Hanya RM20 Juta Wang Ehsan Untuk Kelantan!
Saya bukan rakyat Kelantan, namun membaca laporan akhbar ini membuatkan saya rasa marah, apatah lagi jika berita ini dibaca oleh rakyat Kelantan. Kata Datuk Seri Mustapa Mohamed:
Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta wang ehsan diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.Duitnya hanya sekitar RM20 juta, berganda-ganda kurang daripada apa yang dituntut. Sudahlah enggan memberikan apa-apa yang dituntut oleh yang empunya hak, hendak berikan duit sebanyak itu pun perlu melalui jawatankuasa tertentu atas alasan kerajaan negeri mungkin menyalahgunakan wang tersebut. Tak tahu hendak komen apa lagi!
Beliau berkata hasil perbincangan Kerajaan Persekutuan dengan Petronas baru-baru ini, wang itu merupakan hasil pengeluaran hasil minyak dan gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301 yang berdekatan dengan perairan Kelantan.
"Jumlah RM20 juta itu merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil di blok tersebut sejak Mei 2008," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Wang Ehsan yang bertajuk "Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat" di sini, malam tadi.
Lebih 5,000 rakyat menghadiri forum dengan anggota panel Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali manakala Pengarah Universiti Teknologi MARA cawangan Kelantan Datuk Profesor Dr Hussin@Mohamad Ab Rahman sebagai pengerusi forum.
Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata tuntutan kerajaan Kelantan sebanyak RM11 bilion dalam bentuk royalti adalah sangat melampau sedangkan pengeluaran minyak tidak setinggi itu.
"Ingin kita jelaskan pengeluaran minyak di Blok PM302 pula seperti yang dituntut adalah hasil bersama dengan kerajaan Thailand melalui perjanjian Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia Thailand pada 1979.
"Hasil yang diperoleh dan dikongsi bersama hanyalah sebanyak RM800 juta dan ini perlu dijelaskan (bahawa) hasilnya tidak boleh diberikan kepada Kelantan kerana ia merupakan kawasan pertindihan tuntutan dua negara," katanya.
Mustapa mencabar kerajaan Kelantan untuk membawa kes tuntutan itu ke mahkamah jika mereka merasakan tindakan mereka itu betul.
"Tapi kerajaan negeri takut untuk berbuat demikian kerana mengetahui keadaan sebenar yang tidak mungkin berpihak kepada mereka," katanya.
Beliau juga menjelaskan kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh kerajaan Kelantan kerana khuatir wang ehsan itu akan disalah guna bagi tujuan lain.
Katanya wang itu akan dimanfaatkan dengan telus bagi membantu rakyat Kelantan meningkatkan tahap pendidikan, membasmi kemiskinan dan keperluan lain yang difikir perlu oleh satu jawatankuasa khas.
"Kita kecewa (Menteri Besar Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) menolak pelawaan kita untuk menyertai jawatankuasa ini dan ia tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Mustapa berkata Umno perlu memperjelaskan secara terperinci isu itu agar rakyat mengetahui dengan jelas akan isu yang hanya dicipta bagi mengalih perhatian terhadap isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan isu Bazar Tok Guru.
"Isu ini untuk politik semata-mata dan kita tahu (ia) akan digunakan sebagai senjata untuk pilihan raya umum akan datang," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan Pusat akan memberikan wang ehsan, menggantikan bayaran royalti minyak, kepada kerajaan Kelantan mulai tahun ini bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu. - BERNAMA
Cuma ramai yang ingin tahu tentang RM270 Bilion yang diterima pada zaman PM Tun Abdullah digunakan untuk apa? Berdasarkan berita di atas, menteri itu berkata seolah-olah kerajaan pusat begitu amanah dan pandai mengurus wang rakyat. Sepanjang penubuhan Petronas, kerajaan dikatakan telah menerima sebanyak RM456 Bilion, ke manakah duit itu dibelanjakan?
Berkaitan:
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.