Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Skandal Arif. Papar semua catatan

Isnin, 18 Januari 2010

KICKDEFELLA Nafi HUSAM Salurkan Maklumat


Hari ini Tuan Sheikh menafikan bahawa Datuk Husam menyalurkan maklumat tentang Bazar Tok Guru yang kian kecoh baik di media cetak mahupun di laman blog dan laman sesawang. Sebelum ini, Husam di blognya turut menggesa siasatan dilakukan untuk mengenal pasti orang yang membocorkan maklumat tersebut. Kata Tuan Sheikh:

Saya akrab dengan hampir semua barisan exco Kerajaan Negeri Kelantan dan hampir kesemua mereka mempunyai nombor telefon saya. Oleh yang demikian, hampir semua mereka boleh dituduh sebagai suspek yang membocorkan rahsia Kerajaan Negeri kepada saya termasuklah YB. Dato’ Takiyuddin Haji Hassan sendiri. Yang jelas, bukan YB. Dato’ Haji Husam Musa yang memberi maklumat itu kepada saya.
Dalam kiriman yang sama, beliau turut menyatakan kesediaannya menerima hukuman jika maklumat yang diperolehnya itu ialah maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi. Katanya:
Sebagai anak Kelantan yang cintakan rakyat Kelantan, saya bersetuju dengan saranan Dato’ Takiyuddin walaupun ini bererti saya berkemungkinan dipenjarakan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Namun, SEBALIK menyatakan kesediaannya itu, beliau menimbulkan persoalan:
Apakah kali ini Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Parti PAS mahu bersembunyi disebalik tirai besi Akta-Akta yang mereka tentang sekian lama bagi menghalang rakyat mengetahui perkara yang sebenar?
Lanjut dan jelas, klik pautan untuk ke blognya.

Bagaimana, Siapa, & Mengapa?

Bagaimana maklumat ini bocor?

Ia satu sudut bagaimana isu ini boleh dilihat, kalau maklumat ini dirasakan rahsia atau perlu dirahsiakan.

Pertama, ia dibincang oleh Jawatankuasa. Jawatankuasa ini ada ahlinya. Pemaju juga mungkin dijemput untuk berbincang dan persetujuan mereka tentulah perlu. Kerana itu, mereka mungkin orang paling awal tahu tentang maklumat ini. Waklil PMBK juga mungkin hadhir dan wakil ini mungkin pula perlu berbincang dengan rakan sejawatan mereka di PMBK. Mereka tahu tentang maklumat ini, Ia kemudian dibincang dalam Exco.

Jika 'kebocoran' ini perlu disiasat, saya sangat menyokong. Ia boleh mengelakkan ada mana-mana pihak menjadi mangsa permainan- baik bernama sangkaan atau tudingan. Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya. Ia boleh bermula dengan Ahli Exco sendiri supaya ia tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka.

Siapa Penulis Blog Itu?
...........
Juma'at lalu, Mahkamah Rayuan di Putra Jaya telah menolak rayuan seorang peniaga yang telah menyaman Akademi Keluarga Bahagia atas isu pembekalan baka-baka kambing. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah juga menolak permohonan mereka.

Isu ini telah dikaitkan dengan saya sedemikian lama oleh seorang penulis blog. Sesekali tulisan penulis blog ini semacam menunjukkan ada maklumat dalaman. Pada masa yang sama, penulis ini berkawan rapat dengan pemimpin dan orang tertentu. Malah permit penerbitannya digunakan untuk menerbit satu tabloid pro PAS. (klu paling jelas)

Rasanya sudah lebih emat tahun blog ini mencincang saya berbagai gaya.

Saya mengambil sikap tidak bertindak balas baik pada penulis blog tersebut mahu pun rakan-rakannya yang sesetengahnya juga adalah rakan saya.

Sebabnya, isu yang dibangkitkan tidak faktual. Ia lazimnya dicampurkan dengan fantasi dirinya sendiri. Ia sampai lebih tahu apa ada dalam hati kecil kita dari kita sendiri. Ia sampai memasang niat saya seakan dia adalah saya dan saya adalah dia....



Tentang persoalan ini, sila ke blog Pak AlHussyen.


Tambahan:

Sila baca kiriman bertajuk Badan Kebajikan Sensatimur di blog Pak Bakaq.

Khamis, 14 Januari 2010

Adakah Ini Juga FITNAH untuk Memburukkan Ariffahmi?

Persoalannya ada pada tajuk kiriman. Ceritanya pula ada di blog Tuan Sheikh dengan tajuk "Rakyat Kelantan Kehilangan RM50 Juta Angkara Almenantunya Nik Aziz Bernama Ariffahmi" yang antaranya memerihalkan:

Akibat langsung daripada kepandaian terlampau Almenantunya Nik Abdul Aziz, mesyuarat exco Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk membayar sejumlah RM23 juta ringgit dari wang hasil pendapatan Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta.

Pembayaran yang telah dipersetujukan itu adalah bagi menyelamatkan beberapa titik air muka YAB Menteri Besar Kelantan daripada tertumpah akibat dituduh cakap tak serupa bikin.

Selain itu, pendedahan terbaru ini turut memerihalkan kisah Nik Abduh, iaitu anak kepada Tok Guru yang antaranya, Tuan Sheikh mendakwa bahawa:

Urusan ‘Islamik’ MPKB Bandar Raya Islam kepada Sensa Timur ini menimbulkan seribu satu pertanyaan, kebetulan pula di dalam proses Membangun Bersama Islam, seorang mak Datin dari pihak Sensa Timur mempunyai hubungan amat intim dengan Datin Sabariah, isteri Tuan Guru Nik Aziz dan ibu mertua kepada Almenantunya. Apatah lagi abang ipar Almenantunya yang menjolok dirinya sebagai Al Fadhil Nik Abduh Bin Dato’ Nik Abdul Aziz duduk sebagai Ahli Majlis MPKB Bandar Raya Keluarga Islam Pulau Melaka.

Di dalam waktu yang sama, Al Fadhil abang ipar ini yang juga ahli lembaga pengarah sebuah lagi agensi milik Kerajaan Negeri telah memindah nombor pendaftaran PAS 17 miliknya dari SUV CRV ke sebuah MPV bernilai lebih kurang RM240,000. Al Fadhil juga dilaporkan baru membeli
rumah kedai bernilai RM500,000 di Rantau Panjang.

