PAK SHEIKH vs PASANGAN SEHATI BERDANSA
Perseteruan antara Pak Sheikh dengan "pasangan sehati berdansa" (gelaran yang diberi olehnya) dari Kelantan yang popular sejak belakangan ini dilihat tiada berkesudahan. Terbaru, beliau menulis tentang beberapa dakwaan yang menarik untuk menggamit respons daripada pasangan tersebut.
Persoalannya, benarkah apa-apa yang dinyatakan oleh Pak Sheikh itu? Jika tidak benar, maka pasangan terbabit perlu menyelesaikan kemelut itu dengan orang yang terlibat atau sila saman sahaja Pak Sheikh itu jika gagal menyelesaikannya dengan cara baik. Jika hanya berdiam diri, maka apa-apa yang didakwa itu akan dianggap benar oleh pembaca.
Antaranya, Pak Sheikh mendakwa:
Antara tuduhan yang dibuat oleh Almenantunya terhadap Husam adalah seperti berikut :
- Husam mempengaruhi Bapa Mertuanya menggunakan blogger Kickdefella dalam usaha jahat Husam menjatuhkannya sebagai CEO PMBK. (Saya amat berharap Ariffahmi berani untuk mengulangi tuduhan ini dikhayalak umum atau kepada pihak media)
- Tindakan Husam itu dikatakan kerana Husam gagal mempengaruhi Ariffahmi dan menggunakan Ariffahmi untuk kepentingan peribadi Husam iaitu mengumpul kekayaan. (Pada pendapat saya, Ariffahmi yang gagal mempengaruhi Husam untuk menutup mata diatas segala kepincangan pentadbiran PMBK dibawah Ariffahmi).
- Anak syarikat PMBK iaitu PMBK Sawit yang dipengerusikan oleh Husam mengalami kerugian teruk kerana Husam menggunakan sumber kewangan PMBK Sawit untuk tujuan politiknya dan peribadi serta membayar kroni-kroninya dengan gaji yang amat tinggi. (Kakitangan kerajaan negeri akan ketawa besar mendengar tuduhan ini kerana PMBK Sawit sajalah sebenarnya yang membawa keuntungan berbanding lain-lain anak syarikat PMBK. PMBK Sawit jugalah yang ‘menyara’ PMBK).
- Husam hanya pandai lancar program tetapi semua gagal dan PMBK terpaksa menanggung kegagalan itu dan antara yang dimaksudkan sebagai gagal ialah projek Skim Takaful Kifaalah Warga Emas. (Skim Takaful Kifaalah adalah satu skim yang berjaya memenangi hati dan perasaan rakyat Kelantan sehingga membawa kemenangan besar kepada PAS dalam PRU12 yang lalu, kini skim tersebut menjadi ikutan dibeberapa buah negeri).
- Husam didakwa menerima rasuah daripada Tamrin bin Ghafar (Tamrin sendiri menafikan hal ini pada Ariffahmi tetapi Ariffahmi terus dengan dakwaannya).
Sebaliknya, ibarat jauh panggang dari api, TG Nik Aziz menyatakan bahawa:
“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan... kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.
Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”
Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”
“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.
Siapakah yang benar?
Benarkah juga dakwaan bahawa pasangan sehati berdansa itu hanya berani "menghentam" orang di belakang tetapi tidak berani berbuat demikian di depan orang tersebut? Sila klik pautan ini untuk bacaan lanjut.
Yang pastinya, persoalan: Bilalah kemelut ini akan selesai sepenuhnya? sentiasa bermain-main di ruang legar kepala otak orang yang mengikuti kemelut ini.
Berkaitan:
* Husam sedia bersemuka dengan keluarga Nik Aziz
Salam,
Comment by anakmuaallaf @ Rabu, Januari 06, 2010 8:34:00 PGTak kan macam tu ..YB Husam tu kan tink tank kelantan..
Hanya orang yang biasa bekerja dengan Husam sahaja yang tahu bagaimana cara dia bekerja...