TAHNIAH Kerajaan 1MALAYSIA!
Jika benar khabar angin dalam berita di bawah ini, maka tahniahlah Kerajaan 1Malaysia, takziah pula kepada Pakatan Rakyat. Pilihan raya akan datang pilihlah lagi calon yang tidak bermaruah dan tidak berpendirian supaya impian untuk memijakkan kaki ke Putrajaya itu hanya menjadi mimpi indah anda semua buat selama-lamanya.
Bijak! Tengoklah "siapa" penasihat Kerajaan 1Malaysia. Jika tidak sia-sialah bayar puluhan juta kepada mereka.
Ahli parlimen dari Pulau Pinang itu juga dikatakan sudah mendapat persetujuan daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain untuk turut melompat. Dia juga didakwa sedang memikat beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain lagi.
Rancangan mereka ialah menjadi ahli bebas sebelum menganggotai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru ditubuhkan dan dipimpin oleh Tang Weng Chew.
Bulan lalu, ahli dewan undangan negeri PKR Gabriel Adit Demong menyertai parti baru yang berpangkalan di Pulau Pinang itu sebagai ketua Sarawaknya.
Mengikut sumber, pemimpin PKR itu telah berjumpa dengan presiden Umno dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tindakannya serta memohon kemungkinan diberikan jawatan dalam kabinet.
Jika perkara itu menjadi kenyataan, ia adalah keputusan politik yang paling mengejutkan selepas BN berjaya merampas semula Perak daripada kerajaan Pakatan Rakyat.
Sekiranya semua itu menjadi kenyataan, hasrat BN mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen akan termakbul. Mereka kini hanya kekurangan lapan kerusi untuk meminda sebarang perlembagaan mengikut sesuka hati.
Kemas Kini:
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.