Sudah dua/tiga kiriman saya menyeru agar pihak-pihak yang menjadi "mangsa" pendedahan Tuan Sheikh ini mengambil tindakan saman jika pendedahan yang dibuat itu merupakan suatu penipuan atau fitnah. Pendedahan itu bukan sahaja membusukkan nama mereka, namun secara langsung mencemarkan nama Tok Guru yang sangat-sangat saya sanjungi.

Namun, masing-masing senyap seribu bahasa seolah-olah mengiyakan pendedahan tersebut. Yang ada hanyalah kiriman balas dalam blog yang ternyata tidak dapat menutup/menjawab pendedahan yang telah dibuat. Tingkah laku itu seolah-olah menyatakan bahawa apa-apa yang didedahkan itu adalah benar dan bukannya garapan pena Tuan Sheikh yang amat memabukkan seperti yang didakwa oleh Nik Amalina dan Nik Abduh dalam blog mereka.

Lanjut klik pautan di atas.

Rabu, 6 Januari 2010

PAK SHEIKH vs PASANGAN SEHATI BERDANSA

Perseteruan antara Pak Sheikh dengan "pasangan sehati berdansa" (gelaran yang diberi olehnya) dari Kelantan yang popular sejak belakangan ini dilihat tiada berkesudahan. Terbaru, beliau menulis tentang beberapa dakwaan yang menarik untuk menggamit respons daripada pasangan tersebut.

Persoalannya, benarkah apa-apa yang dinyatakan oleh Pak Sheikh itu? Jika tidak benar, maka pasangan terbabit perlu menyelesaikan kemelut itu dengan orang yang terlibat atau sila saman sahaja Pak Sheikh itu jika gagal menyelesaikannya dengan cara baik. Jika hanya berdiam diri, maka apa-apa yang didakwa itu akan dianggap benar oleh pembaca.

Antaranya, Pak Sheikh mendakwa:
Antara tuduhan yang dibuat oleh Almenantunya terhadap Husam adalah seperti berikut :

Jika dakwaan yang ditulis itu benar, maka ambillah tindakan yang perlu untuk membetulkan kesilapan anda. Terpulanglah juga kepada tindakan orang yang anda "hentam", sama ada memaafkan atau mengambil tindakan terhadap anda.

Sebaliknya, ibarat jauh panggang dari api, TG Nik Aziz menyatakan bahawa:

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan... kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.


Siapakah yang benar?

Benarkah juga dakwaan bahawa pasangan sehati berdansa itu hanya berani "menghentam" orang di belakang tetapi tidak berani berbuat demikian di depan orang tersebut? Sila klik pautan ini untuk bacaan lanjut.

Yang pastinya, persoalan: Bilalah kemelut ini akan selesai sepenuhnya? sentiasa bermain-main di ruang legar kepala otak orang yang mengikuti kemelut ini.


Berkaitan:
* Husam sedia bersemuka dengan keluarga Nik Aziz

Selasa, 5 Januari 2010

Sepanduk Kutuk ARIFFAHMI di Kota Bharu!


Sumber: Jiwo Kelate

Apabila terjadi hal-hal yang sebegini, siapakah yang mahu dipersalahkan?

, ,

Rabu, 30 Disember 2009

Antara SAYANG dengan BENCI






Berkaitan:

,

Selasa, 29 Disember 2009

Apabila HUSAM Menulis Tentang KRONISME & NEPOTISME

Kiriman salin & tampal di bawah ini diambil dari blog Datuk Husam Musa. Bahagian permulaaan kiriman ini kurang menarik perhatian saya. Cuba baca bahagian yang diwarnakan dalam kiriman itu. Sekali baca, kebanyakan orang akan terus membuat interpretasi dan mengaitkan isu yang ditulis oleh Husam dengan kemelut yang berlaku di PMBK.

Selepas itu, timbul pula andaian: adakah Husam Musa mencari "nahas" menulis tentang hal itu? Persoalannya, salahkah beliau menulis tentang hal ini? Jangan terkejut jika ada yang menulis bahawa tindakan exco kanan ini salah. Dalam masa yang sama, banyak juga orang yang tertunggu-tunggu "serangan balas" yang bakal diterima oleh Husam terutamanya daripada srikandi Kelantan yang terang-terangan mencabar Husam meletakkan jawatannya sebagai exco di Kelantan baru-baru ini. Lebih menarik, timbul juga persoalan, berkuburkah karier politik Husam di Kelantan?

Bagi saya, kebenaran itu adakalanya terlalu pahit untuk diterima. Biarpun sepahit mana kebenaran itu, biarlah mereka yang terlibat menerimanya. Jika tidak diterima sekarang, pahit itu akan muncul semula ketika negara di ambang PRU ke-13 nanti. Pada waktu itu, mungkin peribahasa "nasi sudah menjadi bubur" sesuai untuk menggambarkan situasi yang bakal berlaku.

Saya petik:

[HUSAM MUSA] Malaysia mungkin dikenakan sanction atas penjualan enjin pesawat secara gelap. Kesan kepada ekonomi dan negara kita secara keseluruhan tentu amat besar. Kenyataan Balasubraniam yang tersebar menerusi internet mengenai isu PM-Altantuya, amat menjejaskan dan belum nampak formula mengatasinya. Imej Kerajaan kita terjejas teruk. PKFZ dan lubang hitam terbesar yang ditinggalkannya tak mungkin dapat ditutup dalam tempoh dekat. Hampir tumbangnya kerajaan pimpinan Najib gara-gara MP BN tuang sidang Parlimen semasa undian, tentulah menggerikan penyokong BN.

Lebih menakutkan kekurangan solid vote untuk Najib itu memang direstui oleh MP BN itu sendiri kerana dah malas.
Di peringkat antarabangsa, kita nampaknya belum mencapai standing terhormat seperti dulu.

Kerajaan seakan nampak tidak solid. Isu BTN sahaja, pimpinan utama berbelah bagi. Enjin jet, seakan terbahagi dua antara ingin mendedahkan dan ingin mendiamkan.

PM mungkin mengikuti jejak Pak Lah. Lebih banyak berdiam dari memberikan respon segera. PM seakan terpisah dari realiti. Beliau lebih memberi fokus terhadap agenda yang hendak ditonjolkan yang dirangka oleh penasihat strategik beliau dan pasif terhadap isu sebenar yang berbangkit saban hari. Beliau articulative ketika membincangkan agenda utopia rangkaan kumpulan penasihat dan seakan membiarkan isu sebenar bergerak sendiri.

