AMARAN BISKOP: Eropah Bakal DiIslamkan
[HM] Biskop Prague, Miloslav Vlk (gambar) memberi amaran kemungkinan Eropah bakal diIslamkan jika penganut Kristian tidak kembali ke ajaran sebenar.
“Eropah tidak lagi mengamalkan asas ajaran sebenar yang mampu menangkis penyebaran Islam yang kini semakin nyata di benua ini.
“Jika Eropah tidak berubah dan kembali kepada asas Kristian, ia akan diIslamkan,” kata Vlk, 77, yang dilantik sebagai Biskop Prague oleh Paus John Paul II pada 1991.
Beliau mendakwa penghijrahan imigran dan kadar kelahiran tinggi penganut Islam menyebabkan mereka mampu mengisi kekosongan jiwa akibat tindakan penganut Kristian Eropah yang melupakan asas ajaran agama itu dalam hidup mereka.
“Pada era moden, Islam gagal menawan Eropah dengan menggunakan senjata, mereka tewas kepada angkatan Kristian.
“Namun, mereka menakluk Eropah melalui kerohanian yang kini amat tipis di kalangan penduduk Eropah manakala penganut Islam pula tebal dengan senjata ini.
“Kejatuhan Kristian di Eropah kini semakin hampir,” katanya lagi.
Vlk yang dipenjara rejim komunis negara itu yang diguling pada 1989 meletak jawatan dua tahun lalu pada usia 75 tahun, selari dengan peraturan gereja tapi khidmatnya dilanjutkan Paus Benedict XVI. Menurut media Czech Pengganti Vlk akan dinamakan minggu ini. - AFP
Berkaitan:
* Cardinal Vlk warns of ‘Islamization’ of Europe, calls for return to Christianity
Kiamat semakin dekat
Comment by geraugebang @ Khamis, Januari 07, 2010 4:06:00 PTG