PASIR untuk Temasek
Sekitar pertengahan November tahun lalu, sebuah laman blog ada menyiarkan kiriman berkaitan dengan hal ini. Saya ada memautkan cerita tersebut dalam kiriman yang lalu. Tajuknya, Malaysia Masih Jual Pasir kepada Singapura?
Semalam, Menteri Kerja Raya bukan sahaja mengesahkan bahawa Malaysia menjual pasir kepada Temasek, malah menyatakan jumlah lori yang mengangkut pasir ke negara itu. Katanya 500 buah lori menghantar pasir ke negara itu setiap hari. Jumlah itu walau bagaimanapun dipersoal oleh Tun M. Kata beliau, sebanyak 700 buah lori mengangkut pasir ke republik itu setiap hari berdasarkan maklumat yang dinyatakan oleh kawan beliau.
Kata Tun M lagi, menurut maklumat diterimanya, pasir yang dijual itu bukanlah pasir biasa, tetapi pasir silika yang digunakan untuk membuat mikrocip.
Selain mempersoalkan kejujuran menteri yang membuat kenyataan, beliau juga menyatakan keperluan negara menjual sesuatu yang telah ditambah nilai kerana pulangannya lebih lumayan.
Bercerita tentang produk yang telah ditambah nilai, tidak mahukah Tun M memberikan komen tentang kebijaksanaan negara membuat urus niaga melibatkan air mentah dan air yang telah diproses dengan Temasek? Bukankah negara pernah/masih membeli air yang telah diproses daripada Temasek?
Tidak hairan bagaimana negara sekecil itu dapat meneruskan kelangsungan hidup dan menjadi kuasa ekonomi di rantau ini. Bijak beb!
Lanjut di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.