Dalam setengah hal, kita mengulangi keadaan seakan kerajaan dipandu secara auto pilot dalam urusan seharian kerana pimpinan sibuk menyiapkan gagasan utopia untuk dijadikan gula-gula. Banyak keadaan terkunci pada mode lama, termasuk SOP urusan diplomatik dan luar negara.

Belum dibincangkan susunan parti-parti komponen.

Keadaan nampaknya kritikal.

Peluang untuk rencana perubahan mengambil tempat lebih kukuh terbuka luas.

Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak. Kemucut-kemucut sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan.

Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan state matters. Bukan sahaja legally, tetapi juga morally.

PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.

Antara isu yang sukar ditepis oleh Dr. Mahathir ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan. Isu bail out syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini. Anaknya yang lain, Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur dari dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisma Mahathir sekitar awal 1990an.

Abdullah Badawi sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau. Beliau berjaya membawa UMNO/BN menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004.

Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya, Scomi mula menikam politik beliau. Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik KJ, Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat.

Anak dan menantu atau keluarganya, gagal mempertahankan beliau. KJ telah berkhidmat secara langsung dengan Pak Lah melalui jawatan di Tingkat Empat, yang tak lama kemudian ditentang hebat termasuk oleh ahli UMNO sendiri.

KJ kemudian memperolehi saham ECM Libra, yang menjadi isu hangat.

Sekalipun KJ melepaskan jawatannya di Tingkat Empat dan menjual sahamnya dalam ECM Libra, namun Pak Lah terus dikaitkan dengan KJ dan anaknya Kamaludin dalam banyak perkara.

KJ berada di belakang semua keputusan Pak Lah - dalam minda hampir semua orang.

Namun, politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.

Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest.

A'isyah memberi pendapat kepada suami baginda bahawa ayahandanya Abu Bakar seorang yang penghiba dan tidak perlu dilantik menggantikan Rasulullah sebagai imam solat yang dikira penting. Rasulullah s.a.w meneruskan hasrat baginda. A'isyah memberikan pandangan itu atas kepentingan awam dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri.

Salah seorang isteri Rasulullah memberikan idea Rasulullah mesti memulakan tahalullul sebagai penyelesaian terhadap keengganan sesetengah sahabat menerima terma perjanjian Hudaibiyyah dan idea ini diterima dan berjaya.

Namun, sampai kepada isu monetary gain, rule of law dan isu governance yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan. Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapai melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukukan oleh baginda sendiri.

Batas inilah yang perlu dipelihara ketika madsyarakat sedang tertunggukan kebangkitan yang solid tanpa kecelaruan sedangkan kecelaruan tersebut boleh dielakkan.

Sabtu, 26 Disember 2009

ORANG LAIN PUN HENDAK TAHU JUGA!

Kata Pak Bakaq:
Saya juga ingin melihat suami Nik Amalina, Abdul Ariffahmi Ab Rahman menulis blog mencurahkan khazanah pengalamannya yang tentunya melimpah-limpah. Oleh kerana pertemuan yang begitu singkat baru-baru ini, saya tak sempat meneroka kekayaan pengalaman beliau walaupun berkali-kali beliau memberitahu saya bahawa beliau mempunyai pengalaman sebagai jurutera selama 15 tahun, mempunyai MBA dan ada PE (kira boleh panggil Ir la).

Ariffahmi dilahirkan pada 3 April 1973.


Bukan sahaja Pak Bakaq yang berminat hendak mengetahui khazanah pengalaman menantu kontroversi Tok Guru, saya malah banyak lagi orang lain ingin mengetahui pengalamannya itu.

Bagaimana pula tentang hal yang dibangkitkan oleh Pak AlHusseyn? Katanya:

Ariffahmi inilah sebenarnya 'pekong'. Apabila geng bloggers diatas atau dikenali Geng Ustaz Pill Kuda sudah tidak layan Ariffahmi, dia pun cuba pula untuk membeli 4 orang bloggers di Restoran Taqwa dekat Gombak tetapi misi dan cubaannya itu hampa dan gagal. ( mission unaccomplished !)

Sila nafikan, jika tidak benar. Sudah nafikan? Tetapi mengapa pula timbul cerita dalam kiriman di atas dan pautan di bawah ini!

Berkaitan:
* Kenapa Ariffahmi Nafikan?

,

Khamis, 24 Disember 2009

LANTANG NIK AMALINA TIDAK BERBISA

Banyak orang yang berpendapat bahawa Nik Amalina wajar berblog. Itu hak demokrasi dia sebagai rakyat Malaysia. Ada juga orang yang kurang senang dengan langkah yang diambil oleh Nik Amalina. Secara peribadi, berblog ialah hak demokrasi Nik Amalina. Saya boleh berblog, dia pun boleh berblog, semua orang boleh berblog. Sewajarnya, tiada sesiapa pun yang berhak mempertikainya. Yang boleh dipertikaikan oleh orang ramai ialah kandungan tulisannya, sama ada tulisannya itu baik untuk dirinya, mahupun keluarganya, ataupun parti yang diwakili oleh mungkin keseluruhan ahli keluarganya.

Agak menarik apabila membaca kirimannya bertarikh 23/12. Katanya: Tiada niat untuk saya menyerang, tapi ada benarnya jika saya mengambil sedikit rasa di jiwa ini untuk menerang. Jangan diulangi pendirian yang sama andai dilain masa ada pula fitnah baru tercipta. Ada benar sepatutnya mana-mana empunya diri yang terfitnah itu dipanggil untuk membela diri, bukan hanya mendapat maklumat yang kiranya ia masih lagi boleh dipertikaikan. Jangan pula dibiar bebas si penyebar fitnah, berbuatlah sesuatu agar fitnah itu tidak terus menjadi bebanan kepada Jamaah Islam. Nik Amalina menyatakan sesiapa yang telah difitnah agar bangun membela dirinya dan dia juga menyatakan bahawa penyebar fitnah itu perlu dihentikan dan dibawa ke muka pengadilan (mungkin itu maksudnya). Katanya lagi, berbuatlah sesuatu agar fitnah itu tidak menjadi beban kepada Jamaah Islam. Dalam kemelut yang dihadapi oleh suaminya dalam isu PMBK, Nik Amalina ada menegaskan bahawa suaminya telah difitnah, oleh itu seperti yang saya tulis tempoh hari, mengapa sehingga sekarang tiada tindakan dibuat untuk menyaman pihak yang dikatakan menyebarkan fitnah terhadap Ariffahmi? Beban untuk mengambil tindakan ini sudah tentu letaknya di atas bahu Nik Amalina dan keluarganya, justeru apalah guna berkata demikian di blognya jika dia sendiri belum berbuat demikian?

