Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Selasa, 12 Januari 2010

Respons The UNSPINNERS kepada DUNIACACAMARBA


Artikel di bawah ini adalah respons pemilik blog berkenaan terhadap artikel "Fitnah Hangat di Blog Anti-Anwar" yang disiarkan dalam DUNIACACAMARBA sekitar bulan Disember lalu.

Sila klik pautan-pautan yang disediakan pada artikel itu untuk membaca artikel penuh di blog-blog tersebut. Kemudian, anda nilaikanlah sendiri.

Secara ringkasnya, "fitnah" mengikut Kamus Dewan bermaksud tuduhan (khabar, kisah dll) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang dan lain-lain. Jadi, perkataan "fitnah" boleh menjadi suatu "perbuatan" dan pada masa yang sama boleh juga digunakan sebagai suatu "cerita, kisah, khabar".

Dalam kiriman saya tempoh hari, saya tidak menuduh sesiapa pun memfitnah kerana perkataan "memfitnah" (perbuatan) dan "fitnah" (cerita, kisah) jauh berbeza maksudnya. Saya tidak menulis "si polan itu memfitnah Anwar.... Saya cuma katakan fitnah tentang Anwar hangat diperkatakan dan dipautkan di blog-blog tertentu dan membuat perbandingan dengan respons daripada pihak lain.

Menarik membaca tentang Rosmah dalam respons di bawah. Sekadar mencetuskan persoalan/kemusykilan, jika seseorang yang mengaitkan Rosmah dengan sesuatu perbuatan jenayah lalu melarikan diri itu mungkin berbohong, bagaimana pula dengan berita di akhbar Liberation Perancis yang mengaitkan secara jelas orang-orang tertentu dengan pembunuhan kejam warga Mongolia yang hangat diperkatakan sehingga kini? Jika fitnah, mengapa tiada seorang pun yang dikaitkan dalam berita itu menyaman akhbar tersebut dan bermacam-macam lagi akhbar lain di seluruh dunia?

Terima kasih atas respons & "tunjuk ajar" anda semua di The Unspinners.

The UNSPINNERS:




Tulisan The Unspinners dan lain-lain blog yang mengungkit isu anak yang bernama Fara Hafifah binti Mohd Azmin (bukan Afifa atau Afifah) dituduh sebuah blog bernama Dunia Cacamarba sebagai usaha Blog Anti-Anwar untuk memfitnah.

Kononnya semua ini bersumberkan cerita lapuk. Apa salah cerita lapok kalau betul? Lagipun blog-blog ini menimbulkan sesuatu yang musykil. Menimbulkan kemuykilan belum dikatakan fitnah.

Kalau dikatakan sesuatu yang tiada bukti itu disimpulkan sebagai fitnah, pemikiran anak ini cacamarba.

Secara hakiki, sesuatu itu fitnah apabila ianya sesuatu pembohongan. Contoh baik fitnah adalah Rosmah dituduh menyaksikan pembunuhan Altantunya dan buktinya hanya Statutory Declaration seseorang yang mengatakan ada orang beritahu dia. Orang itu cabut lari dari memberi bukti.

Dalam usaha Cacamarba nak mempertahankan Anwar, dia hanya menyebut kata-kata pujian dua ulamak yang hanya mengenali Anwar dari facade yang ditunjukkannya dan urusan yang mereka terlibat. Mereka tidak mengenal Anwar dari segi politiknya, peribadinya, dan urusannya.

Tak susah nak faham perkara ini. Ianya satu kemusykilan yang perlu disiasat dan dijawab. Tidak salah untuk disiasat kembali. Tidak salah budak ini dibuat ujian DNA dengan betul.

Baca petikan latarbelakang dari AIDC sini.
Kes ini bermula daripada pendedahan Dato Khalid Jafri (arwah) melalui bukunya, "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM". Anwar sendiri membuat laporan polis supaya menangkap penulisnya yang dituduh sebagai fitnah. Hasil siasatan polis mendapati laporan dalam buku ini ada asasnya dan mendakwa Anwar ke mahkamah sehingga Anwar dijatuhi hukuman bersalah dan dipenjara selama 6 tahun di Sungai Buloh.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwa berjaya membuktikan tanpa keraguan, terdapatnya hubungan intim dan salah laku seksual antara Anwar dan Shamshida,di Tivoli Villa. Bukti yang paling kukuh yang tidak disangkal oleh Anwar adalah laporan kimia daripada Lim Koon Boon.

