Sebelum Ini Minyak, Gula, Kini MINYAK MASAK Pula
Tahniah kepada pendokong slogan 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Tahniah juga kepada penyokong "UMNO Juara Rakyat". Jutaan terima kasih juga kepada pengundi BN. Sokongan anda semua merealisasikan berita di bawah ini:
Subsidi minyak masak dimansuh
KUALA LUMPUR: Selepas pemansuhan subsidi roti dan pengurangan subsidi gula, kerajaan mungkin membatal atau menurunkan subsidi minyak masak.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan sedang menyemak kadar subsidi minyak masak yang dianggar menelan belanja kira-kira RM1 bilion setahun.
"Kita sudah mulakan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengenai subsidi minyak masak ini sejak akhir tahun lalu," katanya yang enggan mengulas sama ada subsidi minyak masak akan mengalami perubahan.
Harga minyak masak bergantung kepada harga komoditi itu di pasaran antarabangsa, yang mencatatkan purata RM2,500 satu tan berbanding RM2,800 satu tan tahun lalu tetapi tahun ini, penganalisis pasaran meramalkan peningkatan sehingga RM2,600 satu tan.
Kemas Kini 19/1:
* Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk F1
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.