hanya kerana beliau adalah menantu kepada menteri besar,” dakwa Syed Azidi.
“Dan kini memandangkan saya telahpun dipecat oleh Mohd Arrifahmi, saya bebas untuk mendedahkan apa yang telah berlaku di PBMK, yang telah memalukan menteri besar, Kerajaan PAS Kelantan dan juga Islam,” katanya lagi.
(Lagi Berita Menyusul Kemudian...)
RESPONS Mohd Ariffahmi Abd Rahman:
[MALAYSIA KINI] Pemecatan seorang pegawai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kelmarin tiada kena-mengena dengan dakwaan salah guna kuasa dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) itu, kata ketua pegawai eksekutifnya.
"Dia (Syed Azidi Syed Abdul Aziz) tidak masuk pejabat.
"Dia tidak laporkan kerjanya kepada saya, dia tidak pernah pohon cuti. Dia tidak pernah tunjuk cuti sakit," kata Mohd Ariffahmi Abd Rahman.
"Jadi kita putuskan, kita tidak perlu lagi orang macam ini dalam PMBK."
Mohd Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diminta mengulas sebab sebenar pemecatan Syed Azidi setelah GLC itu dikunjungi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) baru-baru ini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.