Dalam perbicaraan itu juga, Musa Hassan, pegawai penyiasat Anwar (sekarang Ketua Polis Negara) mendedahkan di mahkamah bahawa Anwar telah campur tangan beberapa kali untuk menutup kes itu terus disiasat.

Kali pertama, pada 30 Ogos 1997: Anwar telah mengarahkannya supaya menghentikan siasatan lanjut mengenai surat layang berkaitan salah laku seks dan homoseksualnya bertajuk ''Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim''. Arahan Anwar kepada Musa itu dibuat di hadapan Datuk Ismail Che Rus dan Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri. Klik di sini

Kali kedua, pada 2 September 1998 (pada hari yang sama Anwar dipecat daripada UMNO) : Musa Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi beliau telah dipanggil oleh Anwar ke pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri kira-kira pukul 12.20 tengah hari pada 2 September 1998. Dalam pertemuan itu, menurut Musa, Anwar menyatakan kepada beliau, apa gunanya beliau memanggil saksi-saksi untuk merakamkan pernyataan mereka kerana Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar telah menulis surat kepadanya menafikan tohmahan-tohmahan kegiatan seksual dan homoseksual yang dilakukannya. Klik di sini

Semasa perbicaraan itu, Musa Hassan juga turut menyatakan kekecewaannya kerana Anwar telah mengarahkannya supaya tidak membawa kanak-kanak (Afifa) ke Bukit Aman untuk diambil sampel darah, sebaliknya menerima apa sahaja darah yang diberikan oleh Shamshida.

Di kalangan inner circle Anwar (setakat ini penama itu perlu dirahsiakan) mengetahui Shamshida telah membawa Farah Shazliyana (anak sulongnya) dan bukannya Farah Afifah (kanak-kanak yang sepatutnya diambil sampel darah) ke klinik kenalan Anwar Ibrahim. Sampel darah Shazliyana itu telah diserahkan Shamshida kepada pihak polis.

Inner circle Anwar itu turut mendakwa mereka mempunyai bukti nama doktor dan alamat klinik yang telah pemalsuan pengambilan sampel darah tersebut.

Arwah Khalid Jafri, penulis buku 50 Dalil juga turut mengetahui perkara ini. Selepas didapati bersalah di mahkamah akibat kenyataan polis mengesahkan hasil ujian DNA (darah yang diserahkan oleh Shamshida) mendapati pemilik darah itu bukan anak Anwar, arwah Kahlid Jafri berusaha membuat rayuan dengan menyertakan bukti-buktinya serta mendesak ujian DNA dilakukan sekali lagi ke atas Farah Afifa, namun belum sempat rayuan dibuat arwah telah meninggal dunia akibat kencing manis.
Dalam Utusan Malaysia bertarikh 14-16 Disember 1998, ada dilaporkan Azmin, Shamsidar dan Hafifah telah memberi sampel pada 29 Julai 1998 dan Anwar memberi lambat kemudian pada 28 Sepetember 1998.

Sumber (yang tidak boleh didedahkan nama lagi) mengatakan prosiding dalam mahkamah yang tidak dilaporkan Utusan Malaysia adalah Musa Hasan menyatakan sampel darah Hafifah tidak dilihat diambil insitu (di situ) tapi diberikan dalam satu tabung uji oleh Azmin.

Darah itu yang diperkatakan sebagai bukan kepunyaan Fara Hafifah tetapi adalah darah anak sulong zuriat Azmin dan Shamsidar, Farah Shazliyana. Zuriat darah Fara Hafifah masih lagi tidak dikenalpasti zuriat Azmin atau Anwar.

Kalau kemuykilan ini salah, syukur Alhamdulillah. Bayangkan kalau ianya betul dan dibiarkan kesalahan itu berlanjutan sampai anak ini dewasa dan bernikah. Azmin tak sah mewalikan anak itu. Apa akan jadi apabila Azmin yang mewalikan?

Penyelesaian senang saja. Fara Hafifah perlu beri darahnya untuk diuji DNA. Fail ini pasti belum tutup dan tidak pernah tutup. Hanya menunggu maklumat terbaru. Kalau salah, nama Azmin dan Shamsidar bersih.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH