Mangsa Pembunuhan Ngeri di Gemencheh Ibu Saudara ROSMAH?
Salah seorang mangsa pembunuhan kejam yang melibatkan 4 sekeluarga baru-baru ini adalah Allahyarhamah Sufiah Katas (gambar 2 dari kiri) yang merupakan ibu saudara kepada Rosmah Mansor.
Sufiah Katas ialah adik beradik kepada Mansor Katas iaitu bapa Rosmah.
Menurut Ketua AMK, Rosmah Mansor langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga emak saudaranya sendiri.
Manakala Abdul Qayyum Abdul Rahman, seorang wartawan Suara Keadilan yang membuat liputan kes bunuh tersebut telah menerima gangguan dan ugutan daripada sekumpulan anggota yang disyaki anggota polis semasa melawat ke rumah keluarga mangsa pembunuhan kejam itu.
Berikut adalah petikan laporan polis yang dibuat oleh Abdul Qayyum,
Pada 10 Januari jam 3.30 petang, saya tiba di sebuah rumah di Kampung Rokan, Gemenceh, saya disambut mesra tapi apabila diketahui saya adalah wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad dan beberapa yang lain memaksa saya menyerah kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran kereta saya.Berkaitan:
Beliau turut merampas nota penulisan saya serta rakaman dihapuskan kerana tidak berpuas hati dengan temu bual yang dijalankan bersama seorang wanita yang dikenali Saharah.
Polis menunggu di luar rumah manakala Muhammad mengambil segala pengenalan diri dan dokumen yang dibawa oleh saya tanpa kebenaran saya sendiri.
Polis dan Muhammad mengugut saya dalam berbentuk ancaman mahu mencari saya dan keluarga dengan cara apapun jika temu bual tersebut disiarkan. - Sumber
* Laporan Polis mengenai gangguan dan ugutan yang dilakukan oleh sekumpulan anggota disyaki anggota polis ketika menziarahi Ibu saudara Rosmah Mansor yang dibunuh dengan kejam di Gemencheh
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.