VIDEO HINA AGAMA - Jangan Bermain dengan Api!
Sebuah video memaparkan sekumpulan remaja (mungkin bukan Islam) mempersendakan pergerakan solat umat Islam sambil melaungkan perkataan Allahhuakbar dan frasa dalam azan dengan cara terjerit-jerit dan amat-amat kurang ajar.
Beberapa orang rakan mereka yang lain kelihatan gelak ketawa sambil menonton aksi kurang ajar tersebut. Seorang remaja perempuan merakamkan aksi kurang ajar rakan-rakannya itu.
Di akhir rakan video itu kedengaran salah seorang daripada budak kurang ajar itu berkata "...now i love k*******, no more m*****, m***** is hanyalah sesat, macam you". Lokasi kurang jelas, mungkin di sebuah rumah ibadat bukan Islam atau di sebuah dewan besar.
Kalau pelajar yang mengancam gereja di Facebook dikenakan tindakan, apatah lagi gelagat budak-budak kurang ajar dalam video ini. Tolonglah ambil tindakan segera kerana perbuatan seperti itu amat-amat menyakitkan hati dan mampu menjejaskan hubungan antara kaum yang menganut pelbagai agama di negara ini. Lebih malang lagi, perlakuan kurang ajar itu dilakukan oleh remaja belasan tahun yang masih bersekolah.
Tonton video itu di sini.
Semoga kita tidak hilang kewarasan dan pertimbangan akal dalam menghadapi dan menangani sesuatu isu, baik isu negara mahupun isu sensitif yang melibatkan kaum dan agama. Mudah-mudahan, insya-Allah.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.