Cerita PANAS Tentang Insan Bernama NAJIB!
Cerita 1:
Pendedahan RPK Siri Pertama :Bagaimana RM2 milion setahun menjadi RM21 milion setahun untuk tempoh selama 15 tahun.(alih bahasa)
Oleh : Raja Petra Kamarudin
Seperti yang dijanjikan,Malaysia Today akan mendedahkan laporan yang disokong dengan dokumen untuk membuktikan keanehan bagaimana Kementerian Pertahanan dibawah Najib Tun Razak menggunakan wang pembayar cukai. Semua insiden tersebut melibatkan salahguna kuasa dan penyelewengan prosedur secara terang-terangan. Hari ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.
Sejak 1988, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) lazimnya melatih pegawainya di Korat, Thailand, dengan kos belanja RM2 milion setahun.
Pada 2007, Timbalan Perdana Menteri waktu itu telah meluluskan penyewaan Aircraft Combat Manoeuvring Instrument (ACMI) daripada sebuah syarikat tempatan dengan kos berjumlah RM21 milion setahun – lebih sepuluh kali ganda daripada apa yang TUDM bayar bagi melatih pegawainya di Thailand. Penyewaan tersebut adalah untuk selama 15 tahun.
Kontrak tersebut berdasarkan ‘rundingan tanpa tender’ dan syarikat terbabit tidak mempunyai sebarang pengalaman sebelumnya dalam perniagaan tersebut.Kontrak melalui rundingan itu tidak dilakukan samada melalui prosedur biasa atau melalui saluran yang sepatutnya. Namun Perdana Menteri yang ada sekarang ini meluluskan kontrak tersebut dengan melanggar prosedur yang boleh di takrifkan sebagai penyalahgunaan kuasa.
Malaysia Today mula mendedahkannya dengan dokumen berikut. Banyak lagi berkaitan perkara ini akan didedahkan bagi membuktikan wujudnya banyak salahguna kuasa dan penyelewengan prosedur yang berlaku secara terang-terangan yang telah sekian lama oleh Kementerian Pertahanan dibawah Najib Tun Razak.
- klik artikel untuk lihat dokumen yang disertakan.
Cerita 2:
[FREEMALAYSIATODAY] Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.
Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Datuk Seri Najib Razak ( gambar ) oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.
Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.
Menurut sumber berkenaan semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis.
"Kedua-dua peguam tersebut tiba di Malaysia kira-kira tiga minggu lalu untuk berbincang mengenai laporan polis yang akan dibuat di Paris tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.
"Pihak kami sudah serahkan semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan media mengenai isu pembunuhan Altantuya dan Scopene,” tambah beliau....
- klik artikel untuk bacaan lanjut.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.