Katanya lagi: Masih lagi saya ingat, ada pimpinan mengatakan ini urusan keluarga, biarlah Tok Guru menyelesaikannya. Saya terfikir, bijakkah kenyataannya itu? Ini urusan kerajaan, YB. GLC adalah Kerajaan, dan Tok Guru juga adalah Kerajaan. Jika ia urusan keluarga, sepatutnya bila saya ‘bangun’, jangan pula ada yang melatah. Kalau ada yang melatah, boleh kiranya saya berkata, semuanya mahukan publisiti murahan, sebagaimana yang saya dapat! Waktu sepatutnya buka mulut, semuanya bisu. Waktu sepatutnya bisu, apa yang anda semua telah buat? Jangan hanya pandai bercakap sepatutnya begitu, sepatutnya begini, tapi bertindaklah. Kurangkan bercakap, banyakkan bertindak. Gunapakai semua mekanisme yang terbaik untuk buat yang lebih baik kepada parti. Kalau diperhatikan pada perenggan ini Nik Amalina mungkin terlepas pandang tindakan yang telah diambil oleh pimpinan parti ayahandanya. Oleh sebab sayang akan ayahandanya dan parti yang didukung oleh ayahandanya serta kerajaan yang diterajuinya, maka ada beberapa ahli PAS telah menyatakan bahawa suaminya, Ariffahmi wajar meletakkan jawatan selepas kemelut yang melanda PMBK heboh diperkatakan di media massa baik di media cetak, mahupun di blog atau di laman berita internet. Nasihat dan pandangan sudah diberi, tindakan selanjutnya terpulanglah kepada budi bicara tuan empunya badan untuk menilai dan mengambil inisiatif untuk bertindak. Jika tidak silap Presiden, pemimpin kanan, malah ada ahli Parlimen menasihati Ariffahmi agar meletakkan jawatan kerana tidak mahu pelantikannya itu menjejaskan imej dan mengelakkan persepsi buruk masyarakat terhadap bapanya. Alhamdullilah, nasihat itu diturutinya, namun timbul pula persoalan, mengapa tempoh yang diambil memakan masa selama tiga bulan? Sekadar mematuhi prosedur atau ada faktor-faktor lain untuk beliau mempertahankan tindakannya itu?

Secara peribadi, perletakan jawatan Ariffahmi ini wajar kerana kerajaan pimpinan PAS sebelum ini sering mengkritik BN kerana mengamalkan kronisme dan nepotisme. Oleh itu, kurang bijaklah jika Tok Guru yang saya sanjungi melantik Ariffahmi, menantunya mengepalai GLC milik kerajaan negeri. Walaupun Tok Guru mengaitkan tindakannya itu dengan keluarga Rasullulah SAW, tetapi dari segi persepsi, politik, dan ditambah pula tuduhan serta kontroversi yang masih belum terjawab sepenuhnya telah mencalar imej Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS. Oleh itu, slogan "kurangkan bercakap, banyakkan bertindak" wajar juga diambil oleh Ariffahmi bagi mengembalikan dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinan mentuanya. Soal keyakinan rakyat, kita bukan hanya bercerita tentang respon rakyat Kelantan, tetapi dalam hal ini, mereka harus melihat respons keseluruhan rakyat pelbagai kaum yang sedang menilai kepemimpinan Pakatan Rakyat.

Katanya lagi: Jagalah Kerajaan Pas Kelantan yang ada hari ini sebaiknya. Sayangilah sepenuh hati. Jangan melihat sebelah mata bahawa saya hanya mempertahankan suami, tapi bukalah mata seluasnya, politik itu licik, hanya yang bijak mampu merubah segalanya. Kenapa harus Tok Guru saja yang bangun mempertahankan setiap apa yang berlaku. Bangunlah juga wahai pimpinan. Tunjukkanlah juga bahawa anda bersatu, buktikan dengan tindakan jangan hanya suara dari belakang yang anda juga menyanyangi Tok Guru, dan sudah tentu Kerajaan Islam hari ini. Hal ini turut dilaporkan oleh Malaysia Kini. Sila klik 'Mengapa bapa saya saja pertahan PAS?' untuk bacaan lanjut. Tepatkah persoalan "Mengapa Tok Guru sahaja yang pertahankan PAS? Bukankah dalam konteks ini, maafkan saya jika tersilap, pernyataan tersebut bermaksud "Mengapakah Tok Guru sahaja yang pertahankan Ariffahmi/kemelut di PMBK?"?

Apa-apapun baguslah jika Nik Amalina memahami bahawa "politik itu licik". Jika dia benar-benar memahaminya, maka terimalah kenyataan bahawa suaminya perlu meninggalkan PMBK kerana jika tidak, isu ini akan dimainkan oleh musuh politik parti ayahandanya pada pilihan raya umum akan datang. Tidak percaya? Jika dia tidak percaya maka saya berpendapat bahawa dia belum lagi benar-benar memahami bahawa "politik itu licik"!

, ,

Selasa, 8 Disember 2009

Kritikan terhadap Luahan NIK AMALINA


[MALAYSIA KINI] Penglibatan anak perempuan menteri besar Kelantan dalam pertembungan terbuka antara suaminya dan blog Kickdefella kini mengundang lebih banyak kritikan terhadap kepemimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Blog-blog yang anti-pembangkang mengambil kesempatan daripada isu tersebut dengan mengaitkannya dengan amalan nepotisme, sekali gus cuba menggambarkan kelemahan kepimpinan menteri besar itu.

Blog Ruang Bicara Faisal menyifatkan keluarga Nik Aziz sekarang umpama "cacing kepanasan" sehingga menyebabkan anaknya Nik Amalina, yang tidak pernah bersuara, menghantar luahan rasanya di blog wakil rakyat PAS Dr Siti Mariah Mahmud.

Sebagai reaksi kepada tulisan 'Kesetiaan dan pengorbanan seorang isteri' hujung bulan lalu, blog itu berkata tulisan Nik Amalina menimbulkan rasa pelik kerana seolah-olah ahli keluarga Nik Abdul Aziz "kehilangan sesuatu yang berharga" apabila suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman tidak lagi menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Walaupun meloyakan, tetapi saya tetap berterima kasih kepada Nik Amalina dan juga Dr Mariah kerana mencelarukan lagi keadaan PAS serta memudahkan kerja kami (menyerang parti itu)," coret penulisnya dalam artikel 'Keluarga Nik Aziz dah jadi cacing kepanasan'.

Sementara blog Masterdedah pula menyifatkan penulis Kickdefella Syed Azidi Syed Abdul Aziz – musuh Abdul Ariffahmi – sebagai "petugas bawah tanah" kepada exco kanan Kelantan, Datuk Husam Musa yang didakwa berdiam diri kerana tidak mahu dilihat anti-keluarga Nik Aziz.

"Petugas underground (bawah tanah) ini tidak difahami tugasnya oleh (Abdul) Ariffahmi. Inilah jadinya kalau seorang yang ditugaskan untuk gerak saraf berpaling tadah.

"Tentulah ini tidak akan difahami oleh Nik Amalina yang hanya tahu sebagai isteri Ariffahmi," coretnya.

Blog Warisan 2057 pula mengkritik Nik Amalina yang dikatakan gagal memahami isu nepostisme yang melibatkan ahli keluarganya.

"Dengan sebab itu Nik Amalina gagal mengupas isu tersebut melainkan bermain retorik (dan) melayan emosinya sahaja.

"Untuk menyedapkan permainannya, dia mengait-ngaitkan dengan ajaran Islam. Macam orang lain tidak mengaji," kata penulisnya, yang memperkenalkan diri sebagai Proharakah.

Blog itu juga mendakwa, luahan perasaan Nik Amalina itu dengan sendirinya "memberi pengakuan, tanpa keraguan yang munasabah" bahawa Nik Abdul Aziz "dengan sengaja, bersungguh-sungguh mengamalkan kronisme" dengan melantik Abdul Ariffahmi.

Ia membuat andaian itu berdasarkan tulisan Nik Amalina yang menyebut, pelantikan suaminya disokong bapanya Nik Abdul Aziz selepas perkara itu disuarakan sebanyak empat kali.

"Jadi kesimpulan akhirnya saya tidak nampak langsung hujah Nik Amalina yang dapat kita kaitkan dengan peranan keluarga ustaz ini (Nik Abdul Aziz) untuk agama, bangsa dan tanahair.

"Semata-mata berkisar pada kepentingan keluarga sahaja," kata penulisnya.

Sementara dalam blog yang tidak jelas pendirian politiknya Dunia Cacamarba, penulis Tayadih Maysia menyarankan Abdul Ariffahmi menyaman Syed Azidi bagi membersihkan diri dan nama bapa mertuanya.

"Orang ramai tertanya-tanya dan berasa agak pelik kerana sehingga kini masih belum kedengaran Tuan Sheikh (Syed Azidi) disaman oleh tuan badan yang dikatakan difitnah oleh Tuan Sheikh," katanya.

Syed Azidi turut dikenali sebagai Sheikh di kalangan teman-teman rapatnya.

Dalam artikel 'Saman sahajalah Tuan Sheikh itu', Tayadih Maysia hanya menyindir Nik Amalina dengan berkata:

"Banyak bercakap memberikan peluang kepada orang ramai menilai keperibadian dan perwatakan anda sebagai orang yang baik-baik."

Blog Kelab Greenboc pula berkata, Dr Mariah yang menyiarkan luahan perasaan Nik Amalina itu sepatutnya menasihatinya supaya mengadu kepada Nik Aziz sendiri daripada membiarkan anaknya itu "merapu-merapu".

"Sepatutnya YB Dr (Mariah) perlu menasihatinya bahawa ayahanda Nik Amalina sendirilah sepatutnya tempat mengadu.

"Ayahandanya seorang ulama disegani..., apa perlu Nik Amalina mengadu kepada orang lain tetapi membelakangkan ayahandanya sendiri?" coretnya semalam.

Blog itu turut mendakwa, Syed Azidi sebagai "orang yang dimusuhi" suami wanita itu, telah membawa bukti berhubung "gelagat dan perangai" Abdul Ariffahmi.

Abdul Ariffahmi dan Dr Siti Mariah ketika dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas berhubung artikel Nik Amalina dan juga penjelasan ahli parlimen PAS itu di blog tersebut.

,

Selasa, 1 Disember 2009

SAMAN SAHAJALAH TUAN SHEIKH TU!

Semasa terbongkarnya pendedahan tentang kemelut di PMBK beberapa kerat blogger menulis bermacam macam mempertikaikan tulisan Tuan Sheikh. Sehingga ada yang mendakwa bahawa ada barisan blogger upahan untuk membuat serangan balas terhadap tulisan Pak Sheikh.

Selepas itu, anak TG Nik Aziz, Nik Abduh menulis tentang iparnya dan turut menyentuh tentang Pak Sheikh dalam kirimannya yang bertajuk abdul ariffahmi abdul rahman – moga awan berarak lalu. Surat khabar dan laman blog yang lain, jangan ceritalah, memang sensasi sejak tercetusnya isu ini. Sensasi untuk mempertahankan orang yang terlibat dalam kemelut ini dan sensasi untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap TG, PAS, dan sudah tentu PR.

Beberapa hari yang lalu isteri Ariffahmi pula menulis tentang hal ini. Di samping meluahkan isi hati, memuji suami sendiri anak TG, Nik Amalina ini turut "menghentam" Tuan Sheikh. Berbanding dengan saudara kandungnya, Nik Abduh, tulisan Nik Amalina, yang boleh dibaca di sini, lebih jelas menyentuh keperibadian dan keluarga Tuan Sheikh. Antara yang ditulisnya, "Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya."


Saya bukan penyokong Pak Sheikh, saya bukan pun kenal Pak Sheikh, malah siapa saya? Saya juga tidak layak untuk menghakimi lalu mengatakan "Kick That Fella" seperti yang ditulis oleh MSK. Saya juga bukan "orang yang MABUK" kerana mempercayai 100% tulisan Tuan Sheikh, saya juga tidak mempercayai 100% tulisan sesetengah blogger yang menjadi lidah Ariffahmi. Bagi saya, alangkah molek kedua-dua orang anak kesayangan TG ini "TUTUP MULUT" dan meminta ipar mereka mengambil tindakan SAMAN terhadap Tuan Sheikh jika pendedahan yang dibuatnya itu suatu FITNAH. Biarkan dia membersihkan nama diri dan bapa mentuanya yang sedikit banyak terkena tempias kemelut itu. Orang ramai tertanya-tanya dan berasa agak pelik kerana sehingga kini masih belum kedengaran Tuan Sheikh disaman oleh tuan badan yang dikatakan difitnah oleh Tuan Sheikh. Dalam hal ini, yang SALAH wajib dihukum, yang TERANIAYA wajib dibela.

Justeru, semua orang yang terlibat wajar berhenti "bersuara", selesaikan sahaja masalah anda semua di MAHKAMAH. Semakin banyak anda "bersuara" semakin terhakis kepercayaan orang terhadap TG serta parti yang saya sokong sejak pertama kali saya memahami frasa "pilihan raya" dan perkataan "politik" lagi. Malah, semakin banyak "bercakap" akan memberikan peluang kepada orang ramai MENILAI KEPERIBADIAN & PERWATAKAN anda sebagai orang yang baik-baik. Suarakanlah perkara yang anda yakin "salah" di tempat yang dapat menghakimi perkara tersebut dan seterusnya menjatuhkan hukuman kepada pihak yang salah.

Dalam keadaan semakin kalut dengan pelbagai teori konspirasi di sana sini serta kemelut yang masih belum reda, saya masih berpegang bahawa "Saya percaya TG tidak berkeperibadiaan begitu, kecuali perilaku ORANG-ORANG yang dikelilinginya yang mungkin mencemarkan nama insan yang saya kagumi ini."

Isnin, 23 November 2009

Menantu KONTROVERSI Letak Jawatan

Khabarnya, menantu TG Nik Aziz akan meletakkan jawatannya sebagai CEO di PMBK. Baguslah...kerana dalam hal ini saya bersetuju dengan Pak Bakaq:
Sama ada orang suka atau tidak, yang saya harapkan dalam masa terdekat ini ialah perletakan jawatan menantu Tok Guru Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad (PMBK). Saya tak tuduh dia jahat. Saya tak tuduh dia salah. Saya tidak mahu menghakimi budak itu.

Tetapi, dia mesti berundur untuk memperbaiki persepsi rakyat terhadap bapa mertuanya, Tok Guru Mursyidul Am PAS.


Berkaitan:
* [MK] Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau, exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

, ,

Sabtu, 21 November 2009

[Kemas Kini] HUSAM DEDAH KONSPIRASI MENJATUHKANNYA


Saya petik:

[TMI] Nov 20 - Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” akui beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi.

Pada Jun lalu, Husam yang dilihat sebagai ‘anak emas’ Nik Aziz, tewas dalam pertandingan merebut kerusi Timbalan Presiden PAS.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS disebut sedang timbang untuk menggugurkan Husam daripada Kabinet pentadbiran negeri ekoran isu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat sebagai Pengarah Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK) minggu lalu.

Syed Azidi, blogger Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.
PMBK kini diterajui oleh menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.

Semalam Syed Azidi mendakwa Nik Aziz telah meminta Ariffahmi yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ariffahmi yang turut mendakwa Syed Azidi cuba untuk memberi tekanan ke atas Nik Aziz.

Khabar angin mengenai langkah menggugurkan Husam sebagai Exco mula timbul ekoran dakwaan Syed Azidi bahawa Nik Aziz akan mengumumkan keputusan letak jawatan Ariffahmi, semalam.

“Saya tahu bahawa Tok Guru tidak akan berbuat demikian kerana beliau seorang pemimpin yang waras,” tambah Husam yang merupakan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun Husam juga enggan mengesahkan sama ada Ariffahmi merupakan individu di belakang dalam usahanya untuk menggulingkan beliau daripada kerajaan negeri.

“Mereka adalah pihak luar, berusaha untuk menyerang, tetapi sasaran mereka ialah Tok Guru dan kemudian mereka akan bergerak untuk menggulingkan kerajaan PAS,” kata Husam lagi.

Pemilihan PAS pusat Jun lalu juga memperlihatkan kewujudan kumpulan yang ‘memihak’ Nik Aziz dan juga puak menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Badan perhubungan PAS Kelantan dijadual mengadakan mesyuarat khas pagi esok dan dijangka membincangkan krisis terbaru di negeri itu.

The Malaysian Insider difahamkan kebanyakan ahli jawatankuasa perhubungan PAS Kelantan mahu Ariffahmi digugurkan dari sayap pelaburan negeri itu.

Bagaimanapun Setiausaha PAS Kelantan Zaki Ibrahim berkata mesyuarat esok adalah pertemuan biasa dan isu PMBK bukan salah satu agenda perbincangan.

“Perkara itu tidak timbul tetapi ahli jawatankuasa perhubungan bebas untuk bercakap mengenai isu itu (PMBK) dalam mesyuarat esok,” kata Zaki kepada The Malaysian Insider

Versi Asal:
* Husam claims conspiracy against him

Respons Kickdefella:
Saya akan merasa amat gembira jika Dato’ Husam tinggalkan Kerajaan Negeri Kelantan. Ini kerana semenjak 3 tahun saya mengenalinya saya dapat merasakan betapa penderitaan yang menimpanya dan keluarganya kerana sandiwara politik dalaman PAS Negeri Kelantan.

Tidak berada didalam Kerajaan dan tinggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam tetapi ia adalah malatpetaka buat PAS Kelantan dan rakyat yang memerlukan pembelaan.

Saya berani berkata, Kerajaan Negeri Kelantan sudah tidak berminat membela insan-insan kecil. Yang masih mempertahankan insan-insan kecil hanya dua tiga orang sahaja lagi di dalam exco Kerajaan Negeri dan Husam adalah seorang darinya.

Saya akan pertahankan Husam.

, ,

Rabu, 18 November 2009

Kata SYED KICKDEFELLA..."Berakhir Sebuah Episod"

Terlajak kerana saya pernah menyiarkan cerita tentang pertelingkahan ini, maka tidak adil jika tidak menyiarkan dalam blog ini sedikit kiriman terbaru Pak Syeikh. Sebenarnya, anda boleh membacanya di blog Pak Syeikh, namun tidak mengapalah jika saya memaparkan sebahagian daripada kiriman terbarunya tentang kemelut yang berlaku.

Apabila kemelut ini mula terbongkar, ada antara blogger yang menghentam Syed Kickdefella, malah ada juga yang menghentam Datuk Husam Musa dan Arifffahmi. Biarpun begitu, sebagai orang yang tidak tahu-menahu dalam hal ini, saya lebih gemar bersikap neutral. Tidak mahu berburuk sangka, tidak mahu juga menuduh perkara yang saya tidak tahu. Apa yang diharapkan, jika benar ada penyelewengan, maka orang yang bertanggungjawab, tidak kiralah sesiapa pun perlu dihukum.

Secara peribadi saya tidak tahu siapa yang salah, siapa yang benar. Namun kata Pak Syeikh:

Pada 17 November 2009, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah meminta Abdul Ariffahmi Bin Ab. Rahman melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Keputusan itu diambil Tuan Guru setelah menilai segala fakta dan hujah yang dibentangkan dihadapannya oleh semua pihak tidak kira Pimpinan PAS Pusat dan Negeri, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri dan juga Pegawai-Pegawai Tinggi Agensi-Agensi Kerajaan.
Ariffahmi bagaimanapun menolak permintaan Tuan Guru dan hari ini berlepas ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab yang tidak diketahui oleh sesiapa. Tidak ada sebab untuk Ariffahmi menolak permintaan Ketua Eksekutif Tertinggi Negeri Kelantan yang selama ini dijual dan diusung namannya sesuka hati Arrifahmi. Bagaimanapun saya yakin, Ariffahmi akan akhirnya menunaikan permintaan Tuan Guru yang kita sanjungi. Yang diperlukan oleh Ariffahmi sekarang adalah tempoh transisi.
Saya bersyukur kerana episod ini telah menampakkan penghujungnya..."
Kronologi kemelut antara Pak Syeikh dengan menantu TG Nik Aziz (versi Pak Syeikh) boleh diikuti berdasarkan pautan yang saya ambil di blognya:
* Sayang Laksamana Mati Dibunuh…
* Jangan Kambus Tipu Dengan Tipu
* Tauke Teng, Nudin Awang dan George Michael
* Selamatkan Tok Guru dan selanjutnya.

,

Khamis, 12 November 2009

Inikah "PENDEDAHAN" Yang Dimaksudkan Oleh Syed Kickdefella?


Saya salin dan tampalkan di sini dari SayNoToMunafiqeen. Adakah ini termasuk dalam perkara yang mahu didedahkan oleh Syed Kickdefella?

Pertama - Isu umrah


Umrah ini bukanlah atas usaha Ir Arifahmi tetapi lebih merupakan anugerah TG Hj Nik Aziz kepada seorang individu yang bertungkus lumus membantu kerajaan Kelantan untuk mewujudkan model perbankan Islam yang benar benar Islamik.

Individu ini dengan rela hati tanpa meminta sebarang bayaran telah sanggup untuk memperkenalkan PMBK kepada Kuwait Finance House di Kuwait bagi mendapatkan model perbankan Islam yang diamalkan di sana.

Sebagai balasan, kerajaan negeri Kelantan bersetuju untuk menaja kos umrah individu terbabit dan perkara ini diputuskan di dalam mesyuarat dan bukannya diputuskan di rumah oleh TG Hj Nik Aziz dan Ir Arifahmi.

5 orang telah berangkat ke Kuwait dan 3 orang daripadanya telah pulang ke Malaysia selepas selesai urusan perbincangan dengan Kuwait Finance House.

Dalam masa yang sama, TG Hj Nik Aziz sedang menunaikan umrah di Makkah dan individu terbabit berhajat untuk turut serta dengan TG Hj Nik Aziz di Makkah.

Adan orang berbudi, takkanlah Ir Arifahmi nak biarkan individu tersebut terbang berseorangan ke Makkah? Maka, atas dasar adab dan hormat, Ir Arifahmi menemani individu terbabit ke Makkah dan menunaikan umrah bersama sama dengan rombongan TG Hj Nik Aziz.

Isunya, kos umrah itu bukan dibuat secara peribadi tetapi dibuat di dalam mesyuarat dan diminitkan.

Jadi, tidak timbul soal penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan kewangan.

Wallahu a'lam.

Kedua - Isu memberikan tekanan kepada kakitangan yang mendedahkan penyelewengan kepada SPRM

Sebelum ini, kickdefella mendakwa dirinya dianiaya kerana beliau bukanlah individu yang menyalurkan maklumat kepada SPRM.

Tetapi, jika diteliti penjelasan kickdefella, beliau begitu membela kakitangan PMBK terbabit. Sekiranya beliau mendakwa kakitangan tersebut bukan beliau, kenapa beliau tidak dedahkan sahaja nama kakitangan tersebut kepada TG Hj Nik Aziz supaya namanya dapat dibersihkan?

Soalnya, bukan laporan yang dibuat kepada SPRM. Soalnya adalah laporan palsu serta tuduhan palsu yang dibuat kepada SPRM.


Ketiga - Isu dihalau daripada pejabat

Isu ini perlu dilihat dalam konteks keseluruhan dan bukan hanya dalam konteks kickdefella "dihalau" keluar daripada pejabat.

Secara ringkasnya begini : -

Pihak PMBK dan Persatuan Peniaga yang menaungi para peniaga di Pasar Besar MPKB pada awalnya telah bersetuju dengan syarat syarat pemindahan dan telah bersetuju untuk berpindah seperti mana yang telah diputuskan.

Namun, atas hasutan dan tangan tangan jahat kickdefella dan seorang Exco, para peniaga ini telah menuntut perkara baru yang tidak terkandung di dalam perjanjian awal.

Pihak yang mahu mencalarkan imej PMBK amnya dan imej Ir Arifahmi khususnya telah menghasut pihak peniaga untuk mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan PMBK atas alasan Ir Arifahmi enggan bertemu para peniaga.

Untuk pengetahuan, pada tarikh tersebut, Ir Arifahmi perlu menguruskan satu urusan melibatkan PMBK Sawit di Gua Musang dan meminta agar perjumpaan itu ditetapkan pada suatu tarikh yang lain.

Kesempatan ini telah diambil oleh Exco yang "tak sabar sabar untuk jadi MB Kelantan" untuk menerima "kunjungan" para peniaga terbabit. Exco ini dengan penuh angkuh membawa para peniaga ini ke Bilik Mesyuarat PMBK dan pencerobohan beliau ini telah dihalang oleh beberapa pihak.

Walaupun beliau seorang Exco, namun itu tidak bererti beliau boleh melakukan apa sahaja yang beliau suka di PMBK.

Walaupun telah dihalang, Exco terbabit telah berjaya masuk ke dalam Bilik Mesyuarat bersama sama lebih kurang 20 orang peniaga dan beliau sendiri telah mengunci pintu Bilik Mesyuarat daripada dalam.

Hasilnya, kickdefella dan beberapa orang peniaga lagi telah gagal masuk dan telah diarahkan keluar daripada bangunan PMBK.

Staff PMBK tidak pernah mengunci Bilik Mesyuarat tersebut seperti mana yang didakwa oleh pihak tertentu. Kickdefella pula bukanlah dihalau daripada pejabatnya tetapi dihalang masuk ke Bilik Mesyuarat PMBK atas alasan "onar" yang ingin dilakukannya.

Jadi, soal beliau dihalau ini tidak timbul sama sekali.


Keempat - Isu pejabat beliau diberikan kepada pegawai yang lain tanpa dimaklumkan kepada beliau.

Bilik itu sememangnya diperuntukkan kepada beliau dan beliau amat jarang masuk ke pejabat tersebut sejak zaman CEO PMBK yang lama lagi.

Sehubungan dengan itu, akibat daripada ruang yang terhad dan pertambahan beberapa orang pegawai, maka ruang pejabat beliau telah dikecilkan bagi memberi ruang pejabat kepada seorang pegawai baru.

Tidak lama selepas itu, oleh kerana kickdefella tetap tidak menunjukkan minat untuk hadir ke pejabat, maka ruang yang masih berbaki itu pun telah dijadikan ruang pejabat untuk seorang lagi pegawai baru.

Walaupun ruang pejabat beliau telah diberikan kepada pegawai baru dan kickdefella tetap tidak hadir ke pejabat, namun gaji kickdefella tetap dibayar dan tidak pernah tertunggak.

Hatta, walaupun kontrak beliau telah ditamatkan serta merta, namun baki gaji beliau yang berjumlah lebih RM20 ribu tetap dibayar menerusi sekeping cheque bertarikh 9 Nov 2009 yang dikepilkan bersama sama dengan surat penamatan kontrak yang diterima beliau.

,

Rabu, 11 November 2009

[Kemas Kini] SYED KICKDEFELLA ANCAM DEDAH...

Kickdefella mengancam untuk mendedahkan penyalahgunaan kuasa yang berlaku di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh menantu Tuan Guru Datuk Nik Aziz Bik Mat, Mohd Ariffahmi Abd Rahman dalam sidang media berkaitan dengan pemecatannya dari PMBK.

Sidang media ini adalah lanjutan pemecatan beliau sebagai Pegawai Perhubungan Korporat di PMBK dan cerita berkaitan dengan hal ini boleh dibaca di blog beliau: Penamatan Kontrak Serta-merta.

Yang menggerunkan apabila berita seperti yang dilaporkan oleh akhbar di bawah ini melibatkan Tuan Guru. Anda boleh membayangkan betapa hebatnya liputan yang akan dibuat oleh TV3, Utusan, dan sekutunya. Bukanlah marah kerana media ini melaporkan salah laku yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, tetapi pendedahan melampau akan dibuat seolah-olah kes ini sudah dihakimi oleh pihak mahkamah. Jika benar berlakunya penyelewengan, kita mahu orang yang bertanggungjawab dikenakan tindakan.

Hari ini sesetengah media sedang berpesta tentang Baiah Talak, maka esok bersiap sedia pula untuk berpesta tentang hal ini. Bercerita tentang pesta, sila baca kiriman Pak Alhusseyn untuk maklumat lanjut.

Benar atau tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa serta kepincangan kewangan di PBMK, isu ini bakal dilondehkan oleh pelbagai pihak, imej Tuan Guru pasti tercalar dan BN sudah tentu akan mengeksploitasinya sebaik-baik mungkin. Dengan pelbagai kepincangan yang berlaku (walaupun kepincangan yang sama turut berlaku di seberang sana, namun dengan penguasaan media dan mood terkini, kelebihan berpihak di pihak sana), mudah-mudahan PM tidak membubarkan Parlimen dalam masa terdekat, jika ya, sayonara PR. Tunggu pendedahan selanjutnya. Kalau tidak, sanggupkah Syed Kickdefella dicop penipu?

[MSTAR] Pegawai perhubungan korporat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dipecat, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bernekad untuk mendedahkan apa yang sebenarnya telah berlaku di perbadanan itu khususnya tentang kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa.
PMBK diketuai oleh Mohd Ariffahmi Abd Rahman yang juga menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Syed Azidi, yang menyertai perbadanan itu pada 2007, menerima surat pemecatannya yang ditandatangani oleh Mohd Ariffahmi semalam (Selasa) kerana dituduh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku pengurusan di PMBK.
Beliau juga didakwa telah berkonspirasi dengan Barisan Nasional (BN) dalam hal ini.
Bercakap dalam satu sidang akhbar yang diadakan di hadapan pejabat perbadanan itu di Jalan Kuala Krai di sini hari ini, Syed Azidi menuntut perletakan jawatan Mohd Ariffahmi sebagai ketua pegawai eksekutif PBMK demi menjaga nama baik Nik Abdul Aziz sebagai ketua pentadbir negeri.
“Ada banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku di sini telah pun berlaku dan semua ini terpaksa disenyapkan hanya kerana beliau adalah menantu kepada menteri besar,” dakwa Syed Azidi.
“Dan kini memandangkan saya telahpun dipecat oleh Mohd Arrifahmi, saya bebas untuk mendedahkan apa yang telah berlaku di PBMK, yang telah memalukan menteri besar, Kerajaan PAS Kelantan dan juga Islam,” katanya lagi.
(Lagi Berita Menyusul Kemudian...)

RESPONS Mohd Ariffahmi Abd Rahman:

[MALAYSIA KINI] Pemecatan seorang pegawai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kelmarin tiada kena-mengena dengan dakwaan salah guna kuasa dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) itu, kata ketua pegawai eksekutifnya.

"Dia (Syed Azidi Syed Abdul Aziz) tidak masuk pejabat.

"Dia tidak laporkan kerjanya kepada saya, dia tidak pernah pohon cuti. Dia tidak pernah tunjuk cuti sakit," kata Mohd Ariffahmi Abd Rahman.

"Jadi kita putuskan, kita tidak perlu lagi orang macam ini dalam PMBK."

Mohd Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diminta mengulas sebab sebenar pemecatan Syed Azidi setelah GLC itu dikunjungi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) baru-baru ini.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH